Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 22 Mei 2015

Pas Kawasan Tanjung Malim

sumber :-

Pas Kawasan Tanjung Malim


Tanjung Malim Lahirkan Pejuang Islam

Posted: 21 May 2015 09:44 AM PDT

Pas kawasan Tanjung Malim diketuai oleh YDP, Af Ustaz Mohd Tarmizi bersama Setiausaha dan beberapa pimpinan Pas Kawasan telah berjaya mengenengahkan fakta sebenar tentang kewujudan sejarah perjuangan Islam di bumi Tanjung Malim ini.

Af Ustaz Tarmizi telah berucap dalam sebuah forum anjuran UPSI berjudul 'Wacana Riwayat Tanjung Malim' yang mana beliau menyanggah fakta yang dikemukakan oleh ahli panel seolah menafikan kewujudan pejuang kemerdekaan di Kawasan Tg Malim. Beliau maksudkan ialah Dr Burhanuddin al Helmy, Ahmad Bostaman dan Dr Zulkifli Mohamad.

Atas kekuatan fakta dan bukti yang diketengahkan, ahli panel bersetuju meletakkan nama pejuang tadi sebagai pejuang Islam menuntut kemerdekaan yang dipadam nama mereka daripada sejarah oleh pihak pemerintah.

Tahniah kepada Af Ustaz Tarmizi dan rombongan atas kejayaan ini.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan