Pengikut

Nuffnang

Isnin, 23 Mac 2015

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


KENYATAAN MEDIA-TANGGUH KENAIKAN HARGA TAMBANG; KERAJAAN INGIN JADI HERO RAKYAT KEKAL DERITA

Posted: 22 Mar 2015 08:33 PM PDT


 KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
24 MAC 2015

TANGGUH KENAIKAN HARGA TAMBANG; KERAJAAN INGIN JADI HERO RAKYAT KEKAL DERITA

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menganggap tindakan Kabinet meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) agar menangguhkan dahulu kenaikan kadar tambang baharu pengangkutan awam adalah sebagai:-

1. Tindakan ingin menjadi hero selepas isu atau masalah ditimbulkan akibat tindakan kerajaan sendiri.

2. Jawapan lunak dan berhias oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kenaikan tambang itu tidak sesuai diumumkan dalam keadaan sekarang iaitu disaat rakyat cuak dan takut dengan keadaan tidak menentu menjelang perlaksanaan GST 1 April kelak hanya jawapan 'pain killer' semata-mata.

3. Jelas, kenaikan tambang akan tetap berlaku dan ia tidak mampu dielakkan kerana alasan pengusaha pengangkutan awam adalah kos penyelenggaraan.

4. Kesan domino GST sememangnya telah dihebah oleh para pimpinan Pakatan Rakyat baik dalam media mahupun ceramah bahawa kenaikan tetap akan berlaku meskipun kerajaan menghebahkan ada item dan produk atau servis yang tidak dikenakan GST.

5. Kos penyelenggaraan misalnya akan terus naik kerana peralatan dan 'spare part' akan terus naik harganya. Inilah yang membebankan pengusaha pengangkutan dan tanpa GST pun mereka terpaksa menaikkan kadar tambang.

6. Pihak kami sedar para pengusaha pengangkutan awam juga sebagaian daripada rakyat yang menerima bahana akibat GST, kejatuhan mata wang dan kesan akibat subsidi demi subsidi ditarik oleh kerajaan.

7. Sebelum ini rakyat satu Malaysia kesal, mengeluh dan marah selepas mendengar berita ambang teksi dan kereta sewa akan naik antara 20 hingga 67 peratus berkuat kuasa serta merta manakala mulai 15 Mei pula tambang bas ekspres akan naik 22.6 peratus.

8. Kenaikan tambang itu yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini dibuat berikutan kenaikan kos yang ditanggung pengusaha pengangkutan awam termasuk kos penyelenggaraan.

9. DPPNK berpandangan, di saat kita berkempen hijau agar menaiki pengangkutan awam, kerajaan terus mengamal polisi cukai yang mencekik darah rakyat.

10. Kempen dan iklan media elektronik yang masih mengelirukan rakyat masih dikumandang lagi seolah-olah benar harga barang yang tidak dikenakan GST akan kekal harga.

11. Rakyat telah faham harga naik bagi barang yang tiada SST tetapi dikenakan GST seperti komputer, komputer riba, iPad, telefon bimbit.

12. Barang dianggap kekal harga jika tiada GST seperti ayam, ikan, telur, Petrol RON95 dan diesel, tol dan pengangkutan awam

13. Barang akan turun harga jika dahulu dikenakan SST 16 % akan turun selepas dikenakan GST 6%. Masalahnya adalah, barang yang bakal turun harga bukanlah barang basahan atau komoditi harian rakyat seperti set televisyen, peti sejuk, pendingin hawa, seterika. Rakyat tidak perlukan barang ini secara harian dan jika naik harga sekalipun tiada rakyat akan mati kelaparan.

14. Pihak kami percaya rakyat semakin tertekan dengan iklim ekonomi sekarang jika tidak dirawat. Rakyat yang tidak faham isu hutang 1MDB 42 bilion atau isu pembaziran pembelian jet eksekutif baru juga pasti faham bahawa kadar gaji di negara secara umumnya juga tidak banyak meningkat. Kadar gaji yang dibayar di Malaysia hanyalah 30% daripada GDP negara. Angka ini tidak banyak naik sejak 1970-an lagi. Ini bertentangan sama sekali jika dibandingkan dengan kadar kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

15. Lebih ramai orang akan menggunakan kenderaan sendiri apabila tambang pengangkutan awam naik. Lebih-lebih lagi apabila harga minyak secara relatifnya lebih rendah sekarang. Ini akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Mohd Nasir Zakaria
Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah
Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Kedah



0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan