Pengikut

Nuffnang

Isnin, 27 April 2015

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


PENGELUARAN PADI DAN ISU BERKAITAN

Posted: 26 Apr 2015 07:03 PM PDT

KAJIAN HASIL PENGELUARAN PADI DAN ISU BERKAITAN (KES NEGERI KEDAH)
Susunan : Muhammad Nuruddin Bashah
Unit R&D Lajnah Penerangan DPPM


Hasil Padi Kedah Merosot

  1. Menurut Datuk Seri Mukhriz Mahathir, pengeluaran padi Kedah telah merosot.
  2. Sebelum ini 70 % menyumbang bekalan permintaan negara kini hanya 30 % sahaja1.
  3. Kerajaan negeri terpaksa mengimport beras dari luar khususnya dari negara jiran seperti Thailand, Vietnam dan Kemboja.
  4. Kini tiga tan metrik per hektar, kerajaan Kedah (Datuk Seri Mukhriz) sasarkan 6 tan metrik perhektar2.
  5. Sekiranya produktiviti negara tidak ditingkatkan sehingga 2 kali ganda dari hasil hari ini, Malaysia tidak dapat mengekalkan pengeluaran padi sekitar 70% pada tahun 2040 dan ke atas -
  6. Menurut MADA:
    1. Jumlah keseluruhan tanah sawah Kedah di bawah MADA - 96 558 hektar. (76.54 % tanah MADA) (Sinar Harian)
    2. 2011 - pengeluaran 778031 tan metrik keluasan bertanam 155668 hektar.
    3. 2012 - kawasan yang sama catat 737 696 tan metrik keluasan bertanam 154 514 hektar.
    4. Penurunan dari sudut kawasan bertanam
    5. Penurunan dari sudut produktiviti.
    6. 2013 - Kawasan bertanam hanya 150,110 hektar tetapi produk meningkat ke 747 ,797 tan metrik.
  7. 2013 berbanding 2012 - tanah bertanam kurang 4,404 hektar tetapi produk meningkat 10,101 tan metrik.
  8. Secara umum - KAWASAN BERTANAM BERKURANGAN

Rumusan awal
  1. Faktor untuk menambah hasil produktiviti padi adalah dengan memastikan para petani dapat meningkatkan keefisyenan para petani kerana setiap penanam tidak sama produktivitinya.
  2. Tanah merosot bukan faktor utama memandangkan secara realistiknya tanah sawah tetap akan diambil secara terkawal untuk pembangunan tertentu misalnya sektor sekongan -bengkel kereta/perbesar pekan untuk kemudahan penduduk sekitar sawah juga.
  3. Secara umum pengambilan tanah adalah terkawal alaupun hakikatnya sawah tetap semakin berkurangan dimuka bumi Malaysia.
  4. Padi tempatan adalah industri keselamatan negara -misalnya perang tiada lagi beras import.
  5. Beras import mungkin rendah harganya - BERNAS lebih berminat beras import dan ia kelihatan menjadi sebab tiada tekanan kepada petani tempatan untuk meningkatkan produktiviti.
  6. Kerajaan peru selesaikan isu benih, isu penyakit dan limpahan air kerana ia juga mengganggu produktiviti petani.
  7. Bagi MADA jika ada tanah di bawah seliaan mereka diubah menjadi tanah lain- mereka akan gantikannya (fakta lihat dibawah)

Faktor 1 : Tanah bertanam semakin merosot.

  1. Tiada undang-undang khusus agar tanah penanaman padi tidak ditukar sewenang-wenangnya kepada kegunaan lain.
  2. Mac 2012 yang menunjukkan Semenanjung Malaysia kehilangan kira-kira 100,000 hektar tanah bagi tujuan pembangunan industri dan perumahan dalam tempoh 15 tahun, manakala masalah di Sabah dan Sarawak menyebabkan negara kehilangan 6000 hektar3.
  3. Menurut MADA - disebabkan untuk memberi ruang kepada pembangunan sektor lain untuk merancak ekonomi negeri.

  1. Misalnya : perumahan, industri perkilangan, infrastruktur awam.
  2. Perumahan yang mengambil tanah sawah rancak sejak 10 tahun sebelum ini - Tandop, Kuala Sungai, Alor Janggus, Kuala Kedah.

  1. Isu projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY)
    1. Dato' Paduka Mukhriz Mahathir, mengumumkan penerusan projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) yang dimulakan oleh Dato' Seri Mahdzir Khalid dahulu.
    2. Semasa Ustaz Azizan sebaik mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar pada 10 Mac 2008, Almarhum telah membatalkan projek ZIPY yang dirancang dalam kawasan sawah padi seluas 4,300 ekar di Yan.
    3. Kerajaan negeri sepatutnya tidak korbankan kawasan sawah padi. Maka diubahlah rancangan ZIPY menjadi SULIHH yang tapaknya adalah di dalam laut.
  1. Isu Projek Karpen Kubang Pasu - kerajaan negeri utamakan kapitalis
    1. Kedah 1990an dahulu pernah mengambil tanah sawah 2,000 ekar di Kerpan4 dan diserahkan kepada Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau. Projek itu gagal dan petani-petani di Kerpan sekarang hilang hak mereka ke atas tanah-tanah sawah tersebut.
    2. Ladang Udang di Kerpan ialah sebuah projek ternakan udang yang dijalankan di Kerpan, Air Hitam, daerah Kubang Pasu, Kedah. Ladang udang ini sekarang diuruskan oleh syarikat Blue Archipelago Berhad.
    3. Pada tahun 1993, kerajaan negeri Kedah telah memperolehi lot-lot tanah bersamaan dengan 1,000 ekar di Kerpan untuk membangunkan sebuah projek akuakultur udang bersama dengan Kumpulan Bin Laden dari Arab Saudi.
    4. Suntikan modal sebanyak RM65 juta.
    5. Syarikat yang membangunkan projek ladang tersebut ialah Samak Aquaculture Sdn Bhd. Pemegang saham Samak Aquaculture ialah Asmak Aquaculture Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Bin Laden, dengan 60% saham manakala kerajaan negeri Kedah mempunyai sebanyak 29% saham. Ia juga dilapurkan bahawa baki saham Samak Aquaculture sebanyak 11% ialah milik bekas pemilik lot tanah yang bersetuju untuk menyertai syarikat sebagai pemegang saham. Kerajaan negeri Kedah dilapurkan sebagai memantau saham bekas pemilik tanah untuk menjaga kepentingan mereka.
    6. Pendapatan yang dianggarkan oleh Samak Aquaculture adalah RM40,000 setiap kolam dengan dua kali tuaian setahun.
    7. Pada awalnya Samak dan kerajaan negeri cuba memikat pemilik tanah sawah untuk menjual, menyewa atau menyertai projek tersebut sebagai pemegang saham. Ada yang di antara pemilik tanah lot besar yang setuju tetapi, pemilik tanah lot kecil sejumlah 800 enggan.
    8. Kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Haji Osman Bin Haji Aroff (1985-1996), kemudiannya menggunakan Akta Pengambilan Tanah bagi memperolehi tanah sawah padi tersebut.
    9. Kerajaan negeri Kedah telah menawarkan wang pampasan sebanyak RM18,000 dan RM24,000 untuk setiap ekar tetapi pemilik tanah enggan menerima bayaran yang dianggap tidak memandai.
    10. Pemilik tanah kemudiannya menunjuk perasaan apabila jentera berat memasuki tanah mereka pada musim menuai, mengakibatkan 33 penunjuk perasaan, terdiri dari 10 wanita dan 23 lelaki ditahan polis. Wanita dibebaskan selepas ditahan selama 3 hari sementara lelaki ditahan selama tujuh hari.
    11. Pada 10hb Julai 2000, Tun Daim Zainuddin selaku Menteri Kewangan mengumumkan bahawa pihak Asmak Aquaculture tidak berminat lagi untuk meneruskan lagi projek tersebut dan Kementerian Kewangan akan membeli dan mengambil-alih saham milik kumpulan Saudi itu.
    12. Kemudian, pada 8hb Ogos Parlimen Malaysia merakamkan bahawa kerajaan persekutuan telah membeli saham dari kumpulan Saudi itu sebanyak RM19.5juta dan memperuntukkan RM30juta untuk mengendalikan and memulihkan ladang udang Kerpan. Masalah dengan 736 bekas pemilik tanah juga dilapurkan selesai dengan tawaran kerajaan untuk membeli tanah mereka dengan nilai RM40,780 seekar.
    13. Kemudian diambil alih oleh Blue Archipelago Bhd, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) mulai 1 Jun 2009 dengan suntikan modal RM50 juta [14]. Kerpan menjadi menjadi zon pengeluar udang terbesar terutama di Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER).

  1. Kerajaan guna akta untuk dapatkan tanah sawah/rezab
    1. Guna Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) bagi membolehkan pihak kerajaan mengambil mana-mana tanah untuk melaksanakan pembangunan.
    2. Namun perlepasan tanah sawah kepada kerajaan tidak mampu dipertikai keranapengambilan mana-mana tanah adalah dilindungi di bawah Artikel 13, Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut peruntukan undang-undang dengan memastikan pembayaran pampasan yang mencukupi5.
    3. Akta dipinda lagi pindaan Akta A804 yang berkuat kuasa pada 13 September 1991 bagi membolehkan pihak kerajaan bertindak mengambil mana-mana tanah yang diperlukan oleh mana-mana orang perseorangan, perkumpulan atau perbadanan bagi maksud memajukan tanah berkenaan untuk maksud pembangunan ekonomi negara.
    4. Pada Nov 2010 Sidang DUN - Tanah Rezab melayu yang diambil jadi perumahan = 4845.22 Hektar. Pemaju gantikan 3564.72 Hektar sahaja. ( 1280.5 hektar belum ada maklumat)
    5. Jika pun kerajaan ganti- ganti dengan tanah setara maknanya sawah tidak juga diganti = TANAH SAWAH TIDAK AKAN BERTAMBAH SEBALIKNYA TERHAKIS SEHINGGA KIAMAT.
Tanah MADA yang diubah syarat jadi tanah lain (melibatkan kerajaan Negeri)6
Tahun
Hektar

1970-2004
3930

2005
270.4

2006
377.7

2007
275.8

2008
232.8

2009
228.8

2010
244

2011
400.4

2012
287.4

2013
139.7

Jumlah
6387





Bermakna sekitar 6.6 % tanah MADA telah ditukar syarat menajdi tanah bukan sawah.
Daripada 6387 hektar ini
5812.3 hektar = di Kedah
574.84 hektar = Perlis

Tindakan MADA adalah wartakan pula 4127 hektar tanah pinggir MADS sebagai tanah sawah seliaan MADA. (hakikatnya sawah tetap berkurangan kerana yang diwartakan adalah sawah bukan MADA yang diambil sebagai seliaan MADA)

2730 hektar = Kedah
1397 hektar = Perlis

Faktor 2 : Masalah pesawah
  1. Menurut CAP 7-
    1. Masalah yang dihadapi pesawah ialah
      1. sistem saliran tidak sempurna,
      2. ketiadaan sumber bekalan air yang mencukupi,
      3. serangan penyakit,
      4. ancaman makhluk perosak,
      5. padi angin,
      6. kemarau,
      7. banjir
      8. tanah jerlus.

    1. kira-kira 5,000 pesawah dalam kawasan Mada menghadapi masalah itu setiap musim dan semakin meruncing.
    2. Pendang adalah daerah yang paling kerap dan teruk
    3. Cadangan CAP :
      1. Kerajaan perlu kaji kesan sampingan kaedah tabur terus oleh pesawah
      2. Kaji juga kesan penggunaan baja kimia dan racun makhluk perosak yang berlebihan.
      3. Perlu kajian mengenai benih padi baru yang kurang daya tahan oleh serangan penyakit serta perosak tanaman.
  1. Masalah air melimpah bila hujan lebat berlaku di Hutan Kampung misalnya - mahu pihak berkuasa meluaskan parit di kampung itu supaya aliran air dari sawah dapat disalurkan ke sungai berdekatan. Petani yang sudah membeli semaian padi terpaksa menunggu lama hingga menyebabkan banyak semaian rosak kerana tidak dapat ditanam. Misalnya jika hujan sejam, air dalam sawah melimpah dan mereka terpaksa tunggu hampir seminggu untuk membolehkan semaian kerana air keluar ke sungai sangat perlahan. Parit itu turut dipenuhi dengan sampah hingga menjejaskan aliran air ke sungai. Hal teknikal sebegini kadangkala merugikan petani dan merendahkan produktiviti8.
  1. Penyakit reput tangkai9.
    1. Petani di Kampung Baru, Lubuk Labi, Mukim Padang Terap Kanan
    2. Bermula pada umur padi 75 hari dan tangkai padi yang diserang akan kering hingga menyebabkan pokok tidak berbuah dan terus reput.
    3. Tahun 2014, ia semakin serius.
    4. Mereka gunakan pelbagai jenis racun yang diambil PPK dan kedai pertanian tetapi masih gagal mengatasinya. Setiap racun yang dibeli itu berharga antara RM60 hingga RM100.
    5. Masalah penyakit itu - kerugian 60 peratus dari hasil sebelum ini dan secara tidak langsung akan menanggung beban hutang bagi kerja awal hingga akhir proses tanaman itu.
Faktor Ketiga : Lambakan beras import

  1. Apabila berlaku penurunan harga beras dunia harga beras import lebih murah selain dapat menambah jumlah bekalan beras negara10.

  1. Namun pemilik monopoli Lesen Import (AP), boleh manipulasi harga ( Syed Mokhtar) apabila mereka mampu mengimport melebihi keperluan pasaran tempatan, akhirnya penyebab kepada lambakan beras di pasaran.

  1. Kemudian mereka tak boleh beli padi daripada petani dengan harga lebih baik, kerana beras di pasaran terlalu banyak.

  1. Ia menyusahkan petani dan mampu menjatuhkan motivasi petani - akibatnya tanah mudah dirayu oleh para kapitalis untuk projek bukan pertanian.

Faktor Keempat : Iklim

  1. Beberapa kajian di Asia Tenggara pula menunjukkan bahawa perubahan iklim mampu menjejaskan pengeluaran beras di rantau tersebut.
  2. Di Malaysia, kajian yang lebih berbentuk bukan empirikal oleh Chamhuri et al. (2009) menjangkakan bahawa pengeluaran padi di Malaysia akan mengalami kemerosotan rentetan berlakunya perubahan iklim. Masalah ini timbul kerana perubahan iklim akan menyebabkan bekalan air dan sumber-sumber lain merosot, yang seterusnya akan menjejaskan tahap kesuburan tanah dan merebaknya serangan serangga perosak dan wabak penyakit.
  3. Kajian Chamhuri et al. (2009) juga turut membayangkan bahawa negeri-negeri yang mempunyai tahap kemiskinan yang tinggi seperti Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Perak adalah antara negeri yang paling terdedah untuk mengalami kesan buruk akibat perubahan iklim

Faktor Kelima : tanah Terbiar
  1. Tanah terbiar boleh terjadi apabila petani bermasalah untuk mengusahakan tanah sawah mereka dengan pelbagai faktor.
  2. Misalnya isu 200 relung atau 70 hektar sawah di sekitar Tualang, Pokok Sena yang menghadapi risiko bertukar menjadi tanah terbiar berikutan kemudahan jalan ban dan pengairan yang masih belum dinaiktarafkan. Sebenarnya timbul persoalan berkaitan perancangan untuk membina jalan ban dan kemudahan pengairan pada tahun 1971 oleh pihak berkaitan yang mana bayaran pengambilan tanah juga telah pun dibuat. Kesukaran kepada kira-kira 150 petani di Kampung Kepala Bukit dan sekitarnya11.
  3. Faktor kekurangan air dan kurang minat dikalangan pemilik sawah serta tawaran dari pihak pemaju perumahan dan sektor industri menyebaabkan banyak kawasan sawah jadi terbiar.

1 Sinar Harian 8 Julai 2014
4 Ladang Udang Kerpan mempunyai 226 kolam sepanjang tiga km , lebar 1.5 km .Ia menggunakan sistem pengambilan air sepanjang 2.8 km ke dan dari Selat Melaka. Air masin laut dipam ke dalam kolam. Pengeluaran optimum ialah 1,500 hingga 2,000 tan udang harimau setahun, manakala sebanyak 4,000 hingga 6,000 tan udang putih setahun. Setiap satu berkeluasan 0.8 hektar melibatkan kawasan keseluruhan kira-kira 400 hektar. 99 % dari 216 pekerja adalah dari penduduk setempat
6 Temubual bersama YB Dato' Ir Amiruddin Hamzah berkaitan data-data MADA. (25 Feb 2015)
7 Sinar Harian 30 April 2014

Isu suara rakyat mangsa Tsunami Kuala Muda Kedah terus teringgir

Posted: 26 Apr 2015 06:39 PM PDT

 KAJIAN ISU TANAH/RUMAH

Isu suara rakyat mangsa Tsunami Kuala Muda Kedah terus teringgir

Masa tragedi : Zohor 26 Disember 2004
Lokasi : persisiran pantai Kuala Muda Kedah/Seberang Prai

Kerugian :
Rumah musnah /lenyap : 75 buah
Rumah rosak : 128 buah


Isu penempatan semula.
  1. Menteri Besar Kedah 2004 Dato' Seri Syed Razak dan ADUN Pantai Merdeka Dr Shuib Saidin (Exco perumahan) gazetkan tanah 150 Hektar untuk buat penempatan baru rakyat yang musnah dan yang berpotensi terkena semula tsunami.
  2. Dato' Seri Abdullah Badawi ketika itu isytihar untuk penempatan semula.
  3. Fasa 1 : 100 keluarga yang rumahnya musnah teruk/lenyap dipindahkan ke rumah sementara di Taman Permatang Keratong (kini rumah kekal/elok)
  4. Dijajikan juga untuk Fasa 2 : 200 keluarga yang tinggal di persisiran pantai walaupun rumah tidak lenyap tetapi rosak teruk serta BERPOTENSI kena tsunami semula.
  5. 6 kampung terlibat dalam Fasa 2 iaitu
    1. Kg Tepi Sungai
    2. Kg Kepala Jalan
    3. Kg Padang Salim
    4. Kg Hujung Matang
    5. Kg Paya
    6. Kg Sg Yu
  6. Fasa 2 adalah rumah yang hanya sekitar 50 meter daripada pantai.
  7. Tetapi kerajaan mungkir janji. Buat Fasa dua di Kuala Muda kepala Batas Seberang Perai (kawasan Perdana Menteri ketika itu).
  8. 450 keluarga yang berpotensi kena tsunami di Kuala Muda Kepala Batas berpindah ke perumahan baru (dinamakan Taman Desa Kuala Muda Kepala Batas) sedangkan hanya 11 rumah sahaja yang musnah di Kuala Muda Kepala Batas.
  9. Di mana janji terhadap penduduk persisiran pantai Kuala Muda Kedah yang berpotensi terkena tsunami kali kedua?
  10. Ada dokumen mengumpul tandangan tangan 200 penduduk yang inginkan hak pemindahan semula kawasan berpotensi tsunami Kuala Muda Kedah.
  11. Utusan 21 Mac 2008 isytihar kerajaan telah siap bina perumahan semula Kuala Muda tetapi itu Kuamala Muda Kepala Batas bukannya Kedah yang menjadi kawasan paling teruk dn paling dekat laut.
  12. UMNO cawangan Kg Tepi Sungai telah beberapa kali keluarkan usul agar UMNO bahagian menyuarakan pandangan rakyat dan kehendak mangsa.
  13. JPM beri suart jawapan kepada JKK pada 19 Julai 2010 bahawa permintaan rakyat dala perhatian dan pertimbangan tetapi hingga kini taiada tindakan.

Isu tabung Tsunami
  1. Selain penyelewengan FASA 2 pemindahan riumah berpotensi kena tsunami berlaku pada zaman Tun Abdullah, penyelwengan tabung dana Tsunami juga berlaku.
  2. Dipercayai kehilangan dana iniah yang membantutkan projek FASA 2 walaupun kerajaan negeri telah gazet tanah unuk pembinaan rumah untuk mangsa FASA 2.
  3. Pada 17 Januari 2005, semasa penggulungan Dewan rakyat, Datuk saberi Chik telah berkata setakat 14 Januari 2005 jumlah tabung kutipan media dan tempatan = RM 53.1 juta.
  4. Tidak termasuk dana luar negara.
  5. Jika pun kerajaan guna duit itu bina Fasa 1 di Taman Katong, Fasa dua ditipu bina di Kuala Muda Seberang Prai, namun wang berkenaan pasti ada sisa. Di mana sisanya?

Muhammad Nuruddin Bashah

Unit R&D Lajnah Penerangan DPPM

ISU TANAH REZAB MELAYU TERANCAM

Posted: 26 Apr 2015 06:36 PM PDT

FAKTA - ISU TANAH REZAB MELAYU TERANCAM1
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit R&D Lajnah Penerangan DPP Malaysia

Tanah Rizab Melayu
Enakmen-enakmen Rizab Melayu (ERM) adalah undang-undang mengawal pemilikan orang-orang Melayu ke atas Tanah Rizab Melayu (TRM). ERM dipakai di semua negeri Semenanjung Malaysia kecuali di Pulau Pinang dan Melaka. Daripada statistik yang dikeluarkan hasil daripada satu kajian yang telah dijalankan, pada tahun 2000 terdapat 4,442,902.68 hektar TRM atau 33.76 peratus daripada jumlah keluasan tanah 13,161,878.00 hektar di Semenanjung Malaysia2.
Undang-undang Tanah Rizab Melayu (selepas ini ERM) mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan dinegeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. 2 objektif yang disasarkan ialah menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu serta menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.

Negeri-negeri lain kemudiannya turut mengwujudkan ERM mereka masing-masing iaitu :-
a) ERM Kelantan 1930
b) ERM Kedah 1931
c) ERM Perlis 1935
d) ERM Johor 1936
e) ERM Terengganu 1941
British tidak mengadakan apa-apa ERM di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.
Mana-mana tanah yang dimiliki atau diduduki oleh orang bukan Melayu, atau orang bukan Melayu mempunyai hak atau kepentinagan, tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. (Rujuk Perkara 89(4) Perlembagan Persekutuan]

Syarat-syarat untuk diisytihar Tanah Rizab Melayu
  1. Tanah yang belum dimajukan (not developed) atau dicucuk tanam (cultivated) sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai kawasan Rizab Melayu. [Perkara 89(2) Perlembagan Persekutuan]
  2. Jika 100 hektar tanah kawasan baru diisytiharkan maka satu kawasan lain yang belum dimajukan atau dicucuktanam seluas 100 hektar juga hendakalah disediakan untuk diberimilik pada orang ramai termasuk Melayu.[Perkara 89(2)Perlembagan Persekutuan]
  3. Jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta merta diisytiharkan sebagai ganti.Tanpa gantian, pembatalan itu adalah tidak sah.[ Rujuk Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan]
  4. Mana-mana tanah yang dimiliki atau diduduki oleh orang bukan Melayu, atau orang bukan Melayu mempunyai hak atau kepentinagan, tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. (Rujuk Perkara 89(4) Perelembagan Persekutuan]
  5. Bagi maksud Enakmen Rizab Melayu Kedah, tanah bandar atau tanah yang termasuk dalam kawasan "Sanitary Board" tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu [ Sek.3(1)ERM Kedah ]
  6. Dibawah Enakmen Rizab Melayu Terengganu pula hanya tanah bandar atau tanah pekan sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. [Lihat tafsiran (d) 'Malay Holding']
  7. TETAPI - sebenarnya hari ini tiada lagi pengisytiharaan tanah rezab melayu, senbaliknya dari rezab jadi free hold atau bangsa lain yang ada.
  8. Jika dahulu orang melayu beli tanah, tanah boleh diisytihar jadi rezab, hari ini BELUM TENTU.
  9. Banyak geran tulis tanah rezab, bila pergi ke lokasi ada kilang, premis bukan Melayu.

Objektif Rezab Melayu
  1. Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu
  2. Menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.
Bentuk-bentuk tanah rezab Melayu

  1. Tanah Kerajaan
  2. Tanah Hutan Simpan
  3. Tanah Rizab Awam
  4. Tanah Milik Perseorangan

Bidangkuasa Tanah Rezab
Negeri atau federal?







Undang-undang yang pertahan Tanah Rezab Melayu
  1. Enakmen Tanah Rezab Melayu (negeri-negeri)
  2. Perlembagaan Persekutuan Perkara 89
  3. Akta Pengambilan tanah 1960


Undang-undang penggantian semula tanah rezab Melayu
  1. Perlembagaan persekutuan menjamin agar tanah rezab melayu dibawah kuasa negeri dipertahankan iaitu Perkara 89.
  2. Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan : " hendaklah....dengan serta merta, mengisytiharkan sebagai tanah rizab orang melayu, jika mana-mana tanah terhenti sebagai tanah rizab melayu...."
  3. 26 Oktober 2014 - Perkasa mengisytiharkan 8 deklarasi bagi memelihara tanah rizab Melayu yang semakin hilang akibat pembangunan.mendesak kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri untuk terus berpegang teguh kepada Perlembagaan bagi mengekal tanah rizab Melayu dan tanah-tanah pegangan Bumiputera di Malaysia. Memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu untuk campur tangan dalam menangani isu kehilangan dan penyusutan tanah rizab Melayu dan tanah natif Bumiputera. Desak isu tanah rizab melayu dan tanah natif Bumiputera dijadikan sebagai isu nasional, ganti segera tanah rezab melayu yang diambil3.
  4. Hari ini memang TIDAK RELEVAN- bila undang-undang peruntukan GANTI SAWAH GANTI SAWAH, TANAH GUNUNG GANTI GUNUNG, sebaliknya ikut nilai teapi nilai tanah rezab kebanyakan rendah kerana lokasi, tetapi jika dibangunkan boleh naik nilai.
  5. Yang terjadi hari ini adalah penggantian semula tanah rezab berlaku dengan AMAT PERLAHAN.
  6. Majlis Tanah Negara GAGAL bertanggungjawab seperti pada Perkara 89 (5) yang memperuntukkan setiap pengambilan tanah perlu diganti semula.
  7. UMNO jadi HERO- dalam PAU 2014 - Najib arah ganti serta merta tanah rezab di negeri BN.


Tanah Rezab menyusut selepas MERDEKA daripada PENJAJAH
  1. Tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah seluas 3 juta hektar. Kini separuh tanah telah bertukar hak milik. Tahun 1995 sahaja tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar.
  2. 2009- Kajian Penyelidikan yang dilakukan termasuk oleh pensyarah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Mohd. Hasrol Haffiz Aliasak yang mendapati jumlah keluasan tanah rezab Melayu direkodkan setakat 2009 menyusut kepada hanya kira-kira 12% iaitu seluas 1.6 juta hektar saja daripada keseluruhan 12.9 juta hektar keluasan tanah di Semanjung Malaysia, tidak termasuk Melaka dan Pulau Pinang.
  3. 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong diserahmilik kepada YTL. Ini adalah tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway. YTL Corp Bhd diakuasai oleh keluarga Tan Sri Yeoh Tiong Lay melalui Yeoh Tiong Lay & Sons Holdings Sdn Bhd.
  4. 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. UMNO lupa jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta merta diisytiharkan sebagai ganti.Tanpa gantian, pembatalan itu adalah tidak sah. [ Rujuk Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan].
  5. Pada 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera.
  6. Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
  7. Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  8. Tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.

Cara Tanah rezab berkemungkinan terlepas ke tangan bangsa lain

  1. Anggap Tanah Rezab sebagai alat jualan
    1. Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Hartanah Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara, Dr Mohd Hasrol Haffiz Aliasak - hasil kajian yang dijalankan pada 2009 hingga 2011 menunjukkan hampir 75 % responden menjual tanah bagi untung segera4.
    2. sehingga kini jumlah keseluruhan tanah rizab Melayu di Semenanjung Malaysia tidak termasuk Melaka dan Pulau Pinang hanya mencecah 11.99 peratus berbanding jumlah yang diperuntukkan sebanyak 50 peratus.

  1. Pajak kepada bangsa lain
    1. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid - akan pinda Enakmen Rizab Melayu (ERM) bagi membolehkan tanah rizab Melayu di seluruh negara dipajak termasuk kepada bukan Melayu dengan tempoh maksimum 60 tahun supaya ia dapat dimajukan- alasan tanah rezab melayu mati.
    2. ( hari ini - tanah rezab melayu terhalang daripada diurusniagakan kerana masalah pindah milik, pajakan, gadaian dan cagaran atau lien kepada bukan Melayu.
    3. 3.7 juta hektar tanah rizab Melayu di seluruh negara akan mendapat nilai ekonomi yang lebih baik.
    4. Agenda ini masih tergantung kerana kuat DIBANTAH.
  2. Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) bagi membolehkan pihak kerajaan mengambil mana-mana tanah untuk melaksanakan pembangunan.
    1. Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Hartanah Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara, Dr Mohd Hasrol Haffiz Aliasak- penyusutan tanah rizab Melayu ialah pengambilan tanah oleh kerajaan untuk kepentingan awam tanpa diganti semula. Misalnya kerajaan ambil tanah 100 ekar tetapi hanya dipulangkan 80 ekar, di mana baki 20 ekar tersebut? Sepatutnya tanah rizab Melayu yang dibatalkan statusnya perlu diganti serta-merta5.
    2. bantahan oleh penduduk kampung yang terlibat dengan pengambilan tanah bagi tapak Projek Pembangunan Semula Perkampungan Gelang Patah dan Projek Link Kedua ke Singapura. Pemilik-pemilik tanah yang mendakwa bahawa jumlah pampasan yang ditawarkan adalah tidak mencukupi dan jauh lebih rendah berbanding dengan pampasan yang diberikan terhadap pemilik-pemilik tanah yang terlibat dengan Projek Pembinaan Seaport Terminal berhampiran (Massa, 27 September 1997).
    3. rungutan tidak puas hati pemilik-pemilik tanah terhadap kerajaan yang bertindak mengambil tanah-tanah mereka di sebuah perkampungan berhampiran Tasik Kenyir bagi tujuan pembinaan jalan raya dari Kuala Berang, Terengganu ke Simpang Pulai, Perak. Pihak berkuasa dikatakan telah bertindak secara tidak adil apabila proses pengambilan tanah mengambil masa yang lama untuk diselesaikan terutamanya yang berkaitan dengan pembayaran pampasan. Selain itu, pemilik-pemilik tanah juga mendakwa bahawa jumlah pampasan yang diberikan adalah tidak mencukupi lalu merujuk kes ke Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan pembayaran pampasan yang lebih munasabah. Perasaan tidak puas hati juga timbul terhadap tindakan kerajaan yang telah bertindak mengambil tanah-tanah mereka sedangkan mereka telah mengusahakan tanah berkenaan lebih daripada dua puluh tahun yang lampau (Metro, 21 Disember 2003)6.
    4. pengambilan tanah bagi tujuan pembesaran Jalan Gurun-Sik apabila sebilangan besar pemilik-pemilik tanah terkilan terhadap nilaian pampasan sebanyak RM 2.25 sen sekaki persegi. Pemilik-pemilik mendakwa bahawa dengan pampasan sebanyak itu, mereka tidak akan dapat membeli mana-mana tanah ganti yang hampir menyerupai tanah asal mereka yang berada di tepi jalan utama sedangkan pembangunan sekitar boleh dikatakan berada di dalam kawasan berpotensi pembangunan perumahan dan perindustrian (Utusan Malaysia, 26 Oktober 2004).
Isu Tanah Melayu Bandar

  1. Negeri Selat tiada Enakmen Tanah Rezab Melayu
  2. Pulau Pinang hanya mempunyai Tanah Rizab Persekutuan - tanah yang boleh digunakan oleh jabatan-jabatan tertentu di bawah kerajaan persekutuan untuk kegunaan awam.

  1. Dalam tempoh 50 tahun mutakhir ini dianggarkan 25 kampung telah menjadi korban dengan pengambilan tanah sepanjang zaman pemerintahan BN.

  1. Di Pulau Pinang, tiada tanah rizab Melayu. Yang ada tanah persendirian dan tanah wakaf. Bagi tanah persendirian, tiada akta menghalang pengambilan tanah.
  2. Di Pulau Pinang, tiada tanah rizab Melayu. Yang ada tanah persendirian dan tanah wakaf. Bagi tanah persendirian, tiada akta menghalang pengambilan tanah..

  1. Pulau PInang dan melaka mampu selamatkan tanah melayu melalui agenda wakaf.

  1. BN lancarkan pembangunan Kampung Baru - musnahkan penempatan melayu, 6.8 % sahaja daripada Rezab Melayu dibenarkan untuk kediaman daripada julah 121.7 hektar.
  2. Dengan Akta Pengambilan Tanah 1960- BN mampu halau rakyat atas nama pembangunan.

  1. Kampung Baru - 50% kes faraid tanah belum selesai- BN sibuk pula untuk ambil tanah tersebuDalam tempoh 50 tahun mutakhir ini dianggarkan 25 kampung telah menjadi korban dengan pengambilan tanah sepanjang zaman pemerintahan BN.
(isu melayu bandar di tanah rezab bandar dihalau akan dibincang dalam kajian berrasingan)
1 Untuk kegunaan Ketua Penerangan DPPM. Kajian berkenaan Tanah Melayu di negeri Selat dan isu kampung bandar dihalau akan dibuat berasingan.

6 Kajian oleh Rowan-Robinson (1999) mendapati bahawa tahap kepuasan hati pemilik-pemilik tanah terhadap jumlah bayaran pampasan oleh pihak berkuasa di UK adalah rendah. Kajian mendapati bahawa antara perkara yang mennjadikan pampasan tidak mencukupi adalah tindakan agensi-agensi kerajaan yang gagal membuat bayaran segera termasuklah membuat pembayaran pendahuluan yang lambat serta sikap pegawai yang kurang menunjukkan sikap simpati kepada pemilik-pemilik tanah. Pegawai-pegawai kerajaan pula dikatakan bertindak seolah-olah menjadikan proses rundingan pengambilan tanah sebagai gelanggang tawar-menawar di antara pembeli dengan penjual bagi mendapatkan harga terendah bagi pihak kerajaan. Sikap ini dianggap sebagai suatu tindakan yang menjadikan pampasan dibayar tidak munasabah kepada pemilik-pemilik tanah.

ISU GETAH DAN PENOREH SERTA ISU-ISU BERKAITAN

Posted: 26 Apr 2015 06:35 PM PDT

KAJIAN ISU GETAH DAN PENOREH SERTA ISU-ISU BERKAITAN1
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit R&D Lajnah Penerangan DPPM

Latar belakang Getah di Malaysia

  1. Bergantung harga dunia, sangat bergantung harga minyak..sekarang minyak down jadi getah selalunya naik
  2. Saingan getah asli - getah sintetik
    1. Pada tahun 2010 pengeluaran getah tiruan (synthetic rubber) dunia adalah lebih banyak iaitu 23,247,000 metrik tan (58%) berbanding dengan pengeluaran getah asli sebanyak 2,360,000 metrik tan (42%) daripada jumlah pengeluaran getah dunia.
    2. Penggunaan getah tiruan juga lebih banyak berbannding dengan penggunaan getah asli.
    3. Malaysia pernah tangga 1 dunia, sekarang no 5.

Penanaman yang semakin merosot

  1. Penanaman pokok getah di Malaysia telah menurun dari seluas 1.543 juta hektar pada tahun 1998 kepada seluas 1.271 juta hektar pada tahun 2005 dan cuma seluas 1.021 hektar pada tahun 2010.
  2. Luas penanaman getah pada 2010 adalah 1,021,000 hektar dimana seluas 61,000 hektar (6%) berbanding dengan penanaman getah secara perladangan / Estet seluas 960,400 hektar.
  3. Keluasan penanaman getah di sebabkan oleh beberapa faktor
    1. seperti petani lebih minat tanam kelapa sawit,
    2. harga getah tidak menentu dan rendah terlalu lama,
    3. kekurangan penoreh getah,
    4. masa yang lama untuk menunggu pokok getah untuk ditoreh,
    5. Tanah kebun diubah syarat kepada tanaman lain
    6. Tawaran pembelian kayu getah yang aktif oleh kilang perabot.

  1. Pengeluaran getah asli di Malaysia juga mengalami 'trend' yang menurun semenjak tahun 1998 iaitu sebanyak 885,697 mt kepad cuma 259,862 mt pada tahun 2010 iaitu pengurangan sebanyak 71% dalam tempoh 12 tahun.
  2. Pada tahun 2010 daripada 259,862 mt getah di keluarkan sebanyak 231,659 adalah getah keping (dry rubber) dan sebanyak 28,203 mt adalah dalam bentuk susu getah cair.
  3. Walau pun Malaysia meupakan 'nett producers' bagi produk getah tetapi laporan ststistik menyatakan Malaysia masih mengimpot getah seperti barangan industri sebanyak RM 1,576,650, pada tahun 2010 (kebanyakkan untuk kegunaan industri).

Pihak terbabit
  1. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC)
  2. Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
  3. Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa ( MITI) - kawal selia perdagangan antarabangsa termasuk komoditi getah.
  4. FELDA - Dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM)
  5. Agensi-agensi di bawah Kementerian:
    1. Lembaga Getah Malaysia (LGM) di bawah MPIC - ditubuhkan pada 1 Januari 1998, hasil gabungan Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM), Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (MRRDB) dan Lembaga Pasaran Getah Malaysia (MRELB) untuk meneruskan usaha memajukan serta membangunkan industri getah. Bertanggungjawab menggubal dasar dan pembangunan Industri. Pengerusi: Dato Wira Hj Ahmad bin Hamzah Ahli Parlimen BN Jasin, Melaka.
    2. RISDA di bawah KKLW- Pembimbing pekebun kecil, pembangunan penyelidikan dan tanam semula getah. Sebelum ini Pengerusinya oleh Tan Sri Rahim Thambi Chik, kini dipangku oleh Ketua Pengarah.
    3. FELCRA Bhd (Di bawah KKLW)- Entiti perniagaan untuk penyatuan tanah, meningkatkan penyertaan, membangunkan ekonomi dan meningkatkan pendapatan pekebun kecil.
    4. Mardec- Agensi Pemasaran getah (telah dijual kepada pihak swasta/Syed Mokhtar)

  1. Secara umum struktur pengurusan GETAH Malaysia tersusun, hebat dan kelihatan efisyen. Tetapi mengapa penoreh masih terus melarat manakala pihak yang terlibat sebagai sektor sokongan Getah pula yang kaya raya.

  1. Siapa yang terlibat dalam industri getah kecil-kecilan?
    1. Jumlah ketua keluarga pekebun kecil - 590,000 orang (U. Malaysia 29 Dis 2013) (3.1 orang isi rumah x 590,000 = 1,829,000 orang.
    2. Jumlah keluasan tanah pekebun kecil hetah 900,000 hektar
    3. Jumlah pekebun kecil mengikut kaum: Melayu 77% Cina 20% India 1% Org Asli 0.4 % Lain2 0.9%


Isu Cukai SES

  1. Kerajaan ambil 14 sen /kg getah cukai SES (4 sen RND, 10 sen bagi pada RISDA)
  2. Ada kebun ada bergeran ada kebun tiada hak milik (tiada geran)
  3. Cukai 14 sen kerajaan ambil daripada semua yang bergeran tak bergeran akan tetapi dalam hal bantuan hanya diberi kepada yang bergeran sahaja.
  4. Bajet Kerajaan Persekutuan 2014 kepada RISDA - 800 juta (Lapan Ratus Juta) - selain cukai SES , RISDA juga ada peruntukan pusat.
  5. Setiap kilogram getah yang dijual di pasaran, 0.14 sen dipotong sebagai cukai ses. 10 sen kepada RISDA sebagai kumpulan wang untuk tanaman semula selepas 25 tahun, 4 sen dibayar kepada LGM untuk penyelidikan.

  1. Selepas 25 tahun, ses terkumpul dari setiap kilogram keluaran getah akan dipulangkan kepada pekebun kecil mengikut saiz tanah kebun sebanyak RM9,230 sehektar - dibayar dalam bentuk baja, benih dan bayaran kemajuan selama tempoh lima tahun.

  1. Isunya berapakah jumlah cukai ses terkumpul selama 25 tahun daripada sehektar kebun getah yang diambil daripada pekebun kecil?

  1. Berapakah pula keuntungan pihak RISDA dalam perniagaan membekal baja, benih dan lain-lain kepada pekebun kecil? (Peranan MP untuk tanya Kementerian terlibat dalam Parlimen)

Contoh pengiraan SES terkumpul (anggaran)
  • Misalannya sehektar sehari penoroh dapat 50kg
  • Cukai SES = 0.14 x 50kg sehari x 20 hari sebulan x 12 bulan x 15 tahun usia pokok.yg boleh ditoreh .
  • Kerajaan.akan dapat.RM 25200 dari penoreh ( ada percent untuk RND dan untuk Agensi seperti RISDA)
  • Bantuan sehektar sekitar = RM 9230/hektar diberi dalam tempoh 5 tahun.
  • Ada banyak lebihan wang SES dan ditambah dengan peruntukan penanaman semula oleh kerajaan Persekutuan lagi. RISDA ada banyak lebihan wang.

Isu harga Lantai

  1. Getah ada dua harga :
    1. harga fizikal getah SMR20
    2. Harga getah beku mangkuk

  1. Pada 2011- Harga getah beku di ladang yang mencecah RM7.30 sekilogram (kg) dan berlegar sekitar RM7 antara bulan berkenaan hingga Oktober 2011, - merudum sejak November 2011 sehingga mencecah RM2 sekilogram sekarang 20152.
  2. 20 Feb 2014 - demostrasi penoreh bersama Pemuda PAS Malaysia di Pekan Naka Padang Terap3.

  1. Ketika itu harga sekilo skrap - RM 2.60. Dan pendapatan ketika itu penoreh sekitar RM 300-400 (bawah garis kemiskinan)

  1. Semasa kerta sini ditaip harga getah sekitar RM 2 hingga RM 1.50.

  1. Bila desak kerajaan dalam Demostrasi Getah 2.0, kerajaan terpaksa bagi RM 500 kepada yang bergeran sahaja. Itupun masih ada yang belum dapat duit.

  1. Ramai penoreh -makan telur dan nasi sahaja. Penjual nasi lemak hanya mampu jual 20 bungkus sahja.

  1. Kerajaan umum bila harga turun lebih 1.60 ke bawah, kerajaan akan bagi 30 sen subsidi.

  1. 18 Oktober 2014 Utusan Malaysia - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup yang memberitahu, tambahan subsidi tersebut telah diluluskan oleh Kabinet4.

  1. Perlu desak harga lantai sekurangnya RM 3.50. Sebab harga JARANG melepasi bawah harga RM 1.75 jadi subsidi 30 sen jarang diperolehi.

  1. Ketika Bajet 2015 - Persatuan Pengusaha dan Penoreh Getah (Pergetah) Kedah cadang agar Perdana Menteri buat mekanisme terbaik membantu penoreh pada pembentangan bajet, mewujudkan subsidi harga getah seperti harga diesel/petrol/gula dalam memulihkan harga getah yang semakin merudum5.

  1. Golongan penoreh harap penyelesaian jangka panjang untuk stabilkan harga getah di pasaran, bukan saguhati yang hanya boleh meringankan beban dalam tempoh singkat. (one off payment seperti BRIM)

  1. Pengurangan subsidi petrol/diesel baru-baru ini boleh disalurkan kepada dana untuk menstabilkan harga komoditi getah, agar kembali pada paras selesa, sekurang-kurangnya RM3.50-RM4.50/kg (harga lantai).
  2. Tahun 2014 - 500 penoreh getah di Kampung Lanai, Baling, mendakwa hanya mampu memperoleh pendapatan sekitar RM100 hingga RM200 sebulan berikutan penurunan harga getah sekerap. Difahamkan, harga getah di kampung Lanai dijual antara RM1.70 hingga RM1.80 setiap kilogram (kg), berbanding sebelum ini, antara RM2 ke atas.
  3. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas ketika menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat 9 Okt 2014.Kerajaan sukar menentukan harga lantai yang dibimbangi akan mendatangkan banyak masalah lain seperti yang berlaku di Thailand selepas membuat penetapan harga lantai padi6.

Isu penoreh tanpa geran dan penoreh dengan geran

  1. Kerugian penoreh tanpa geran - cukai SES dikutip tetapi subsidi 30 sen tidak akan diberi.
  2. RM 500 bantuan juga tidak diberi.

Isu insentif RM 500 tidak selesai

  1. Menurut laporan Dialog Pemuda PAS Kedah bersama rakyat Kg Bagan 27 Feb 2015;

  1. Masalah insentif getah yg RM 500 yg kerajaan terpaksa bagi akibat Demo Baling 2.0. tetapi tidak semua dapat.

  1. Menurut Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad, 320,000 pekebun kecil dapat RM5007.
  2. RISDA memperuntukkan RM160 juta bagi tujuan itu yang akan diagihkan kepada peserta.
  3. Peserta mestilah warga negara Malaysia serta mempunyai tanah seluas 2.5 hektar dan ke bawah.
  4. ika ada peserta yang layak tapi nama mereka tiada dalam senarai, mereka boleh mengemukakan rayuan.
  5. RISDA turut menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan beliau sendiri dan bermesyuarat setiap hari untuk memastikan kelancaran pembayaran bantuan itu.

Isu Insentif Pengeluaran Getah (subsidi-bantuan)

  1. Penoreh perlu daftar permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G)8

  1. 130,000 pekebun kecil getah telah berdaftar dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM)

  1. LGM ingin pastikan semua pekebun kecil kira-kira 300,000 orang mendaftar untuk mendapatkan kad PAT-G yang dikeluarkan percuma.
  2. Peruntukan RM100 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2015 - TUJUAN - mengurangkan beban ekonomi pekebun kecil dengan meningkatkan pendapatan mereka berikutan turun naik harga getah.
  3. Program IPG akan digerakkan apabila harga fizikal getah SMR20 mencecah RM4.60 sekilogram dan harga getah beku mangkuk berharga RM1.75 sekilogram dan ke bawah. Pelaksanaan program itu adalah melalui penyediaan insentif pada bulan semasa berdasarkan harga purata FOB SMR 20 bulan sebelumnya. (masalahnya jarang harga jatuh ke bawah RM 1.75)
  4. Insentif itu melibatkan 30 sen sekilogram getah beku mangkuk dengan 50 peratus isi getah kering (DRC), maksimum 90 sen bagi setiap paun susu getah berdasarkan peratusan DRC dan maksimum 60 sen setiap kilogram getah kepingan belum diasap berasaskan DRC. (masalahnya DRC juga dimanipulasi)



Cara mengira harga getah kepada pengilang

  1. Gred malaysia di panggil SMR 20. STANDARD MALAYSIA RUBBER

Harga satu.tan RM 5100( sekilo SMR 20 = misalnya hari tertentu RM 510)
Kos proses pengilang = RM 1200 /tan
Cukai SES RM 140
Baki tolah cukai dan kos kilang = Rm 3900
DRC utk pekebun kecil ialah 52%(peratusan ini ikut pengilang tanpa ada kaedah saintifik digunakan)9
RM 3900 x 52 %
Harga tinggal RM 2028= RM 2.02 sekilogram skrap.

Manipulasi berlaku di :
  • Nilai DRC dimanipulasi oleh peraih.
  • Nilai kos proses pengilang dimanipulasi oleh pengilang (alasan harga minyak naik dll)
  • Kejatuhan harga getah dunia.

Harga sekilo SMR 20= RM 506 = RM 5060/tan





9 panel perdagangan getah temapatan yang beri harga getah kepada LGM




Harga Getah siapa tentukan?

  1. Penoreh dan penanam getah adalah sumber kekayaan negara sebaliknya mereka adalah golongan MISKIN. Pihak pengilang meraih skrap dengan harga murah sebaliknya diperoses dan dijual dengan harga tinggi keluar negara - pendapatan negara meningkat (cukai industri) tetapi penoreh ikat perut.

  1. Harga berubah-rubah di setiap tempat kerana tidak ada sukatan yang tepat dalam dry rubber content (DRC)10

  1. Kerajaan perlu TEGAS selaraskan kaedah saintifik untuk menentukan kadar DRC agar harga getah berbaloi dengan kualiti getah skrap yang dijual penoreh. kandungan kering getah (DRC) masih ditentukan oleh peraih dan pengilang secara andaian tanpa Lembaga Getah Negara (LGM) yang mempunyai kuasa atasnya untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang kecil berkaitan menyebabkan harga getah amat terdedah kepada manipulasi11.
  2. Jika industri besi lusuh setiap peraih memiliki kaedah saintifik menentukan spesifikasi kimia bahan dalam sesuatu keluli untuk mengelak daripada penipuan, tetapi tida dalam industri getah.
  3. Mesin DRC ciptaan LGM juga tidak digunapakai sedangkan ia diambil dari wang pekebun kecil atas nama Penyelidikan dan Pembangunan. (4 sen cukai SES diberi kepada RnD) - RUJUK LAMPIRAN
  4. Seperti Padi dan gula isu harga hgetah juga dikuasai Taikun, jutawan, koperat kapitalis dan aristokrat industri. - industri ini masih dikuasai beberapa kilang besar seperti Lee Rubber, Fong Keong Rubber dan Sime Tyre walaupun wujudnya RISDA, FELCRA.
  5. Agensi pemasaran yang ditubuhkan kerajaan iaitu MERDEC kini dijual kepada tokoh perniagaan, Dato' Syed Mokhtar al-Bukhary.
  6. Dasar kerajaan sekarang ialah kos untuk memproses getah mesti ditanggung oleh pengeluar ( pekebun kecil/penoreh). Dasar kerajaan ini mesti diubah, paling tidakpun ditanggung bersama oleh pengeluar, pengilang dan peniaga.

Manual pengurusan harga Getah hari ini

  • LGM terpaksa bergantung kepada Panel Penasihat Harga Mengikut Gred untuk mencadangkan harga getah pelbagai gred12.

  • Panel berkenaan ialah 20 syarikat perdagangan getah tempatan yang membeli getah dan mengeskportnya ke pelbagai negara, terutama China, Jepun dan Eropah. (kapitalis, aristokrat getah seperti Lee Rubber dll)

  • Kira-kira 20 anggota panel berkenaan dihubungi pegawai LGM pada setiap jam 8 pagi dan 5 petang untuk mendapatkan harga getah yang dibeli mereka daripada kilang pemprosesan getah dan harga dieksport. Dengan mengambil purata harga diberikan panel berkenaan, LGM mencadangkan harga harian getah (getah beku )



  • Namun, kaedah berkenaan didakwa oleh PKPKM sebagai tidak telus kerana ahli panel terbabit tidak pernah menyerahkan dokumen harga sebenar perdagangan pembelian dan pengeksportan getah kepada LGM untuk diteliti bagi menentukan kesahihan urus niaga mereka.

  • LGM tiada kuasa untuk meminta panel terbabit menyerahkan kontrak sebenar pembelian dan pengeksportan getah, sekali gus membolehkan LGM menetapkan harga harian getah.

  • LGM gagal minta pengilang beri kontrak sebenar yang mencerminkan keadaan sebenar dalam pasaran.

  • Secara logik memang syarikat besar perdangan getah berusaha membeli bahan mentah semurah mungkin.

  • Penentuan harga getah SMR20 adalah mengikut harga yang ditawarkan oleh 11 syarikat berikut 13:

  1. SMR 201. Centrotrade Commodities Malaysia Sdn Bhd
  2. Felda Rubber Industries Sdn Bhd
  3. Hock Hin (Muar) Rubber Co Sdn Bhd
  4. Kian Lee SMR Factory Sdn Bhd
  5. Kuala Pilah Rubber Factory Sdn Bhd
  6. Lee Rubber (Selangor) Sdn Bhd
  7. Mardec Processing Sdn Bhd
  8. R1 International Malaysia Sdn Bhd
  9. Seng Hin Rubber (M) Sdn Bhd
  10. Teh Ah Yau SMR Rubber Factory Sdn Bhd
  11. Tiong Huat Rubber Factory Sdn Bhd

  • Pihak Lembaga Getah Malaysia(LGM) hanyalah menentukan purata harga tawaran belian getah daripada 11 syarikat di atas.
  • Purata inilah yang dijadikan harga getah harian SMR20. Pihak LGM sebagai mewakili kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengesahkan samada harga tawaran yang di berikan oleh syarikat mengikut harga pasaran sebenar ataupun tidak.
  • Sepatutnya LGM diberi kuasa untuk membuat semakkan terhadap dokumen kontrak jualan getah sesebuah syarikat.

Penyelesaian oleh LGM (masih perlu dipantau)
  • LGM baru mencadangkan kepada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi untuk memperkenalkan Peraturan-Peraturan LGM (Pelesenan dan Permit) 2014. Undang-undang baharu yang diluluskan Pejabat Peguam Negara itu dilancarkan Menterinya, Datuk Seri Douglas Uggah Embas.

  • Undang-undang itu amat penting untuk menetapkan harga getah pelbagai gred, terutama Standard Rubber Malaysia (SMR) 20 yang digunakan dalam pelbagai industri berasaskan getah, terutama pembuatan tayar.


Agensi kerajaan tidak efisyen - kelompok manipolator

  1. Agensi-agensi seperti RISDA, FELCRA dan FELDA akan menggunakan dana terkumpul ini (cukai SES) untuk berniaga semula dengan pekebun kecil melalui kewujudan anak-anak syarikat yang menjalankan aktiviti membekalkan benih, baja, ternakan, pengangkutan, menubuhkan syarikat di sektor pembinaan, lanskap,insuran.

  1. Pegawai dan kakitangan syarikat dan agensi menikmati pelbagai keistimewaan dan dibayar faedah dan gaji tetap bulanan yang tinggi dan bonus sedangkan main actor iaitu penoreh hanya jadi lapisan masyarakat yang kekal dhoif.
  2. Penyelidikan di LGM tidak membantu pekebun kecil, tetapi memberi kelebihan kepada pengeluar besar / estet.
  3. gensi agensi awam/GLC seperti Felcra, Risda dan Felda kalau bergabung dalam industri pengeluaran dan pemrosesan getah, mereka mampu mengatasi Lee Rubber, tetapi memilih untuk menyerah.

Isu produktiviti

Benih baik diseludup?
  1. Klon 2025 keluaran RRIM (Rubber Research Institute of Malaysia @ Institut Penyelidikan Getah Malaysia) merupakan klon yang bermutu tinggi dan menjadi pilihan utama bagi para pekebun-pekebun kecil & pemilik ladang-ladang besar di Malaysia.
  2. Selain daripada klon tersebut, Klon PB350 dan juga klon terbaru RRIM3001 atau lebih dikenali sebagai Klon 1Malaysia juga mendapat permintaan yang amat tinggi dipasaran.
  3. Bagi tahun 2011, harga pasaran bagi klon-klon tersebut adalah sekitar RM3.00 hingga RM6.00 sepokok mengikut spesifikasi dan lokasi. -

Isu prasarana

Isu Tanah Isu 30 Ribu Ekar Tanah Padang Sanai

  1. Satu Demontrasi yang dilakukan oleh penduduk kampung kawasan Sebapin Jalan Padang Sanai yang menagih janji Kerajaan Kedah dan Ahli Parlimen Padang Terap mneyelesaikan tuntutan tanah mereka sepertimana yang disiarkan akhbar Sinar Harian bertarikh 30 September 2011.
  2. Turut bersama demontrasi tersebut ialah Ketua Pemuda Umno Kedah juga merupakan Ketua Pemuda Umno Padang Terap merangkap Setiuasaha Umno Bahagian Padang Terap dan Penyelaras Parlimen Padang Terap iaitu Tn Hj Badrol Hisham.
  3. Hampir 40 tahun cerita ini berlangsung. Bukan cerita baru isu tanah Padang Sanai atau lebih tepat hampir 30 ribu ekar tanah Daerah Padang Terap. Ia bukan hanya melibatkan 80 keluarga saudara saya yang berdemontrasi pada tanggal 28 September 2011yang terpapar di media massa.
  4. Ketika Menteri Besar, Syed Ahmad bin Syed Mahmud Shahabudin dari Umno yang mengetuai Kerajaan Kedah bersetuju untuk memberi peluang kepada syarikat Gula Padang Terap Sdn Bhd (GPT) beroperasi dengan tanaman tebu bermula 1973, pemimpin PAS telah bangun dan memperingatkan penduduk kampung agar jangan percaya dengan janji-janji manis kerajaan yang memerintah pada ketika itu.
  5. Peringatan agar jangan menggadaikan tanah usaha milik kerajaan walaupun diberi pampasan (dengan nilai yang mungkin besar pada ketika itu bagi rakyat yang miskin dan tiada pilihan). Janji pemaju dan kerajaan Barisan Nasional juga projek mega itu akan menawarkan peluang kepada penduduk kampung hingga ke anak cucu dan sepanjang hayat hanya dipercayai segelintir penduduk.
  6. Tanah-tanah tersebut berpindah milik kepada syarikat perladangan swasta dan dijual dengan harga yang sangat murah seperti projek tanah rancangan Felcra Durian Burung dan projek Ladang Gula Padang Terap Berhad. Manakala para pimpinan Umno Padang Terap membuat keuntungan melalui peranan mereka itu.
  7. Mereka yang tidak mengambil pampasan, sebahagiannya menyertai Skim Pekebun Kecil (SPK).
  8. Mereka yang menyertai skim kedua, sebahagiannya sudah mendapat hakmilik tanah tersebut.
  9. Manakala yang mengambil pampasan, kehilangan peluang memiliki tanah.
  10. Antara janji tersebut terang Mahmud ialah penduduk boleh bekerja di ladang dan kilang sehingga tidak mampu untuk bekerja. Sebaliknya apabila tanah dijual kepada korporat yang hanya bertujuan keuntungan, mereka diberhentikan dan digantikan dengan buruh asing.
  11. Penduduk juga diperdaya dengan janji untuk diberi lot ladang tebu selepas 10 tahun selain kebun getah, tanah sawah dan rumah kediaman di Bukit Iboi.

  1. Projek tanaman tebu yang terkenal seluruh negara, mengeluarkan hasil gula yang dikenali "Gula Padang Terap". Projek Mega ini amat dibanggakan oleh Umno.
  2. Tebu di tanam di tanah rata. Manakala kawasan berbukit ditinggalkan. Tidak sesuai dan tebu sukar tumbuh.
  3. Kawasan hutan, sebahagiannya diteroka oleh penduduk kampung dengan tanaman getah. Penduduk hanya tahu, kawasan yang ditanam tebu sahaja milik syarikat. Kawasan bukit tiada pemilik.
  4. Syarikat (yang sudah bertukar pemilik beberapa kali) hanya menggunakan tanah rata. Sehinggalah tanah tersebut sudah tidak ekonomik serta hasil pengeluarannya minimum.
  5. Getah dan kelapa sawit ditanam bagi menggantikan tebu.
  6. Sementara getah dan sawit membesar, keperluan kepada pekerja adalah minimum. Syarikat menanggung kerugian dan pembuangan pekerja tidak dapat dielakkan.
  7. Ratusan pekerja ditawarkan pampasan atau terpaksa berpindah ke anak syarikat yang lain yang jauh di negeri lain sekiranya ingin terus bekerja.
  8. Penduduk mula dengan lebih giat meneroka tanah termasuklah tanah milik syarikat serta milik agensi kerajaan seperti tanah milik Lembaga Getah Malaysia dan Agensi Pembangunan Tanah Persekutuan atau FELCRA. Berbekalkan duit simpanan serta pampasan yang diterima, penduduk meneroka tanpa sedar atau terpaksa mengusaha tanah milikan orang lain.
  9. Syarikat dan agensi kerajaan mula bertindak. Penggunaan saluran perundangan juga berlaku.
  10. Penduduk tersepit. Mereka menggunakan segala yang terdaya bagi menyelamatkan pelaburan.


Tindakan kerajaan - Bajet 2015

  1. Peruntukkan RM100 juta kepada Lembaga Getah Malaysia sebagai mekanisme kawal selia harga di peringkat ladang, Insentif Pengeluaran Getah (IPG)14 ( masalahnya bagi penoreh tanpa geran tiada bantuan diterima)
  2. RM6.4 juta pinjaman mudah sebagai modal pusingan kepada 64 buah komersial pekebun kecil bagi membeli getah terus kepada pekebun kecil getah dan
  3. Peruntukkan RM41 juta untuk insentif tanam semula.
  4. pembukaan tanah di kawasan Luar Bandar seperti Felda, Felcra, Risda, Kesedar dan Ketengah adalah bertujuan menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Hampir 2 juta ekar tanah dibuka yang menempatkan 95% orang melayu- (realiti penoreh masih dihimpit kemiskinan.)
  5. Jika penoreh hanya menoreh sahaja - pendapatan tidak melebihi RM1,000 sebulan.
  6. Isu harga lantai - (tidak selesai dan tidak disebut dalam Bajet 2015.)




LAMPIRAN

  1. Pencipta Mesin saintifk DRC.

Intellectual Properties (IP) granted to RRIM- tahun 1995
KAIDA BIN KHALID (RRIM and UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA)
Apparatus and method for the determination of the dry rubber content of rubber latex.
MY-106441-A; appl. 17.8.90; publ. 30.5.95.

Apparatus for the determination of the dry rubber content of rubber latex, by the detection of reflected microwave signals, includes a meter component (1) and a sensor component (2). The sensor comprises a microwave oscillator (18), a transmitter (5), a receiver (6) and a microwave detector (19). During operation, the sensor is immersed to a predetermined depth in-the sample of rubber latex under analysis. In an alternative embodiment, the sample of rubber latex is held within a container, either fixed or removable, positioned adjacent to the sensor. The apparatus is capable of giving accurate and rapid results, and is sufficiently portable and simple to operate to be suitable for use in the field. A method for determining dry rubber content, involving the use of the aforementioned apparatus, is also described.



1 Kajian untuk kegunaan Dewan Pemuda PAS, tindakan MP dan ADUN.
9 Di pasaran, DRC ditentukan oleh peraih dan pengilang secara andaian mata kasar (assumption).Mesin DRC (tolok pengukur dried rubber content) yang dicipta oleh LGM tidak dikomersilkan a.k.a disimpan

14 Perlu daftar Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) dengan LGM dahulu.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan