Pengikut

Nuffnang

Isnin, 16 Mac 2015

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


MAHATHIR KRITIK KORUP 1MDB - DEDAH BUDAYA KORUPSI ANAK BAPAK

Posted: 15 Mar 2015 08:48 AM PDT


MAHATHIR KRITIK KORUP 1MDB - DEDAH BUDAYA KORUPSI ANAK BAPAK
Muhammad Nuruddin Bashah
Timbalan Ketua Penerangan DPPN Kedah


Dalam media sosial, media baru semua pihak tanpa mengira peminat politik, atas pagar, pembangkang mahupun penyokong kerajaan mengongsi atau istilahnya 'share' gambar poster muka Tun Mahathir yang menggesa supaya 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disiasat polis.
Ya isu ini isu besar dan ia isu 'common value' antara ahli politik pembangkang dan pihak kem Tun Mahathir. Benar juga kata saudara Rafizi bahawa isu 1MDB adalah isu sejagat, yang telah memberi rasa cuak di dalam hati rakyat yang faham apa itu rugi.

Ramai penyokong pembangkang berasa gembira dengan 'keinsafan' Tun mendesak, menggasak pimpinan UMNO dan mungkin ada yang terguna kaedah Strategi 3 Tsun Zu iaitu kita pinjam tangan seseorang untuk membunuh. Atau mudahnya adalah menggunakan kekuatan pihak lain untuk menyerang musuh. Tambah-tambah tangan yang 'membunuh' itu adalah mantan Perdana Menteri sendiri.

Tetapi jangan terlalu teruja. Ada beberapa blogger UMNO mengibaratkan tindakan Tun sebagai melatah, kena jerat pembangkang atau menari mengikut tarian pembangkang.

Hakikatnya tidak. Tun bukan setahun jagung dalam politik tanahair. Beliau menari bukan sebarang tari. Tarian beliau jarang memberi manfaat kepada pejuangan rakyat walaupun kosmetiknya kelihatan mengutamakan rakyat.

Namun begitu ucapan terima kasih tetap perlu diucapkan kepada Tun kerana sudi menemplak skandal 1MDB, sekurang-kurangnya selok belok dalam kerajaan yang dikuasai beliau mampu memberi kefahaman jelas betapa bejatnya skandal 1MDB.


Jangan lupa apa yang beliau lakukan sepanjang 22 tahun memerintah Malaysia. Jangan terlalu teruja. Pada pandangan penulis, ini bukan peringatan janggal, di kedai kopi pun masih ada rakyat yang memperingati rakan-rakan mereka agar tidak terlalu memuja tindakan Tun membongkar isu 1MDB.


BN telah sampai kemuncak korupsinya. Budaya korupsi itu telah lama berakar umbi.

Jika dilihat daripada graf yang disediakan oleh IMF, jelas peningkatan hutang negara mencacak sejak DSAI melepaskan jawatan sebagai Menteri Kewangan. Bermakna ia bertambah-tambah sejak era dikuasai Tun Mahathir, Tun Daim, Tun Abdullah dan akhirnya Perdana Menteri hari ini.

Anak muda yang hanya menadah buku di kampus pada era pentadbiran Tun Abdullah boleh dikatakan hari ini hampir tidak tahu mendalam kebejatan regim pemerintaha di era Tun Mahathir. Maka mereka mungkin bersimpati apabila blognya chedet.cc dihack atau digantung pihak tertentu. selepas Tun Mahathir memuat naik kritikan pedas terhadap 1MDB dan perdana menteri,
Mengimbau korupsi di zaman beliau mudah sahaja jika kita rajin menggoogle atas nama 'korupsi zaman Mahathir'. Suatu ketika seorang kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hanan pernah berkata budaya kroni di dalam Umno menjadi lebih kronik selama pemerintahan Dr Mahathir yang memegang tampuk kuasa selama lebih 20 tahun. Kata beliau "Umno ni setelah Dr Mahathir ambil pucuk kepimpinan, penggal pertama memang dia hebat. "Masuk penggal kedua pula dia mula 'bersih, cekap, amanah' untuk kroni dan keluarga dia. "Selepas itu saya tengok Melayu mula korup sebab dia,"

Tetapi apabila meletak jawatan, beliau ghairah meraih populariti dengan mengungkit korupsi UMNO bagaikan beliau sejak muda bukan ahli UMNO.

Misalnya beliau mengaku bahawa Umno dipimpin orang korup. Dalam Wawancara Mingguan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad pernah menyelar Abdullah Ahmad Badawidengan berkata "Umno sudah menjadi rosak teruk apabila Abdullah mengambil alih. Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi pertuduhan rasuah. Lepas itu orang tahu tentang penglibatan menantunya. Tun juga memperlekeh kemampuan pemimpin Umno, termasuk para menteri dan ketua bahagian, yang disifatkannya gagal menjawab serangan pembangkang khususnya mengenai rasuah dan kronisme. Semasa diwawancara oleh pengkaji Transparency InternationalTun Mahathir iberkata: "Hakikatnya setiap orang yang dilantik ke jawatan Majlis Tertinggi Umno dalam tahun 2009 memang kerana mereka menggunakan wang.

Pada penulis, penulis berstuju dengan sejumlah besar pemerhati politik yang mahukan Tun Mahathir menjawab dahulu tuduhan panjang yang dilempar oleh George Soros yang menyenaraikan senarai panjang dakwaan salah laku beliau dalam satu artikel diterbitkan di The Bangkok Post pada 2012.

Antara tuduhan Soros adalah :
  1. "Tiga orang anak anda bernilai AS$8 bilion, Dari mana mereka mendapat wang itu, korupsi pastinya.
  2. "Anda dikenali sebagai Marcos Malaysia, mengumpulkan kekayaan dalam jumlah bilion.
  3. "Berbilion digunakan untuk membina dua buah menara Petronas yang tidak menguntungkan sesiapa pun, ia berdiri teguh sekarang simbol kebodohan dan tidak bertanggungjawab.
Tun juga perlu membuang palitan aib akibat kenyataan bekas Editor Asian Wall Street Journal Barry Wain yang berasal dari Australia dalam buku tulisannya pada 2009, bertajuk "Malaysian Maverick : Mahathir Mohamad in Turbulent Time". Katanya:

  1. Mendakwa Dr Mahathir telah membazirkan kira-kira RM100 juta ketika pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri.
  2. Kerajaan cuba memanipulasi harga timah antarabangsa dan kaitan Bank Negara dengan saham antarabangsa yang berlaku pada sekitar 80-an.

Mungkin Tun menggunakan salah satu falsafah Silat Sendeng iaitu menyerang adalah salah satu pertahanan yang terbaik. Menyerang musuh politik apabila melihat ada riak musuh untuk menyerang dirinya. Kalau itulah caranya Tun menutup skandal, korupsi di zaman pentadbirannya, lambat laun akan membusung juga.

Kesimpulannya, UMNO adalah kilang insan korup yang produktif sejak era Mahathir hingga kini. Baik beliau mahupun pihak yang dikritiknya perlu dianggap rakyat sebagai korupsi bapa anak atau korupsi guru dan muridnya. 2 kali 5, 5 kali 2. Sama sahaja.


0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan