Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 9 Mei 2015

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


Kenyataan media - Skandal Tabung Haji: Menambah 'Busuk' Kepimpinan Umno Kedah

Posted: 08 May 2015 11:14 AM PDT


KENYATAAN MEDIA KHAS
9 Mei 2015

"Skandal Tabung Haji: Menambah 'Busuk' Kepimpinan Umno Kedah"


1. Skandal kewangan terbaru melibatkan penggunaan wang tabungan deposit Tabung Haji untuk 1MDB perlu dilihat sebagai ancaman kepada ketahanan dan kemampuan kewangan negara. Ia adalah langkah terdesak menyelamatkan kegagalan kewangan, ketirisan dana dan isu penyelewengan 1MDB.
2. Di mana, jika wang dari institusi milik umat Islam dan bertujuan untuk ibadah itu sewenangnya digunakan untuk menutup kerakusan kroni-kroni Umno-BN, tidak mustahil perkara sama digunakan terhadap segala sumber kewangan lain yang ada.
3. Setidak-tidaknya, ia menjadi bukti mengenai sikap dan haloba pemimpin Umno-BN yang menguruskan kerajaan dan hak rakyat mengikut kepentingan untuk memenuhi tembolok nafsu mereka. Tidak mustahil berlaku sebagaimana selalu disebut bahawa orang berhutang itu seperti "Korek Lubang, Tutup Lubang".
4. Khususnya bagi negeri Kedah, rakyat negeri ini berhak merasa bimbang kerana antara dilihat terlibat dalam isu tersebut adalah pemimpin Umno-BN dari Kedah iaitu Dato' Abdul Azeez Abdul Rahim selaku Pengerusi Lembaga Tabung Haji dan Dato' Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama.
5. Hal ini bukan perkara baru kerana rekod Kerajaan Negeri Kedah semasa di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Mahdzir Khalid dahulu masih gagal menjelaskan sehingga ke hari ini penyelewengan dan salah urus tadbir kewangan melibatkan jumlah RM403 juta. Begitu juga sekarang di bawah Dato' Seri Mukhriz Mahathir yang sedang berhadapan isu pemborosan dan kegagalan mengemukakan agenda pembangunan realiti untuk negeri Kedah.
6. Walhal selalu menjadi mangsa adalah hak dan kepentingan rakyat, sebaliknya untuk kroni dijamin dan diselamatkan dengan pelbagai cara. Perkara inilah selalu dipertegaskan PAS supaya ia ditadbir urus selaras dengan peringatan Allah sebagaimana petikan ayat 7 surah al-Hasyr yang bermaksud "....supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu...".
7. Kerajaan seakan melakukan 'bailout' apabila Tabung Haji membeli tanah milik 1MDB pada harga RM2,773 sekaki persegi, walaupun ia dibeli 1MDB pada harga RM64 sekaki persegi. Sedangkan hak rakyat contohnya tanah yang terlibat dalam pengambilan untuk jalan sambungan Lebuh Raya Utara – Selatan ke Pulau Bunting hanya ditawarkan harga terlalu rendah dari penilaian awam yang direkodkan iaitu cuma RM3.70 hingga RM5.50 sekaki persegi.
8. Demikian itu terbukti Umno-BN memiliki pemimpin yang tidak amanah, dan secara khususnya rakyat negeri Kedah perlu merasa khuatir terhadap masa depan negeri ini kerana antara pemimpin tersebut adalah dari negeri Kedah. Perubahan mesti dilakukan agar negeri ini tidak 'tergadai' atau muflis oleh sikap rakus dan haloba pemimpin Umno-BN kepada kuasa dan kebendaan.
USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
Adun Sungai Limau

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan