Pengikut

Nuffnang

Selasa, 16 Jun 2015

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


ADUAN RAKYAT-PEMUDA BERSAMA RAKYAT- Jalan kampung berlubang

Posted: 15 Jun 2015 05:28 PM PDT


ADUAN RAKYAT-PEMUDA BERSAMA RAKYAT

Isu : Jalan kampung berlubang

Pengadu : Mohd Anas bin Shahul Hameed

No IC : 800317025421

Alamat : no 223E Jalan Bakar Sampah 08000 SP

Kesan masalah jalan yang teruk ini:

  1. Tayar kerap Pancit

  1. Kemalangan motor bertembung bila mengelak lubang

  1. Separuh pengguna adalah warga emas
Aduan e-MPSPk telah dibuat dan alporan akan disusul kepada Ahli Parlimen berkenaan.


Team Pemuda Bersama Rakyat 
Lajnah Penyelidikan DPPNK, Lajnah 3P DPPNK, DPPK Sg Petani 2015







LAPORAN - ISU ASAP BUSUK DARI KILANG HARAM MEMPROSES MAKANAN HAIWAN DI SUNGAI PETANI

Posted: 15 Jun 2015 05:24 PM PDT

LAPORAN - ISU ASAP BUSUK DARI KILANG HARAM MEMPROSES MAKANAN HAIWAN DI SUNGAI PETANI
Laporan daripada : Dewan Pemuda PAS Sungai Petani & DPPN Kedah

Lawatan Dewan Pemuda PAS Sg Petani
  1. Maklumat lawatan
Peserta lawatan:
  1. Mohd Sani Bin Mohd Md Sod Ketua Pemuda Cawangan Permatang Berangan
  2. Mohd Farhan Bin Omar Setiausaha Pemuda Cawangan
  3. Mohd Izwan Ismail Ketua Dewn Pemuda PAS Sg Petani
  4. Shafirol Lajnah Ekonomi Dewan Pemuda PAS Sg Petani
  5. Beberapa penduduk tempatan yang telah lama perjuangkan isu ini.
Masa: 6.30 petang
Tarikh: 23 April 2015
Tujuan: Menyiasat bersama penduduk tempatan selepas dimaklumkan isu oleh pemuda cawangan Permatang Berangan.
Tujuan Laporan :
  1. Tindakan pohak berkuasa untuk menutup kilang berkenaan jika terbukti ia kilang tanpa pendaftaran berdasarkan akta dan peruntukan undnag-undang yang sah.
  2. Jika memiliki permit dan lesen, diminta pihak berwajib pastikan tiada lagi perlepasan bau busuk ke persekitaran awam sebegaimana peruntukan undang-undang Akta Kilang dan Jentera dan Akta Kualiti Alam Sekeliling.
Latar belakang isu

  1. Antara pemilik Beh Eng Chuan
  2. Lokasi kilang haram (tanpa lesen perkilangan) di Kampung Pulau Tengah.
  3. Nama syarikat Enterprise sahaja - Sin Xing Long Enterprise tertera pada pintu lori.
  4. Tiada papan tanda seperti kilang-kilang lain.
  5. GPS code : 5 darjah 35' 17 " N dan 100 darjah 29' 27" E
  6. Bahan mentah bulu ayam, kepala ayam dan sisa perut ayam
  7. Bau busuk dilepas tanpa mengira masa termasuk waktu malam.
  8. 5 sekolah terjejas - antaranya SM Pinang Tunggal, SRK Pinang Tunggal, Sekolah agama dan 5 buah Tabika.
  9. Kampung terjejas
    1. Permatang Berangan
    2. Kampung Pulau Tengah,
    3. Pinang Tunggal
    4. Kampung Kilang Makau
    5. Tama Seraya
    6. Taman Kempas I dan II.
  10. Jika asma atau lelah apabila bau keluar keadaan akan jadi lebih parah

Tindakan penduduk dan hasil
  1. Himpunan bantahan NGO - 24 Ogos 2014
  2. Telah disiar TV9
  3. Telah disiar dalam RTM - 5 September 2014
  4. Telah disiar dalam Sinar
    1. Tarikh 25 Ogos 2014
    2. 2000 penduduk tempatan terjejas.
    3. Waktu paling busuk 6 ptg hingga 12 malam.

  1. Telah diajukan kepada Majlis Bandaran
    1. Surat ditulis pada 8 September 2014 oleh JKKK merangkumi JKKK Kapung Kilang Makau, kampung Pulau Tengah, Kampung Permatang Berangan.
    2. Disertakan aduan rakyat, plan kilang dan tandatangan penduduk yang terjejas.
    3. Tiada tindakan sewajarnya.

  1. Telah dilaporkan kepada Jabatan Alam Sekitar
  2. Berjumpa Exco Alam Sekitar
    1. Pada 26 Ogos 2015 perteuan dengan Exco Alam Sekitar Dato' Dr Leong.
    2. Pengusaha kilang juga hadir.
    3. Berjanji akan selesaikan isu bau dalam sebulan. (sehingga laporan ini ditulis bau masih dilepaskan)
  3. Surat kepada Menteri Besar Kedah
    1. Bertarikh 15 Feb 2015 oleh Azhar Bin Hamat (Pengerusi JKKK Permatang Berangan)
    2. Belum ada maklum balas


Isu-isu perundangan dan akta

  1. Salah guna tanah persendirian
    1. Seksyen 127 (1A) Akta Kanun Tanah Negara 1965 Pelanggaran Syarat Tanah
    2. Denda tidak kurang RM500.00 dalam kes perlanggaran berterusan, tambahan RM100.00 bagi tiap-tiap hari tempoh perlanggaran berterusan atau tanah boleh dirampas.
    3. Jika ubah status tanah perlu ada dokumen.

  1. Melepas bahan kimia atau bau busuk di udara
    1. Seksyen 25 (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
    2. Seksyen 25(1) Mengeluar, melepas atau meletakkan apa‐apa benda berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar atau buangan ke dalam mana‐mana perairan daratan tanpasuatu lesen.
    3. Denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua‐duanya dan denda tambahan tidak lebih daripada RM1000 sehari bagi tiap‐ tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disampaikan kepadanya suatu notis yang diberi oleh Ketu Pengarah menghendakinya menmberhentikan perbuatan yang dinyatakan di dalamnya itu.

  1. Memiliki premis kilang tanpa memaklum Pemeriksa Jentera
    1. Seksyen 34 (1) Akta Kilang dan Jentera 1967
Tiap-tiap orang yang pada mula kuat kuasa Akta inimenduduki atau mengguna mana-mana premis sebagai suatu kilang hendaklah—
(a) dalam tempoh tiga bulan dari tarikh itu mengemukakankepada Ketua Pemeriksa apa-apa butir sebagaimana yang boleh ditetapkan; dan selepas itu;
(b) dalam tempoh enam bulan apabila dikehendaki berbuatdemikian oleh Ketua Pemeriksa mengemukakan apa-apa butir lanjut sebagaimana yang ditetapkan.
(2) (a) Tiada seorang pun boleh kecuali dengan kebenaran bertulisPemeriksa, mula menggunakan mana-mana premis sebagai kilang sehingga satu bulan selepas dia menyampaikan kepada Pemeriksa suatu notis bertulis mengikut bentuk yang ditetapkan.
(b) Subseksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana orang yangmengambil alih sesuatu kilang daripada orang lain jika tiada perubahan dalam sifat kerja yang dijalankan di dalam kilang itu dengan syarat bahawa orang pertama itu hendaklah dalam tempohsatu bulan dari pengambilalihan itu menyampaikan kepada Pemeriksa notis bertulis mengikut bentuk yang ditetapkan.

  1. Memasang mesin tanpa kebenaran
    1. Seksyen 36. (1) Akta Kilang dan Jentera 1967 Tiada seorang pun boleh memasang atau menyebabkan supaya dipasang apa-apa jentera kecuali dengan kelulusan bertulis Pemeriksa dan bagi maksud mendapatkan kelulusan itu maka hendaklah dikemukakan kepada Pemeriksa apa-apa butir sebagaimana yang ditetapkan.
(2) Apabila mana-mana jentera yang berkenaan dengannya suatuperakuan kelayakan ditetapkan telah dipasang, notis bertulis hendaklah disampaikan kepada Pemeriksa yang hendaklah dengan seberapa segera yang boleh membuat suatu pemeriksaan ke atasnya
dan, jika jentera itu mematuhi Akta ini, mengeluarkan suatu perakuankelayakan mengikut bentuk yang ditetapkan apabila dibayar fi yang ditetapkan.
(3) Notis bertulis mengikut bentuk yang ditetapkan itu hendaklahdisampaikan kepada Pemeriksa sebelum mana-mana jentera selain jentera yang berkenaan dengannya suatu perakuan kelayakan ditetapkan atau yang telah dinyatakan dalam mana-mana notis
bertulis yang disampaikan kepada Pemeriksa menurut seksyen 34mula-mula digunakan di dalam suatu kilang dan tiada jentera boleh, kecuali dengan kebenaran bertulis Pemeriksa, digunakan sehingga habis tempoh satu bulan selepas penyampaian notis bertulis dibawah subseksyen ini.

B) Borang JKJ 106 perlu diisi oleh pengusaha dan penduduk boleh meminta pengusaha keluarkan salinan surat berkenaan.


  1. Tidak menyedian persekitaran selamat kepada pekerjannya sendiri
    1. Seksyen 15 (1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
    2. Mengadakan dan menyenggara setakat yang praktik tempat kerja dan sistem kerja yang selamat
    3. Menyediakan kaedah atau cara yang boleh menjamin keselamatan dan kesihatan semasa pengendalian, penggunaan, simpanan dan pengangkutan bahan
    4. Dari pemerhatian, lawatan kami, suasana busuk dan pekerja menghadap bau busuk tanpa PPE (personal protective equipment), tanpa ada sistem ventilasi yang menghalang pekerja terdedah bau busuk.

  1. Undang-undang tort - kacau ganggu
    1. Penduduk boleh memohon injunksi mahkamah untuk menyekat bau tersebut.

Usaha Dewan Pemuda PAS

  1. Memaklum kepada ahli parimen Sungai Petani untuk tindakan lanjut
  2. Membuat laporan kepada Persatua Pengguna
  3. Menghantar laporan kepada Sinar dan Harakah.
  4. Membuat lawatan susulan akan datang memandangkan pihak penguasaha berjanji menyiapkan sistem penapis bau serta cerobong khas.

Laporan oleh :
Muhammad Nuruddin Bashah
(Ketua Penerangan DPPK Sungai Petani, Exco DPPN Kedah)
10 Mei 2015

















0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan