Pengikut

Nuffnang

Isnin, 11 Mei 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Mangsa Rumah Terbakar Kpg Subak Mohon Bantuan Bina Rumah Semula

Posted: 11 May 2015 02:48 AM PDT

Balai Bomba Perlu dibina Di Bekenu


Pada hari sabtu yang lalu, 3 buah rumah musnah sama sekali di Kpg Subak Bekenu. Kejadian berlaku pada kira-kira jam 7 petang semasa itu ramai ahli keluarga sudah berada di rumah. Menurut salah seorang mangsa kejadian ianya mungkin berpunca dari litar pintas elektrik.

Api merebak terlalu cepat menyebabkan penghuni tidak sempat hendak menyelamat dokumen penting serta barang-barang keperluan mereka. Semuanya musnah sama sekali termasuk pakaian dan juga buku sekolah anak-anak mereka.

Memandangkan tiada balai Bomba di Bekenu maka mereka membuat panggilan kecemasan di balai Bomba Miri dan pihak Bomba dari bahagian Miri sampai kurang sejam ke tempat kejadian. Apabila sampai ke tempat kejadian tiada lagi barang yang sempat diselamatkan.

Seramai 3 keluarga yang kehilangan tempat tinggal dan mereka memohon bantuan agar rumah mereka dapat dibina semula dengan segera. Sekarang mereka hanya menumpang di rumah keluarga dan saudara mara mereka yang berdekatan.

PAS Miri sempat melawat mangsa di tapak kejadian dan menyumbangkan sedikit bantuan kepada mangsa untuk meringankan sedikit bebanan yang mereka tanggung. Kita amat simpati kepada keluarga mangsa terutama anak-anak mereka yang masih bersekolah kerana semua alat-alat keperluan sekolah mereka musnah sama sekali.

Kita mengesa agar pihak kebajikan serta agensi kerajaan dapat membina semula rumah mereka yang musnah tersebut dengan segera kerana musim perayaan sudah hampir tiba. Begitu juga buku-buku serta pakaian sekolah anak-anak mereka telah musnah dalam kebakaran itu perlu diganti dengan baru.

Sudah banyak kejadian kebakaran berlaku di kawasan Bekenu yang sukar diselamatkan akibat tiada kemudahan balai Bomba maka kita mengesa kerajaan dapat membina sebuah balai Bomba di Bekenu.

Masalah ini sudah lama dilontarkan kepada pihak kerajaan agar segera membina sebuah balai Bomba di Bekenu tetapi sehingga kini belum lagi dipenuhi.

Kalau hanya berharapkan pihak Bomba dari Miri datang membantu mungkin ianya sudah agak lewat kerana perjalanan mengambil masa yang lama untuk sampai ke tempat kejadian. Sekurang-kurangnya pihak kerajaan dapat memasang pili bomba berdekatan dengan kawasan kampung untuk memudahkan orang ramai datang membantu ketika berlaku kebakaran.

Kami berharap masalah tiada balai bomba dan pili bomba di Bekenu boleh ditangani dengan segera.
Kerjasama serta perhatian pihak kerajaan untuk mengatasi masalah ini amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Fire Station should be built in Bekenu

On last Saturday, 3 houses totally destroyed in Kpg Subak Bekenu. The incident happened at about 7 pm when the family members are already in the house. According to one of the victims the incident it may be caused by electrical short circuit.

The fire spread too quickly causing the occupants could not to save important documents and their essential items everything is totally destroyed including clothing and also school books of their children.

Since there is no fire station at the Bekenu they make an emergency call at the Miri fire station and the Fire Department of the Miri reach about an hour at the scene. When they reached at the scene there are no more items that could be saved.

A total of 3 families who lost their homes and they pleaded for help to be able to rebuild their homes immediately. Now they just live with the family and their nearby relatives.

PAS Miri had visited the victims at the site and contribute some to the victim to help relieve some of the burden which they bear.  We are very sympathetic to the families, especially their children who are still in school because all their school essentials totally destroyed.

We urge the welfare and the government agencies can rebuild their homes that were destroyed immediately because the festive season is so close. As well as books and clothing of their children school was destroyed by fire should be replaced with a new one.

There have been many incidents of fire in the Bekenu area that is hard to be saved as a result there is no facility of Fire station then we urge the government to build a Fire station at the Bekenu.

This problem has long been posed to the government to immediately build a Fire station at the Bekenu but until now not been met.

If only expect the Fire Department from Miri to come to help maybe it was a quite late because the trip took a long period to get to the scene. At least the government can install fire hydrants near the village area for the public to come to help when there is a fire.

We hope the problem of no fire station and fire hydrant at the Bekenu can be addressed immediately. Cooperation and attention of the government to address this issue is greatly appreciated.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan