Pengikut

Nuffnang

Rabu, 15 April 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Mengapa KWSP cuba menyekat pengeluaran wang persaraan 55 tahun?

Posted: 15 Apr 2015 08:38 AM PDT

Pencarum Tidak Setuju Wang Mereka disekat sehingga umur 60 tahun
 
Baru-baru ini kita dihebohkan dengan kenyataan dari Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Datuk Shahril Ridza Ridzuan yang mengatakan akan menimbang penyelarasan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya kepada usia persaraan 60 tahun.
Beliau berkata, negara perlu menangani isu pengeluaran simpanan pada usia 55 tahun berbanding usia persaraan baharu pada 60 tahun, jika tidak ia akan menjadi bebanan kepada masyarakat untuk menguruskan orang-orang yang bersara tanpa wang yang mencukupi dalam akaun mereka.

Shahril memetik kaji selidik bebas yang dijalankan oleh pakar ekonomi serta penyelidikan dalaman KWSP yang menunjukkan rata-rata orang cenderung untuk menghabiskan simpanan persaraan mereka dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas membuat pengeluaran penuh.

Kita amat tidak setuju dengan cara pihak KWSP menguruskan wang pekerja yang akan bersara kerana bukan semua dari kalangan pesara akan menghabiskan wang mereka seperti dalam tempoh yang tersebut.  Ada dikalangan mereka amat memerlukan wang KWSP untuk pembelanjaan harian dan juga untuk tujuan perubatan dan sebagainya setelah mereka bersara seawal umur 55 tahun.

Setelah mereka menamatkan perkhidmatan dengan sebuah syarikat, pihak syarikat tidak akan menanggung lagi bayaran perubatan mereka maka kalau ada dikalangan mereka yang bersara awal atau ketika berumur 55 tahun sudah tentu akan jadi masalah sekiranya KWSP menyekat pengeluaran wang mereka dalam KWSP.

Antara lain kalau pihak kerajaan meluluskan cadangan KWSP kemungkinan besar ada yang akan bersara dalam usia 55 tahun terpaksa menunggu lebih lama lagi untuk pengeluaran wang mereka.

Apakah jaminan dari pihak KWSP atau kerajaan hendak menyara kehidupan harian mereka setelah mereka bersara seawal umur 55 tahun sekiranya mereka tidak mempunyai pekerjaan dan tidak dibenarkan mengeluarkan wang simpanan mereka sehingga berumur 60 tahun?

Pihak KWSP perlu ingat bukan semua syarikat swasta akan menyambung semula perkhidmatan pekerjanya sehingga berumur 60 tahun kecuali mereka yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang.

Pihak KWSP juga perlu memikir mereka yang bersara awal sebelum 55 tahun juga perlukan wang setelah mereka tidak bekerja. Pihak KWSP sudah tentu tidak akan dapat memberi jaminan yang pesara berumur 60 tahun dapat menikmati hasil simpanan mereka sekiranya mereka meninggal dunia lebih awal sebelum berumur 60 tahun.

Umur 50 dan 55 tahun memang sudah dianggap sesuai untuk bersara dan mengeluarkan simpanan mereka sekiranya mereka amat memerlukannya. Seperti kegunaan membayar yuran persekolahan anak-anak mereka ke pengajian tinggi, untuk perubatan dan sebagainya.

Berilah peluang kepada golongan muda yang masih ramai menganggur bekerja kerana sekiranya terlalu ramai golongan yang berumur  masih  bekerja sampai umur 60 tahun maka peluang untuk genarasi muda untuk mendapat pekerjaan semakin sukar.

Memandangkan kos kehidupan yang semakin meningkat dengan adanya GST serta kenaikan harga minyak yang tidak menentu, nasib para pesara yang belum sampai umur 60 tahun akan bertambah sukar sekiranya mereka tidak bekerja serta tidak dapat mengeluarkan wang simpanan mereka dalam KWSP. Mereka perlu memikirkan masa depan anak-anak mereka yang masih bersekolah, kesihatan mereka juga perlu diberi perhatian.

Adakah pihak kerajaan hanya tahu menyuruh mereka berbelanja secara berhemat sedangkan wang simpanan mereka hanya cukup-cukup makan dan untuk bayar bil, belanja harian serta membeli lain-lain barang keperluan yang semakin meningkat.

Kita mengesa pihak KWSP dan kerajaan mengkaji semula cadangan tersebut kerana kalau ianya dilaksanakan dalam masa terdekat sudah pasti ramai yang akan mengeluarkan wang simpanan mereka sebelum berumur 60 tahun.

Persoalannya mengapa tiba-tiba saja pihak KWSP hendak menyekat hak pengeluaran para penyimpan dalam KWSP yang sepatutnya mereka yang berhak untuk menyimpan atau hendak mengeluarkan wang KWSP pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu sampai umur 60 tahun.

Adakah KWSP sudah kekurangan wang untuk membayar balik wang simpanan pekerja atau untuk kegunaan sesuatu atau ada lain-lain agenda yang rakyat dan pekerja perlu tahu?

Kita ingin memberi cadangan kepada pihak KWSP untuk  memberi skim pelaburan khas kepada pesara agar wang caruman mereka akan terus meningkat dan hasilnya akan terus mereka nikmati selepas mereka bersara awal.

Dengan pendapatan hasil pelaburan tersebut mereka boleh gunakan sepenuhnya atau separuh daripada keuntungan pelaburan mereka sehingga mereka mencapai umur yang ditetapkan oleh pihak KWSP tanpa menganggu caruman mereka. Pencarum juga boleh diberi pilihan sama ada mengeluarkan sepenuhnya atau sebahagian dari caruman mereka setelah mencapai umur 55 tahun.

Kita sekali lagi mengesa pihak kerajaan meniliti benar-benar akan cadangan pihak KWSP ini agar ianya tidak akan membebankan para pesara awal dari umur 60 tahun seperti yang dicadangkan. Kerjasama dengan pihak kerajaan dan KWSP untuk mengkaji semula serta meniliti cadangan ini dengan sewajarnya amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

EPF should review the proposal withdrawal 60 years of age

Recently we surprised with the statement of the Chief Executive Officer of Employees Provident Fund (EPF) Datuk Shahril Ridza Ridzuan which has said it will consider coordination withdrawals age of its members' retirement savings to retirement age of 60 years.

He said the country needs to address the issue of withdrawals at age 55 years compared to the new retirement age at 60 years; otherwise it will be a burden for society to deal with people who are retiring without enough money in their account.

Shahril citing an independent survey conducted by economists and EPF internal research which shows the average person tends to spend their retirement savings in the next three to five years after making full withdrawal.

We strongly disagree with the way the EPF manage the employee's funds who will retire because not all of the retirees will spend their money as in the period. There are those in dire need of EPF money for daily expenditures and also for medical purposes and the like after they retire as early as age 55.

After they terminate the services with a company, the company will not incur anymore their medical fees then if there among those who retire early or at the age of 55 years will certainly be a problem if EPF block withdrawal of their money in EPF.

Among other things, if the government approves the proposal of EPF most likely there who will retire at the age of 55 years had to wait even longer for their withdrawing money.

What is the assurance of the EPF or the government to support their daily lives once they retire as early as age 55 if they do not have a job and are not allowed withdrawing their savings until age 60?

The EPF must remember that not all private companies will resume service of its employees until age 60 unless they have expertise in a particular field.

The EPF also have to think of those who are early retirement before 55 years of age also need money when they are not working. The EPF certainly will not able give an assurance that pensioners aged 60 years can enjoy the fruits of their savings if they died before the age of 60 years.

Age 50 and 55 years had been considered appropriate to retire and withdraw their savings if they need it most. Such use to pay school fees for their children to higher education, for medical and so on.

Give a chance to young people who are still many unemployed to work because if there are too many old people who still work until the age of 60 years, the opportunity for the young generation to get a job getting harder.

Given the increasing cost of living in the presence of GST and uncertain rising oil prices, the fate of the retirees that has not reached the age of 60 years will be more difficult if they are not working and they cannot withdraw money from their savings in the EPF. They need to think about the future of their children who are still in school, their health is also noteworthy.

Does the government only knows asking them to spend wisely while their savings is just enough to eat and pay bills, daily spend and purchase other necessities increasing.

We urge the EPF and government to review the proposal because if it is implemented in the near future is certainly many will withdraw their savings before the age of 60 years.

The question is why suddenly the EPF to restrict the right of withdrawal of the EPF depositors in which they should be entitled to retain or to withdraw EPF at any time without having to wait until the age of 60 years.

Are EPF already short of funds to repay the employees provident funds or to use something else or any other agenda that the people and employees need to know?

We want to give suggestions to the EPF to give special investment scheme for pensioners so that their contributions will continue to increase and as a result they will continue to enjoy after they early retirement.

With the earnings results of the investment they can use fully or half the profit on their investments until they reach the age set by the EPF without disrupting their contributions. Contributors can also be given the option to either completely or partially withdraw from their contributions after reaching the age of 55 years.

We once again urge the government to study thoroughly the proposal of the EPF so it will not burden the early retirees from age 60 as recommended.  Cooperation with the government to review and examine this proposal accordingly is greatly appreciated.


0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan