Pengikut

Nuffnang

Khamis, 2 Julai 2015

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

sumber :-

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


YB Dr. Khalid Kassim bersama Pemuda Bukit Katil turun padang agihkan bantuan

Posted: 02 Jul 2015 05:09 AM PDT

MELAKA: Sekretariat Dun Bukit Baru tidak melepaskan peluang di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini untuk menziarahi penduduk dari rumah ke rumah sambil menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Menurut Adun Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim, sumbangan berupa barangan keperluan dapur seperti beras, gula, tepung, susu dan sebagainya itu bertujuan meringankan keluarga berkenaan menghadapi bulan puasa ini.


"Kami turun hampir ke seluruh kawasan di dalam Dun Bukit Baru dengan menyampaikan sumbangan itu dari rumah ke rumah kerana melalui cara ini kita dapat menghayati kesusahan mereka. "Pelbagai golongan yang terdiri daripada kategori memerlukan bantuan seperti warga emas, anak yatim, ibu tunggal, OKU dan sebagainya yang terpilih pada kali ini diberikan sumbangan ini," ujarnya kepada Harakah di sini baru-baru ini.


 Beliau berkata, sumbangan yang diagihkan ini kita terima daripada para penderma dan penginfak yang kita kumpulkan daripada orang ramai yang ingin bersamasama menyumbang di bulan yang penuh keberkatan ini. "Terima kasih kepada semua yang turut menjayakan program yang memang telah menjadi rutin tetap saya semenjak menjadi Adun di sini dan ia telah menjadi program tahunan bagi sekretariat ini.


"Kita juga masih menerima sumbangan daripada para dermawan untuk kita agihkan sepanjang bulan Ramadan dan bagi membantu mereka menyediakan persiapan menyambut kedatangan Syawal yang bakal menjelang," katanya.




Harakah 16 - 18 RAMADAN 1436 / 3 - 5 JULAI 2015

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan