Pengikut

Nuffnang

Ahad, 31 Mei 2015

Pas Kawasan Tanjung Malim

sumber :-

Pas Kawasan Tanjung Malim


Bengkel Plan Strategik Pas Tg Malim

Posted: 30 May 2015 03:03 AM PDT

Perancangan yang tersusun adalah penyumbang kepada tercapainya pelaksanaan yang mantap dan dapat mencapai objektif yang diharapkan.

Sebelum sesuatu takwim disusun, perlu ada satu perbincangan dan perancangan yang disusun rapi agar setiap lajnah dapat bergerak dengan baik.

Pas kawasan mengambil langkah yang proaktif dengan mengadakan satu Bengkel Plan Strategik yang melibatkan semua jawatankuasa lajnah Pas Kawasan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

Ydp Pas Kawasan Tg Malim, AF Ustaz Tarmizi Ab Rahman telah membentangkan Visi dan Misi Pas kawasan sepanjang 2015-17 untuk memandu peserta bengkel mengatur program bagi mencapai visi dan misi tersebut.

Turut berucap, ketua Dewan Muslimat dan Ketua Dewan Pemuda yang memperkenalkan jawatankuasa masing-masing.

Sesi pertama selepas ucapan ialah perbincangan objektif dan penyusunan objektif setiap lajnah.

Selepas itu, semua ketua lajnah membentangkan cadangan aktiviti dan diikuti dengan komen dan cadangan penambahbaikan daripada semua peserta.

Sebelah petang, satu rumusan takwim telah dibentangkan oleh setiausaha sebagai hala tuju Pas Kawasan untuk dicapai.

Program berakhir dengan bacaan doa oleh Af Ustaz Aswad dan peserta menikmati jamuan minum petang sebelum bersurai.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan