Pengikut

Nuffnang

Khamis, 14 Mei 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Mereka Memerlukan Bantuan Segera

Posted: 14 May 2015 02:06 AM PDT

Mangsa kebakaran merayu dibina semula rumah mereka dengan segera


Mangsa rumah yang terbakar minggu lalu di Kpg Subak Bekenu memohon dan merayu agar pihak kerajaan dapat segera membina semula rumah mereka yang musnah sama sekali pada hari itu.

Menurut mangsa, mereka sudah memohon bantuan dari agensi kerajaan yang berkaitan tetapi sehingga kini belum ada jawaban. Mereka amat memerlukan tempat tinggal mereka semula memandangkan kehidupan mereka sekarang hanya bergantung kepada ikhsan orang lain.

Salah seorang mangsa mengadu kepada pihak kami yang mereka amat memerlukan tempat tinggal walaupun sederhana yang penting mereka dapat memulakan kehidupan yang lebih selesa di tempat sendiri. Sekarang mereka hanya menumpang di rumah saudara mara mereka yang berdekatan dari tempat tinggal mereka.

Sekiranya pihak agensi kerajaan yang berkaitan lambat memberi bantuan, mereka amat mengharapkan bantuan dari orang ramai yang sudi membantu mereka membina semula rumah mereka yang musnah itu semampu yang boleh.

Kebanyakan mereka bekerja sebagai petani dan sudah tentu pendapatan mereka tidak cukup untuk membina semula rumah mereka tanpa bantuan dari pihak kerajaan dan juga orang ramai yang perihatin akan nasib yang menimpa mereka.

Anak-anak mereka yang masih sekolah juga perlu bantuan membeli buku, alat-alat tulis serta pakaian mereka yang sudah hangus terbakar semasa kejadian tempoh hari.

Kita mengesa pihak kerajaan terutama agensi kerajaan yang berkaitan dengan kebajikan serta Projek PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin) dapat membantu membina semula rumah mangsa kebakaran itu dengan segera.

Pihak kami juga sedia memberi bantuan dengan melancarkan Tabung Membina Semula Rumah Mangsa Kebakaran di Kampung Subak, Bekenu untuk memudahkan orang ramai menderma.

Sumbangan orang ramai boleh disalur melalui Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) akaun Tabung Perihatin Sarawak 11022010039807 dan Maybank akaun Dewan Pemuda PAS Miri 511186319143.

Setiap penyumbang boleh hantar SMS atau WhatsApp di talian 0105939293 untuk direkodkan transaksi. Sumbangan anda semua amat dihargai. Hanya Allah saja yang mampu membalas kebaikan dan kebajikan anda semua.

PAS Miri juga menyediakan talian pusat khidmat untuk DUN Lambir dan DUN Senadin. Setiap aduan boleh disalurkan melalui talian no 0105939293 untuk memudahkan pihak kami menyalur masalah rakyat kepada pihak berkuasa dan kepada pihak berkaitan untuk tindakan seterusnya. Pihak kami sentiasa memberi kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk mengatasi masalah rakyat.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Fire victims appealed rebuilt their homes immediately

Victims of burning house a week ago in Kpg Subak Bekenu apply and appealed so that the government could immediately rebuild their homes that were destroyed on that day.

According to the victim, they have sought the assistance of the relevant government agencies but up to now no answer. They need a place to stay as their lives are now only depends on the courtesy to others.

One of the victims complained to us that they really need a place to stay even simpler as long as they can begin their life more comfortable in their own place. Now they just live with their relatives nearby from their homes.

If the relevant government agencies slow to provide assistance they are hoping for help from the members of the public who are willing to help them rebuild their homes that were destroyed as best as it can.

Most of them are farmers and of course they did not have enough money to rebuild their homes without the help from the government and also members of the public that care about the fate that befell them.

Their children that still in school also need help to buy books, stationery and their clothes that were destroyed by fire during the day of the incident.

We urge the government, especially government agencies relating to the welfare and the PPRT Project (Development Program for the Extremely Poor) can help rebuild the house of fire victims immediately.

We are also ready to provide assistance by launching Rebuilding Fund for house Fire Victims in Kampung Subak, Bekenu for the public to donate.

Public donations can be channeled through Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Sarawak Caring Fund acct 11022010039807 and Maybank Miri PAS Youth acct 511186319143.

Each contributor can send SMS or WhatsApp at 0105939293 for transactions recorded. All your contributions are greatly appreciated. Only God can reward you all the goodness and virtue.

PAS Miri also provides online service center for DUN Lambir and DUN Senadin. Any complaints can be channeled through online no 0105939293 to enable us to channel the people's problems to the authorities and to the relevant authorities for further action. We always cooperate with the government agencies concerned to solve people's problems.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan