Pengikut

Nuffnang

Rabu, 11 Mac 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Masalah Projek Jalan Kampung Yang Separuh Siap

Posted: 11 Mar 2015 04:43 AM PDT

Projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) Masih Belum Siap Sepenuhnya
MIRI - Penduduk di kawasan Kampung Batu Satu, Kuala Baram mengadu masalah projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) untuk laluan jalan kecil ke kampung mereka sehingga kini masih belum diturap sepenuhnya. Jalan belum siap sepenuhnya dengan berlubang yang perlu diturap.

Sudah lama mereka menanti pihak yang berkenaan datang mengatasi masalah ini dengan menaiktaraf JPD tetapi sudah lebih dari setahun masalah ini masih belum dapat diatasi dengan sepenuhnya. Projek JPD ini seolah-olah siap separuh jalan dimana sepatutnya jalan ini dapat disiapkan sepenuhnya tahun lalu.

Mereka sudah beberapa kali memohon kepada Pejabat Daerah Bahagian Miri sejak dari 6hb Jan 2013 sehingga kini belum ada jawaban atau tindakan susulan diambil. Masalah jalan kampung serta kemudahan lain perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa berkenaan agar penduduk kampung dapat menikmati kemudahan yang telah diperuntukan.

Kita mengesa pihak berkuasa segera bertindak atas aduan orang ramai agar masalah yang mereka hadapi dapat diatasi dan seterusnya segala peruntukan yang telah disalur untuk projek jalan kampung tidak disalahgunakan untuk kepentingan lain.

Projek JPD ini adalah dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan mereka sepatutnya memantau setiap projek yang telah diberi peruntukan kepada setiap kampung yang terpilih. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee

PAS Miri, Sarawak




English version

Village Linkage Road Project Still Not fully completed

Miri - Residents in Kampung Batu Satu, Kuala Baram complained the road projects of village linkage road or 'Jalan Perhubungan Desa' (JPD) for the passage of the small road to their village until now has not been fully grouted.  Road have not fully completed with holes that need to be paved.
 
They have long been waiting for the parties concerned to come to solve this problem by upgrading JPD but it more than a year this issue has yet to be fully addressed.  JPD project seems completed half way where this road should be fully completed last year.

They've been several times apply to Miri District Office since the 6th January 2013 until now there has been no response or follow-up action taken. Problem of village roads and other facilities need to be addressed by the relevant authorities so that residents can enjoy the facilities that have been provided.

We urge the authorities to immediately act on complaints from the public so that their problems can be addressed and thus all the provisions that have been channeled to the village road projects are not misused by other interests.

JPD project is under the Ministry of Rural and Regional Development and they are supposed to monitor every project that has been allocated to each of the selected villages. Cooperation with relevant parties to resolve this issue immediately is greatly appreciated.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan