Pengikut

Nuffnang

Khamis, 23 April 2015

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


Kenyataan Media- KERAJAAN KEDAH TANGGUH AKTIVITI PENDIDIKAN ISLAM; RAKYAT TUNTUT PENJELASAN

Posted: 22 Apr 2015 05:18 PM PDT



KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH

20 APRIL 2015

KERAJAAN KEDAH TANGGUH AKTIVITI PENDIDIKAN ISLAM; RAKYAT TUNTUT PENJELASAN

  1. Dewan Pemuda PAS Kedah memendang serius surat perkeliling Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah bertarikh 20 April 2015 yang mrngandungi arahan penangguhan program dan aktiviti yang melibatkan sekolah agama di negeri ini tanpa sebab musabab yang jelas dan meyakinkan.

  1. Rata-rata para penggerak pendidikan Islam, para guru Sekoleh Menengah Agama, Sekolah Rendah Agama, KAFA, dan Taska yang bernaung di bawah Jabatan hal Ehwal Agama Islam Kedah 2015 berasa terkejut kerana alasan 'perkara yang tidak dapat dielakkan'.

  1. Apakah perkara berkenaan yang terlalu mendesak sehinggakan aktiviti melibatkan pendidikan Isla ditangguhkan oleh kerajaan negeri?

  1. Pihak kami juga mendapat beberapa makluman bahawa kerajaan negeri Kedah sedang berhadapan dengan krisis wang dan tidak mampu menjana wang sebaiknya sehingga mengorbankan aktiviti pendidikan Islam.

  1. Pihak kami juga mendesak pihak Jabatan Agama islam serta kerajaan negeri menjawab persoalan ini memandangkan kerajaan mampu melaksanakan program yang bernilai mega seperti lapangan terbang tambahan, menanam pokok kurma jutaan ringgit dan banyak pemabaziran lain yang rakyat telah ketahui.

  1. Jika tahun lepas kerajaan Kedah membelanjakan sekitar RM 700 000 sehari (Jawapan DUN Ogos 2014) untuk majlis selawat sedangka ia bukan sunnah Rasulullah membazir hanya untuk berselawat, program yang sama diadakan tahun ini dengan nilai anggaran jutaan ringgit.
  2. Alangkah baiknya nilai setinggi itu digunakan untuk mengimarahkan sistem pendidikan Islam dari peringkat Taska sehinggalah menara gading KUIN misalnya.

Mohd Nasir Zakaria

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan