Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 2 Mei 2015

Pas Kawasan Tanjung Malim

sumber :-

Pas Kawasan Tanjung Malim


Tugasan Pertama Selepas Dipilih YDP

Posted: 01 May 2015 04:11 AM PDT

Seusai Mesyuarat Agung Pas Kawasan Tg Malim kali ke 34, Ydp Pas yang baru diberi mandat oleh perwakilan untuk memimpin jamaah di sini terus menjalankan tugasan pertamanya iaitu turun ke semua cawangan Pas.

Bermula 20 April, sehari selepas mesyuarat agung, ydp telah menziarahi dan mengadakan dialog dengan ahli dan ajk pas cawangan Trolak Timur, Besout 2, 3, 4 & 5.

Sehingga hari ini, semua cawangan dalam kawasan ini telah dilawati dan disantuni.

Antara lain, beliau mahu cawangan bangkit membantunya memajukan pas kawasan bersama-sama.

Af Ustaz Tarmizi juga tidak melepaskan peluang memberikan tazkirah dalam setiap pertemuannya dengan ahli-ahli cawangan.

Rata-rata komen ahli menunjukkan mereka amat berpuas hati dan berharap gaya kepimpinan begini diteruskan oleh Af Ustaz.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan