Pengikut

Nuffnang

Rabu, 6 Mei 2015

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو

sumber :-

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو


Khidmat membina rumah menggunakan sistem IBS.

Posted: 05 May 2015 08:21 PM PDT

Asalamualaikum.

Agak lama saya tidak update sesuatu di sini. Dengan kesibukan kerja, mencari ketenangan, dengan kehadiran ahli keluarga baru maka bertambahlah tanggungjawab. Dalam tempoh tersebut, saya berjaya mempelajari sesuatu yang boleh memberikan peluang kepada rakyat. Di kala keadaan ekonomi negara yg semakin mencengkam hidup, perlaksanaan gst, kenaikan harga barang, saya yakin masih ramai rakyat kita yang tidak mampu untuk memiliki sebuah rumah idaman.

Saya telah mengkaji dari pelbagai sudut binaan ini. Berdasarkan ilmu yang saya ada dan beberapa projek yang telah di laksanakan oleh saya sendiri dan kawan-kawan seperjuangan, binaan ini boleh maju. Produk ini telah mendapat kelulusan sirim dan bomba. Telah di gunakan dengan meluas di dalam pembinaan rumah mewah di Putrajaya. Pembinaannya lebih cepat, tapak projek yang lebih bersih tanpa menggunakan jentera berat, rumah lebih sejuk dari penggunaan batu bata konvensional ( batu bata tanah liat dan batu bata pasir simen ) dan juga harga pembinaan rumah lebih murah dari biasa.

Sekarang saya sedang menjalankan projek pertama mampu milik kepada sebuah keluarga di daerah kuala pilah,negeri sembilan dan masih dalam pembinaan. Rumah ini adalah rumah contoh dan perintis kepada rumah-rumah seterusnya. Kepada sesiapa yang berminat ingin membina rumah dengan sistem ini, bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi saya terus di talian 013-66 777 87. Setakat ini, saya hanya mampu menerima pekerjaan di sekitar negeri sembilan sahaja.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan