Pengikut

Nuffnang

Isnin, 20 April 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Penduduk Asal Sarawak Masih Belum Ada Mykad

Posted: 20 Apr 2015 09:00 AM PDT

Penduduk asal Sarawak tanpa MyKad memerlukan bantuan
MIRI - Seorang penduduk di Sungai Dalam di kawasan Lambir, Miri mengadu yang beliau sudah beberapa kali memohon dokumen pengenalan diri dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tetapi gagal kerana tidak mendapat surat sokongan dari Tuai rumah panjang tempat asal kedua orang tua beliau.

Janggau salah seorang wanita yang sudah mempunyai keluarga sehingga kini masih belum memiliki MyKad disebabkan ibubapa beliau tidak mendaftar atau  lewat mendaftar kelahiran beliau. Beliau berasal dari Rh Chabu , Sg Liam Lepong Ajai, Bakong, Baram.

Sebelum ini beliau pernah mengadu masalah ini kepada JPN tetapi disebabkan beliau tidak mendapat surat sokongan dari rumah panjang tempat kelahiran beliau menyebabkan proses pendaftaran untuk mendapatkan MyKad beliau menghadapi masalah untuk kelulusan dari pihak JPN.

Walaupun beliau sudah mengisi Borang APBL(L) Akuan Penerimaan Borang Permohonan Sijil Kelahiran (Lewat) yang ditandatangani oleh pihak Pendaftar Wilayah Kelahiran dan kematian Sarawak tetapi JPN masih belum lagi dapat memproses MyKad beliau. Menurut beliau JPN mahu surat sokongan dan pengesahan dari pihak berkenaan untuk mendapatkan kelulusan memproses MyKad baru.

Persoalan beliau ialah mengapa pihak JPN tidak dapat memproses pemohonan beliau sedangkan kedua orang tua beliau memang asal penduduk Sarawak. Beliau juga memiliki surat nikah dan memiliki 3 orang anak, hanya beliau seorang saja yang tidak memiliki MyKad sedangkan anak-anaknya dan suaminya ada Mykad. 

Inilah masalah yang selalu dihadapi oleh penduduk asal Sarawak yang tinggal jauh di pedalaman yang sukar untuk mendaftar kelahiran serta memilki dokumen pengenalan diri disebabkan jalan perhubungan yang sukar dilalui pada masa lalu.

Kebanyakan mereka ini adalah penduduk miskin serta sukar untuk keluar ke bandar-bandar berdekatan untuk mendaftar kelahiran anak mereka disebabkan masalah jalan jauh serta memerlukan kos tambang pengangkutan yang tinggi untuk sampai ke bandar.

Beliau merayu kepada pihak kami agar masalah beliau mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak kerajaan Sarawak serta JPN untuk dapat membantu beliau  mendapatkan dokumen pengenalan diri yang sah sebagai warga negara Malaysia kerana selama ini pemohonan beliau ditolak disebabkan tidak miliki dokumen pengenalan diri serta tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari pihak yang berkenaan.

Kita mengesa pihak JPN dapat mempertimbangkan permohonan beliau dengan segera kerana beliau memang penduduk asal Sarawak yang kurang mendapat perhatian dari kerajaan disebabkan mereka ini tinggal jauh di pedalaman.

Pihak JPN juga perlu aktif membuat pendaftaran penduduk asal di Sarawak yang tinggal jauh di pedalaman yang kurang kemudahan Infrastruktur seperti jalan raya, jambatan, bekalan air, elektrik, telekomunikasi, dan sebagainya.

Kita juga mengharapkan pihak kerajaan Sarawak dibawah pimpinan Tan Sri Datuk Patinggi Adenan Satem dapat menunaikan janji mereka untuk memberi tumpuan kepada penduduk luar bandar yang kurang bernasib baik ini agar kehidupan mereka lebih terjamin serta tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

Kita berharap  kerjasama dengan pihak kerajaan serta JPN untuk mengatasi masalah penduduk asal tanpa dokumen pengenalan diri dapat ditangani dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Sarawak Indigenous Peoples without MyKad need help

MIRI - A resident of Sungai Dalam in Lambir, Miri complained that she had several times apply an identification document from the National Registration Department (NRD) but failed because not getting a letter of recommendation from the Longhouse chief a place of origin of her parents.

Janggau one of the women that already have a family until now still do not have MyKad because her parents do not register or late registration of her birth. She originated from Rh Chabu, Sg Liam Lepong Ajai, Bakong, Baram.

She had previously complained of this problem to the NRD but because she could not get the support from the longhouse where her birthplace causing the registration process for her to get MyKad have a problem for approval from the NRD.

Although she already filling out the Form of APBL (L) Acknowledgement of Receipt of Application Form Birth Certificate (Late) signed by the Regional Registrar of Births and death of Sarawak but NRD still not able to process her MyKad. According to her NRD want letter of recommendation and verification from the relevant authorities to obtain the approval process for new MyKad.

Her question is why the NRD could not process her application while both of her parents are the original inhabitants of Sarawak. She also has a marriage certificate and has 3 children only she was the only one that does not have a MyKad while her children and her husband have MyKad.

This problem often faced by the indigenous people of Sarawak who live further inland that are difficult to register the birth and have identification documents due to inaccessible roads in the past.

Most of them are poor and hard to get out to nearby cities to register the birth of their child due to travel long distances and requires high cost of transportation fares to reach to the town.

She appealed to us so that her problems get appropriate attention from the Sarawak government and NRD to help her to get valid identification document as Malaysian citizens because all this while her application was rejected because did not have personal identification documents and did not get fully support of the parties concerned.

We urge the NRD can consider her application immediately because she is indeed Sarawak natives who received less attention from the government because they live far inland.

The department should also actively make the registration of the original inhabitants in Sarawak who live far inland that are less Infrastructure facilities such as roads, bridges, water supply, electricity, telecommunications, and so on.

We also look ahead to the state government under the leadership of Tan Sri Datuk Adenan Satem can keep their promises to focus on the rural population who are less fortunate so that their lives is more assured and did not left behind in development.

We hope with the collaboration with the government and NRD to overcome the problems of the original inhabitants without personal identification documents can be dealt with immediately is greatly appreciated.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan