Pengikut

Nuffnang

Selasa, 2 Jun 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Semakin PAS difitnah semakin ramai mendekati PAS

Posted: 02 Jun 2015 05:33 PM PDT

PAS semakin diterima di Sarawak


PAS Miri telah lama bergerak aktif di bahagian utara Sarawak lebih dari 7 tahun yang lalu. Sekarang PAS Miri telah berjaya menubuhkan 4 cawangan berdaftar dan akan menubuhkan lebih banyak lagi cawangan baru dalam masa terdekat.

Antara cawangan PAS yang sudah berdaftar adalah cawangan Senadin, Pujut, Piasau dan Luak. Antara DUN yang sudah lama PAS bergerak aktif ialah di DUN Senadin dan Lambir. Setiap minggu aktiviti bersama masyarakat tempatan sentiasa diadakan untuk merapatkan hubungan antara PAS dengan penduduk tempatan.





Baru-baru ini PAS Miri telah buat lawatan di DUN Senadin dan memberi sumbangan serta bantuan kepada masyarakat tempatan yang kurang bernasib baik. PAS juga memberi bantuan membina semula rumah untuk mangsa rumah terbakar di Sibuti baru-baru ini dalam kawasan DUN Lambir.

Lawatan ke rumah-rumah panjang sempena hari Gawai juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara PAS dengan penduduk tempatan yang terdiri dari berbagai kaum dan agama di Sarawak.

PAS juga telah menerima ramai ahli baru dan mereka telah pun disahkan sebagai ahli PAS dengan penyerahan sijil serta kad ahli. Seramai lebih dari 42 orang ahli baru yang berdaftar telah menerima sijil serta kad ahli PAS di DUN Senadin dan Lambir baru-baru ini.

Ini menujukkan bahawa PAS semakin diterima di Sarawak walaupun berbagai isu berbangkit sepanjang tahun ini. Mereka yakin PAS dapat membantu mereka dalam menyelesaikan masalah mereka selama ini walaupun PAS belum berkuasa tapi mereka yakin kesungguhan PAS dalam membantu mereka sepanjang tahun membuktikan PAS bukan parti hanya timbul semasa waktu pilihan raya.

Sudah tiba masanya PAS pusat serta Pakatan Rakyat memberi laluan kepada PAS bahagian utara Sarawak khususnya PAS kawasan Miri untuk mewakili suara rakyat yang perlu bantuan melalui seorang wakil rakyat dari PAS.

PAS Miri juga ada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang boleh memberi penerangan serta merapatkan hubungan antara kaum dan agama di Sarawak. Kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat di Sarawak perlu dipertingkatkan untuk meraih sokongan dalam Pilihanraya Umum Sarawak nanti.

Kita yakin dengan sokongan rakyat yang berbilang kaum dan agama di Sarawak dapat memberi sokongan kepada PAS di bahagian utara Sarawak kerana mereka sudah lama mengenali PAS sejak ianya ditubuhkan 7 tahun yang lalu. Ini terbukti semasa PRU13 di parlimen Sibuti yang lalu dimana PAS mampu meraih undi yang banyak dari masyarakat berbilang kaum dan agama walaupun belum menang.

Pakatan Rakyat perlu kembali kepada tujuan asal untuk bersatu menentang musuh yang sama dengan menghormati dasar perjuangan masing-masing. Seperti kita menghormati kepercayaan agama dan adat sesuatu kaum tanpa mengorbankan prinsip dan kepercayaan masing-masing.

Ada masa kita bersetuju untuk tidak bersetuju dalam sesuatu perkara tapi jangan sampai berbalah sehingga berpecah disebabkan sesuatu perkara yang sepatutnya boleh dielakkan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Berpakat bawa berkat.

Jofri Jaraiee
PAS, Miri Sarawak

English version

PAS increasingly accepted in Sarawak

PAS Miri has long been active in the northern part of Sarawak over 7 years ago. Now PAS Miri has successfully set up 4 registered branches and will set up more branches in the near future.

Among the PAS branches that are already registered are Senadin, Pujut, Piasau and Luak. Among the DUN that PAS has long been actively is in DUN Senadin and Lambir. Every week activities with the local community have always been held to enhance relations between the PAS with local residents.

Recently PAS Miri has visited DUN Senadin and contribute to local communities and help the less fortunate. PAS also provide assistance to rebuild homes to house fire victim at Sibuti recently in Lambir constituency.

Visits to longhouses were also held in conjunction with the Ari Gawai to enhance relations between PAS with the local population, which consists of various races and religions in Sarawak.

PAS has also received many new members and they have been confirmed as members of PAS with the submission of the certificate and membership card. A total of more than 42 new registered members have received certificates and PAS membership card in Senadin and Lambir constituency recently.

This shows that PAS is increasingly accepted in Sarawak even though various issues rose during the year. They believe PAS can help them in solving their problems all this while although PAS has not been in power but they believe the seriousness of PAS in helping them year-round proving PAS not the party only arises during election time.

It is time for central PAS and Pakatan Rakyat gave way to the northern part of Sarawak PAS, especially PAS Miri to represent the voice of the people who need help through a representative of PAS.

PAS Miri also have the PAS Supporters Congress (DHPP) who can provide information and to bridge the relationship between race and religion in Sarawak. PAS and Pakatan Rakyat cooperation in Sarawak needs to be improved to gain support in Sarawak General Elections later on.

We are confident that with the support of the people of all races and religions in the state can provide support to PAS in the northern part of Sarawak because they already knew PAS since its inception seven years ago. This was evident during the 13th general election ago in Sibuti parliament where PAS is able to achieve a lot of votes from people of different races and religions despite not yet winning.

Pakatan Rakyat must return to the original purpose to unite against a common enemy with respect for each other's basic struggle. As we respect the religious beliefs and customs of a people without compromising the principles and their beliefs.

There is time we agree to disagree on a matter but not to argue until split over the matter that should be avoided. United we stand, divided we fall. Conspired bring blessing.

Nenek lumpuh terpinggir di rumah usang perlu perhatian

Posted: 02 Jun 2015 12:20 AM PDT

Nenek lumpuh terpinggir keseorangan di pondok usang

MIRI - Hidup bersendirian tanpa ditemani gelak tawa cucu dan anak-anak semestinya bukan pilihan sesiapa. Dalam keriuhan dan kemeriahan umat Islam bersiap sedia untuk menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulia, seorang nenek tua yang tinggal berseorangan di Kampung Satap, Miri hanya mampu pasrah dan  redha dengan ketentuan Ilahi.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, begitulah nasib yang terpaksa dilalui oleh nenek tua ini yang sekian lama tinggal keseorangan. Atiah binti Duhak 80, berkata beliau hidup sebatang kara di rumah yang usang dan uzur itu dan tidak pernah berkahwin dan mempunyai keluarga atau saudara mara yang terdekat. Beliau dilahirkan dalam keadaan cacat kaki dan tidak dapat bergerak seperti manusia normal yang lain. Setiap hari beliau hanya dapat menguruskan dirinya secara perlahan-lahan tanpa bantuan sesiapa.

Semasa muda, nenek Atiah melakukan pelbagai pekerjaan seperti berkebun dan menoreh getah untuk menyara kehidupan hariannya. "Makcik tidak larat untuk bekerja lagi memandangkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan dan penyakit kaki yang dihidapi sejak lahir lagi, ini membuatkan pergerakan makcik terbatas" katanya kepada wakil PAS Miri yang berkunjung ke rumahnya untuk menyampaikan bantuan kebajikan baru-baru ini.

Nenek Atiah berkata beliau tidak suka merayu simpati orang lain sebaliknya cuba sedaya upaya menguruskan hidup secara bersendirian. Walau bagaimanapun, beliau bersyukur kerana terdapat jiran-jiran sekeliling yang prihatin dan kerap memberikan pertolongan kepadanya termasuk memberi makanan dan keperluan harian yang lain. Katanya lagi, pihak kerajaan pernah datang menziarahi beliau dan berjanji untuk memberikan bantuan membina rumah kepadanya, namun sehingga kini beliau masih belum menerima apa-apa bentuk bantuan.

Tambahnya, walaupun keadaan dirinya dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), beliau tidak pernah mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak dahulu lagi.
 
Mohd Arifiriazul bin Paijo selaku Timbalan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Miri berkata "Pihak PAS
Kawasan Miri sentiasa komited untuk membantu insan-insan yang kurang berkemampuan termasuk golongan kurang upaya dan warga emas yang terpinggir seperti kes nenek Atiah".

Ini selari dengan slogan PAS yang ingin menjadikan Negara Malaysia sebuah 'Negara berkebajikan'. "Saya mengharapkan kerjasama daripada pihak berwajib untuk melakukan  siri-siri ziarah berkala bagi mengenalpasti golongan sasaran yang memerlukan bantuan agar semua rakyat di Sarawak khususnya di Miri dapat merasai kehidupan yang lebih baik sepertimana yang diperolehi oleh rakyat yang lain" katanya.

"Sungguh sedih  melihat keadaan nenek Atiah yang tinggal keseorangan dan tiada ahli keluarga yang boleh dijadikan tempat bergantung harapan. Mudah-mudahan dengan sumbangan yang diberikan oleh pihak PAS Kawasan Miri ini, sedikit sebanyak dapat menceriakan hati nenek Atiah untuk menyambut bulan Ramadhan tidak lama lagi" kata Mohd Arifiriazul.

Beliau berkata pihak PAS Miri akan cuba untuk memanjangkan perkara tersebut kepada pihak Baitulmal Miri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam masa terdekat. "Kami dari pihak PAS Miri berharap nenek Atiah mendapat sokongan dan bantuan segera daripada pihak  Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM ) dan pihak yang bertanggungjawab yang lain supaya nasib nenek Atiah lebih terbela diakhir usianya" katanya mengakhiri ziarah kebajikan yang dianjurkan oleh PAS Miri pada hari itu.
Kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan kepada nenek Atiah bolehlah disalurkan ke Akaun Bank Islam "Tabung Prihatin Sarawak" -11022010039807. Sila sms transaksi pemindahan kepada 0105939293 untuk tujuan rekod.

Wanman
 Aktivis Muslimat PAS Miri

English version

Paralyzed grandma isolated alone in dilapidated huts

MIRI - Living alone without the company laughter of grandchildren and children is not necessarily anyone choices. In the hubbub and excitement of Muslims getting ready to welcome the arrival of holy month of Ramadan, an old woman who lives alone in Satap village, Miri could only surrender and subsided by divine decree.

The heaver your eye can see, the heavy the person holding it that's the fate that had to go through by this old woman who lived alone for a long time.  Atiah binti Duhak 80 said she lived alone in an old and dilapidated house, and was never married and have a family or closest relatives. She was born in a deformed leg and could not move like other normal human being. Every day she just can manage itself slowly without anyone's help.

During her youth, grandma Atiah doing various jobs such as farming and tapping rubber to earn its daily life. "Aunt was tired to work anymore because of health conditions that do not allow, and foot disease suffered since birth, this makes aunt movement limited" she told representatives of PAS Miri who visited her home to deliver welfare assistance recently.

Grandma Atiah said she did not like begging sympathy of others instead try to manage on its own lives.
However, she was thankful that there are neighbors around that is attentive and often provide aid to her include providing food and other daily necessities.

She added that the government ever came to visit her and promised to provide assistance to build a house to her, but until now she had not received any form of assistance. She added that although her condition is classified as Persons with Disabilities (PWDs), she has never received assistance from the Social Welfare Department (SWD) since long ago.

Mohd Arifiriazul bin Paijo as Deputy PAS Miri Chief said "The PAS Miri has always been committed to helping people of less fortunate including the disabled and the elderly that is marginalized as in the case of grandma Atiah.

This is in line with the PAS slogan who wants to make Malaysia a 'benevolent state'. "I expect cooperation from the authorities to conduct a series of periodic pilgrimages to identify target groups that need help so that all the people in Sarawak especially in Miri can feel a better life as is obtained by other people, "he said.

"It is sad to see the condition of grandma Atiah who lives alone and has no family members who could be a place to rely on. Hopefully with the contribution given by the PAS Miri is to some extent can cheer the hearts of grandma Atiah to welcome the month of Ramadan soon, "said Mohd Arifiriazul.

He said the PAS Miri will try to prolong the matter to the Baitulmal Miri and the Social Welfare Department (SWD) in the near future. "We from PAS Miri hope grandma Atiah being supported through and help from the Baitulmal, the Social Welfare Department (SWD) and other the responsible authority so that the fate of grandma Atiah is more taken care at the end of her age " he said ended the welfare visit organized by PAS Miri on that day.

To anyone who wants to lend a hand to grandma Atiah can be channeled to the Bank Islam account "Tabung Prihatin Sarawak" -11022010039807. Please sms transfer of transactions to 0105939293 for record purposes.
.
Wanman
Muslimat activists PAS Miri


0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan