Pengikut

Nuffnang

Ahad, 22 Mac 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Ramai Penghuni Miskin Masih Tinggal Dalam Rumah Usang

Posted: 22 Mar 2015 11:34 AM PDT

Penghuni Rumah Usang Perlu Bantuan Segera

MIRI – Seorang penduduk yang tinggal di Kpg Pujut Tanjong Batu merayu kepada pihak kerajaan agar dapat memberi bantuan membina semula rumah lamanya yang hampir roboh.

Penghuni tersebut ialah En. Sahari Bin Bujang yang sudah lama menetap di rumah kayu yang usang itu lebih 30 tahun di Kpg Pujut Tanjong Batu, Miri.

Menurut Sahari dia hanya bekerja sebagai tukang kayu yang tidak mempunyai gaji tetap dan tidak ada pencen. Beliau tinggal bersama keluarga yang agak ramai dimana anak serta cucu beliau juga tinggal bersama dalam satu rumah kayu yang usang itu.

Pendapatan keluarga juga tidak menentu, kalau ada sumber  pekerjaan dapatlah mereka sekeluarga rezeki untuk menyara kehidupan harian keluarga mereka. Keluarga beliau boleh dikategori sebagai penduduk miskin bandar.

Beliau juga bimbang akan keselamatan mereka sekeluarga yang tinggal dalam rumah usang yang boleh roboh itu pada bila-bila masa. Atap zink rumah penuh dengan lubang apabila waktu hujan sudah pasti bocor dan dinding rumah juga sudah reput akibat dimakan oleh anai-anai.

Dia sudah beberapa kali memohon bantuan dari pihak kerajaan dan juga Baitulmal Sarawak sejak tahun 2014  tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil untuk memperbaiki atau membina semula rumah kayu usang tersebut.

Dia memohon bantuan pihak kami agar masalah ini dapat dikemukakan kepada pihak yang berkenaan agar dapat diambil tindakan dengan segera. Setelah kita melihat keadaan rumah tersebut memang patut dibina semula memandangkan keadaan dalamnya agak bahaya untuk tempat tinggal kerana struktur rumah kayu itu sudah reput.

Kita mengesa pihak agensi kerajaan seperti BaitulMal, Badan Kebajikan Kemasyarakatan dan lain-lain agensi kerajaan segera membantu keluarga ini agar mereka dapat tinggal di rumah baru mereka secepat mungkin.

Kita juga mengesa agar pihak yang menjalankan Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) yang membantu membaiki rumah penduduk miskin di Malaysia dapat tampil kehadapan membantu keluarga daif ini dengan segera.

Beliau sangat berharap agar masalah rumah beliau yang usang ini mendapat perhatian dari pihak berkuasa dan dapat dibina semula dengan segera kerana beliau amat bimbang sesuatu akan terjadi sekiranya mereka terus tinggal dalam rumah kayu usang itu.

Kerjasama dengan semua pihak untuk membantu keluarga Sahari Bujang agar mereka dapat hidup dengan selesa dan selamat dalam rumah baru amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri Sarawak

 English version

Occupants of Dilapidated Houses Need Immediate Help

MIRI – A resident who lived in Kpg Pujut Tanjong Batu, appealed to the government to provide assistance rebuild his old home which almost collapsed.

The occupant was Mr. Sahari Bin Bujang that has long been settled in that dilapidated wooden house more than 30 years in Kpg Pujut Tanjong Batu, Miri.

According to Sahari he only worked as a carpenter who does not have a fixed salary and no pension. He stayed with his family that bit crowded in which children and his grandchildren also live together in a dilapidated wooden house.

Family income is also uncertain, if there is a source of livelihood for them and their families then is could support their family life. His family could be categorized as urban poor.

He is also worried about the safety of their family who live in dilapidated houses that could collapse at any time. The house zinc roof is full of holes when it is raining is certainly leaking and house walls also already rotted devoured by termites.

He has several times sought assistance from the government and also Sarawak Baitulmal since 2014 but until now no action has been taken to repair or rebuild the dilapidated wooden house.

He begged us to help this problem can put forward to the relevant authorities so that they can be acted upon immediately. After we saw the situation of the house it should be rebuilt since it is rather dangerous situation to stay because the structure of the wooden house already rotted.

We urge the government agencies such as the Baitulmal, Social Welfare Agency and other government agencies immediately help these families so that they can stay in their new home as soon as possible.

We also urge the parties undertake the Hardcore Poor Housing Project (PPRT) which help repair the house of poor people in Malaysia can come forward to help this poor family immediately.

He is hoping that the problem of his dilapidated house will get the attention from the authorities and can be rebuilt immediately because he was worried something will happen if they continue to live in the dilapidated wooden house.

Cooperation with all parties to help Sahari Bujang family so that they can live comfortably and safely in the new house is very much appreciated.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan