Pengikut

Nuffnang

Isnin, 8 Jun 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Dap Tidak Sekuat Mana Di Sarawak Tanpa PR

Posted: 07 Jun 2015 09:04 PM PDT

Pemintaan Dap Sarawak Tidak Rasional


Sebelum kewujudan gabungan tiga parti dalam Pakatan Rakyat setiap parti mempunyai dasar perjuangan masing-masing. Dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta ljmak dan Qias yang terang dan nyata.  Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) pula berdasarkan komitmen mereka yang sama terhadap Reformasi, menentang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa. DAP terkenal dengan konsep "Malaysian Malaysia" (Malaysia untuk semua rakyat Malaysia). Parti ini komited kepada perjuangan untuk sebuah Malaysian Malaysia yang bebas, berunsur sosialisme demokratik, berdasarkan prinsip-prinsip hak asasi manusia, kesamarataan, keadilan sosial dan ekonomi, dan berasaskan institusi demokrasi parlimen

Pakatan Rakyat merupakan gabungan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Penubuhan Pakatan Rakyat bermula pada 1 April 2008 berikutan gelombang refomasi rakyat pada Pilihan Raya Umum ke12 pada 8 Mac 2008.
PKR, DAP dan PAS mencipta sejarah dengan memenangi empat kerajaan negeri selain Kelantan yang dipimpin PAS sejak 1990 dan turut menafikan Barisan Nasional majoriti dua pertiga di dalam Parlimen Malaysia.  Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama telah diadakan pada 19 Disember 2009 di Shah Alam. Pada acara ini, Dasar Bersama Pakatan Rakyat dilancarkan dengan menyentuh 4 elemen utama:
•Demokrasi Telus dan Tulen, •Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil, •Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan, •Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara

Dengan dasar sepakatan itu, setiap parti masih berhak untuk memperjuangkan dasar perjuangan masing-masing tanpa perlu meninggalkan dasar utama parti masing-masing.

Maka perjanjian persefahaman dibuat agar setiap perkara yang melibatkan dasar parti masing-masing boleh terus dipertahankan. Setuju untuk tidak bersetuju dalam sesuatu perkara perlu dihormati oleh setiap parti dalam PR agar matlamat utama untuk menjatuhkan kerajaan BN tercapai tanpa menjejaskan dasar perjuangan masing-masing.

Tujuan utama gabungan tiga parti dalam PR (Pakatan Rakyat) adalah untuk mengantikan kerajaan Umno dan BN (Barisan National) yang memerintah Malaysia selama ini.

Antara isu hangat yang menyebabkan Dap meninggalkan PR di Sarawak adalah isu Hudud. Isu hudud telah dijadikan sebab utama mengapa Dap menolak kerjasama dengan PAS di Sarawak sedangkan mereka tahu bahawa Islam adalah minorti di Sarawak maka tidak timbul isu tentang perlaksanaan hukum Hudud di Sarawak. Mengapa pemimpin utama Dap Sarawak perlu mendesak rakan pakatan dari PKR untuk bersama-sama mereka meninggalkan PAS sebab Hudud.

Dalam kontek Sarawak memang sukar hendak melaksanakan perlaksanaan hukum Hudud walaupun PR menang di Sarawak sebab PAS dan umat Muslim di Sarawak adalah minoriti. Yang menjadi kemusykilan, mengapa mesti Dap Sarawak mendesak PAS Sarawak supaya tidak menyokong hudud? Mereka sepatutnya lebih tahu realiti kedudukan umat Muslim di Sarawak tanpa perlu mengeluarkan isu yang tidak releven dengan penduduk Sarawak.

Apa sebenarnya agenda utama Dap Sarawak? Kalau mereka merasa sudah kuat, mereka tidak perlu bergabung  dengan mana-mana parti dan mereka boleh bertanding di semua kerusi di Sarawak tanpa perlu berunding dengan mana-mana parti komponen di Sarawak. Buktikan yang mereka mampu menguasai setiap kerusi yang mereka tandingi tanpa kerjasama dalam PR seperti sebelum ini.

Sekarang pemimpin Dap Sarawak pula mendesak PKR sama-sama meninggalkan PAS dalam PR semata-mata ingin memenuhi hasrat Dap. Adakah pemimpin Dap merasa diri mereka berkuasa boleh mengarah sesiapa saja ikut kehendak mereka sehingga boleh menjejaskan dasar perjuangan parti masing-masing?

Dap perlu sedar mereka baru berjaya memerintah Pulau Pinang dalam sepenggal lebih, janganlah mereka menunjukkan kuasa mereka dengan mengarahkan rakan-rakan dalam PR untuk ikut arahan  dan kehendak mereka saja.  Setiap parti dalam gabungan PR berhak untuk melaksana dasar perjuangan masing-masing tanpa menjejaskan hasrat rakyat untuk menukar kerajaan BN sekarang kepada yang lebih baik.

Tanpa gabungan dalam PR belum pasti Dap dapat memerintah semula Pulau Pinang sebab mereka juga yang akan rugi atas keangkuhan dan kesombongan mereka. Sepatutnya masalah Hudud bukan isu utama yang boleh jadi punca perpecahan dalam PR tetapi kita perlu menghormati dasar perjuangan masing-masing kalau mahu PR dilihat sebagai alternatif kerajaan Malaysia baru pada masa akan datang.

Desakan Dap Sarawak terhadap PKR dan PAS Sarawak memang tidak rasional. Kita harap PKR boleh menilai sendiri pemintaan Dap Sarawak kalau masih mahu melihat PR Sarawak maju kehadapan sebagai alternatif kerajaan masa depan di Sarawak. PR akan dapat bersatu semula dengan syarat semua pihak dalam PR dapat menerima dasar perjuangan masing-masing serta menghormati pandangan antara satu sama lain, bersetuju untuk tidak bersetuju dalam sesuatu perkara dan tidak menyerang antara satu sama lain.

Kita serah pada penilaian parti masing-masing untuk menentukan nasib PR kerana rakyat mahu melihat sebuah kerajaan yang kukuh sebagai alternatif yang dapat memberi kesejahteraan dan keadilan pada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Ingat musuh utama politik PR adalah Umno BN.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Sarawak DAP's demand is irrational

Before the existence of the coalition of the three parties in Pakatan Rakyat, each party had their own policy struggles. A policy championed by PAS is Islam with its call of 'Allahu Akbar'. PAS' highest law is the Book of Allah (Quran) and Sunnah and ljmak and Qias that are clear and realistic.

The People's Justice Party (PKR) is based on the same commitment to reform against injustice and abuse of power. DAP is famous for its concept of 'Malaysian Malaysia' (Malaysia for all Malaysians). The parties are committed to the struggle for an independent Malaysian Malaysia, elements of democratic socialism, based on the principles of human rights, equality, social and economic justice, and based on the institution of parliamentary democracy.

Pakatan is a combination of the People's Justice Party (PKR), Democratic Action Party (DAP) and the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS). The establishment of the Pakatan Rakyat started on April 1, 2008 following a wave of reforms of the people in the 12th general election on March 8, 2008.

PKR, DAP and PAS made history by winning four state governments in addition to the PAS-led Kelantan since 1990, and also denied Barisan Nasional their two-thirds majority in the Parliament of Malaysia.

Pakatan Rakyat's first convention was held on December 19, 2009 in Shah Alam. At this event, Pakatan's common policy was launched, touching on four main elements:

-Transparent and genuine democracy,
- Accelerating high-performance, sustainable and fair economy,
- Social justice and human development,
- Federal-state relations and foreign policy

With this consensus policy, each party has the right to fight for their own policy struggle without leaving the main policies of each party. The memorandum of understanding is made so that any matter that involves their party policies can be maintained.

Agreeing to disagree on a matter should be respected by any parties in Pakatan so that the main goal of toppling the BN government is achieved without compromising their own policy struggles. The main purpose of the combination of the three parties in Pakatan is to replace the government of Umno and BN which has ruled Malaysia all this while.

Among the hot issues that caused DAP to leave Pakatan in Sarawak is the hudud issue. This has become a main reason why DAP rejects cooperation with PAS in Sarawak. However, they know that Islam is a minority religion in Sarawak, and there is no issue regarding the implementation of hudud law in Sarawak. Why do Sarawak DAP leaders have to insist that their coalition partner PKR has to go with them to leave PAS because of hudud?

Knowing the reality of the position of Muslims in Sarawak

In the context of Sarawak it is difficult to carry out the implementation of hudud law even if Pakatan were to win in Sarawak because PAS and Muslims are a minority in Sarawak. What is perplexing is that, why must Sarawak DAP insist that PAS not support hudud? They should know better the reality of the position of Muslims in Sarawak without coming up with an issue that is not relevant to the people of Sarawak.

What exactly is the main agenda of Sarawak DAP? Are they feeling that they are already strong, that they do not have to join any party, and that they can compete in all the seats in the state without the need to negotiate with any of their fellow component parties in Sarawak? Prove that they able to dominate all the seats they are contesting without the cooperation of Pakatan as before.

Now Sarawak DAP leaders insists that PKR together with them leave PAS, merely to satisfy the desires of DAP. Do DAP leader think they can lead anyone to follow their desires that could affect the policy struggles of each party?

DAP should realise they have managed to rule Penang for more than one term by not showing their power by directing friends in Pakatan to follow only their instructions and their will. Each party in the Pakatan coalition reserves the right to implement its own policies without affecting the will of the people to change the current BN government for the better.

Without the combination of Pakatan, DAP definitely cannot rule Penang again because they will lose the state through their snobbery and arrogance. The hudud issue should not be a major issue that could cause a split in Pakatan, but instead we have to respect each party's policy struggles if we want Pakatan to be seen as an alternative new government in the future.

The insistence of Sarawak DAP to PKR and Sarawak PAS indeed irrational. We hope PKR can judge for themselves the demands of Sarawak DAP if they still want to see Sarawak Pakatan move forward as a future alternative government in the state. Pakatan will be reunited with the conditions that all parties in Pakatan can accept their policy struggles and respect each other's opinion, agree to disagree on certain things and not attack each other.


We leave it to the judgment of each party to decide the fate of Pakatan because people want to see a strong government as an alternative that can provide prosperity and justice for all people regardless of race and religion. Remember the main political enemy of Pakatan is Umno/BN.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan