Pengikut

Nuffnang

Rabu, 1 Julai 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Penduduk Kampung Tagih Janji Wakil Rakyat

Posted: 01 Jul 2015 02:31 AM PDT

Mana peruntukan jalan ke tanah kebun seperti yang dijanjikan?

MIRI - Harga minyak naik lagi sudah tentu menyukarkan lagi kehidupan harian penduduk yang berpendapatan rendah terutama penduduk kampung yang banyak bergantung dengan hasil petanian.

Penduduk di Kampung Satap dan juga penduduk di kampung Subak di Bekenu Sibuti mengadu masalah jalan ke kebun mereka yang teruk sehingga kini masih lagi belum bertar atau sekurang-kurangnya jalan batu.

Kebanyakan penduduk di Kampung Satap dan Kampung Subak bekerja sebagai petani. Mereka hanya bergantung dengan hasil petanian mereka untuk menyara kehidupan harian mereka.

Kehidupan mereka agak sederhana serta banyak bergantung dengan hasil petanian dan masalah mereka ialah jalan masuk ke kebun mereka yang agar teruk menyukarkan kenderaan ringan masuk ke dalam. Hanya kenderaan berat saja yang boleh digunakan untuk mengangkut hasil petanian mereka.Kebanyakan mereka tidak mampu untuk membeli kenderaan berat disebabkan faktor kewangan.

Menurut penduduk di Kpg Subak, masalah utama yang mereka hadapi ialah jalan ke kebun mereka yang berlumpur, jalan sempit dan berlopak ketika musim hujan menyebabkan mereka sukar untuk memunggah hasil petanian mereka keluar dari kebun mereka.

Sudah banyak kali mereka memohon kepada pihak kerajaan agar jalan kebun mereka ditar atau sekurang-kurang jalan batu untuk memudahkan perjalanan mereka ke kebun tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak yang berkenaan.

Mereka juga pernah dijanji oleh wakil rakyat di kawasan mereka yang jalan kebun mereka akan diberi peruntukan jalan batu setiap kali ada pilihanraya tetapi sehingga kini janji tinggal janji.  

Mereka merayu agar pihak kerajaan segera menunaikan janji yang pernah mereka janjikan kepada penduduk kampung semasa musim pilihanraya yang lalu. Mereka sudah bosan dengan janji pilihanraya sebab keadaan kehidupan mereka semakin sukar akibat GST dan kenaikan harga minyak.

Kita mengesa agar pihak kerajaan dapat menunaikan janji mereka dan kita yakin bajet peruntukan untuk jalan kampung masih boleh digunakan untuk memberi keselesaan kepada petani di kampung untuk memudahkan mereka memunggah hasil petanian mereka ke pekan yang berdekatan.

Kita harap perkara ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak yang berkenaan untuk tindakan segera, kerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk mengatasi masalah rakyat amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Where the provisions of the road to the farms as promised?

MIRI - Oil prices rose again of course made it more difficult for the daily life of residents, especially low-income residents who depend on the result of agriculture.

The villagers of Kampung Satap and also residents in the Kampung Subak at Bekenu in Sibuti complains of road problem that is so bad to their farms so far still not paved or gravel road at least.



Most of the residents in Kampung Satap and Kampung Subak worked as a farmer. They just depend with the produce of their agriculture to earn their daily lives.

Their lives are rather limited and a lot depends with the agriculture produce and their problem is the entrance to their farms which is so bad difficult for light vehicles to get into. Only heavy vehicles that can be used to transport their agriculture produce. Most of them cannot afford to buy heavy vehicles due to financial factors.

According to residents in Kpg Subak, the main problem their face is road to their farms is muddy, narrow lanes and puddles during the rainy season makes them difficult to unload their agriculture produce out of their farm.

They have many times applied to the government to tar their farms lane or at least the gravel road to facilitate their travel to the farm but to date no action has been taken by the parties concerned.

They had also promised by the elected representatives in their region that their farm lane will be given the provisions of gravel road every time there are elections, but the promise remained a promise so far.

They appealed to the government to fulfill the promises that they ever promised to the villagers during the last elections.

They are fed up with promises of elections because their living condition is more difficult due to GST and rising oil prices.

We urge the government to fulfill their promise and we are confident that the budget allocation for rural roads can still be used to facilitate the farmers to help them unload their agriculture produce to towns nearby.

We hope that this matter receive appropriate attention from the relevant authorities for immediate action, the cooperation with relevant parties to resolve the people's problems is greatly appreciated.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan