Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 9 Mei 2015

Pas Kawasan Tanjung Malim

sumber :-

Pas Kawasan Tanjung Malim


JIBG Melakar Sejarah di SRI At Ta'lim

Posted: 09 May 2015 01:32 AM PDT

Alhamdulillah dan sekalung tahniah kepada ALP serta tenaga penggerak SRI AT Ta'lim kerana melangkah setapak lagi kehadapan dengan penubuhan JIBG pagi ini.

Perjumpaan pagi ini juga adalah untuk mengetahui perkembangan anak-anak sama ada akademik mahupun sahsiah melalui suatu majlis interaksi antara guru dan ibubapa.

Tahniah..tahniah kepada semua yang menjayakan terutamanya kepada Pengarah SRI At Taklim, Us Azhari yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Kawasan serta semua ALP dan tenaga pengajarnya.


Barisan ALP dan ibubapa bergambar kenangan
Jawatankuasa JIBG At Taklim yang pertama
Barisan Jawatankuasa JIBG

Taklimat Bersama Ketua dan Setiausaha Cawangan

Posted: 08 May 2015 05:38 PM PDT

Kepimpinan Pas Kawasan Tanjung Malim telah mengambil inisiatif memanggil semua ketua dan setiausaha cawangan bagi menyelesaikan dan menyelaras gerak kerja peringkat kawasan dan cawangan.

Antara yang ditaklimatkan ialah laporan minit ke pertubuhan. Semua setiausaha diedarkan dengan borang 9 dan draf minit mesyuarat agung tahunan.

Boleh muat turun fail berikut :



Selain itu, Penolong setiausaha 1 juga mengendalikan urusan aktiviti yang dicadangkan oleh pihak cawangan untuk dibawa ke Retreat Pas Kawasan pada 31 Mei nanti.

Terdahulu, YDP telah memberikan Tawjihad kepada semua ajk yang hadir.
Turut dijemput bersama dalam program ini ialah Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan