Pengikut

Nuffnang

Ahad, 8 Mac 2015

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


Ustaz Ahmad Fathan Calon Pas PRK Chempaka

Posted: 08 Mar 2015 08:19 AM PDT


Ustaz Ahmad Fathan Calon Pas PRK DUN Chempaka mengantikan Almarhum Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

PAS SELANGOR KUTUK SERANGAN KEATAS DR ZUL

Posted: 06 Mar 2015 06:34 AM PST

PAS Selangor mengutuk kejadian serangan ke atas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang diserang individu tidak dikenali sewaktu pulang daripada solat subuh pagi tadi. Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, tindakan ganas itu tidak seharusnya dibiarkan berlaku ke atas mana-mana pihak atau individu. dr dzul green 01"Kami berharap pihak polis akan mempercepatkan siasatan supaya pihak yang bertanggungjawab dapat dikenalpasti dan didakwa," katanya dalam satu kenyataan. Pada masa sama, Iskandar berkata, pihaknya juga akan mengarahkan supaya kawalan keselamatan ke atas pimpinan PAS Selangor dipertingkatkan serta-merta. Katanya, ia bagi memastikan tindakan segelintir pihak yang cuba mencetuskan provokasi dapat dihalang. iskandar"Dewan Pemuda PAS Selangor akan melaksanakan tugas itu," katanya. Dzulkefly dipukul sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di depan rumahnya dekat Shah Alam, awal pagi ini. Kesan kejadian itu, beliau mengalami pecah di bibir dan bengkak di kepalanya.

Tidak bertanding di DUN Chempaka, BN Takut

Posted: 04 Mar 2015 06:30 AM PST

Barisan Nasional (BN) ternyata gusar dengan kekuatan Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS hingga membuat keputusan tidak bertanding dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Chempaka, 22 Mac ini. ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata selaku kerajaan persekutuan, keputusan BN tidak meletakkan calon dalam PRK itu memperlihatkan kepada umum gabungan itu tidak yakin untuk memberikan cabaran."BN khususnya Umno dilihat tidak yakin langsung untuk memenangi DUN itu tambahan pula ia adalah DUN diwakili Allahyarham Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 "Pengaruh Nik Abdul Aziz begitu kuat serta besar di situ dan menunjukkan ketidakupayaan Umno untuk mencabar. Bukan soal mahu menyelesaikan masalah banjir dan sebagainya tetapi itu semua adalah helah bagi menutup kelemahan sendiri," katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini. 


 Pada masa sama, Suee Lim berkata, perbezaan padangan dan pendirian dalam beberapa isu termasuk hukum hudud adalah lumrah antara DAP dan PAS iaitu berlaku sebelum dan selepas kedua-duanya bergabung dalam PR. Bagaimanapun, katanya, ia tidak akan menyebabkan perpecahan antara komponen PR itu sebaliknya akan memantapkan PR kerana banyak persamaan antara mereka termasuk PKR. "Kita meraikan serta menghormati pandangan masing-masing. Kita sentiasa menyokong antara satu sama lain sebagai komponen dalam PR dan mengadakan perbincangan bagi mencari penyelesaian sekiranya menghadapi masalah.

 Nik Aziz grafik"Dengan semangat seperti ini, saya yakin perselesihan dan perpecahan dicanang oleh media dan blog tertentu tidak akan memecahkanbelah dan menggangu gugat keutuhan PR," katanya. Beliau berkata, ketiga-tiga parti dalam PR akan menjalin kerjasama erat bagi membentuk gabungan atau wadah alternatif ke arah menumbangkan BN di peringkat pusat. Kerusi DUN Chempaka kosong apabila penyandang, Almarhum Nik Aziz, meninggal dunia akibat kanser prostat, pada 12 Februari lalu. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, Nik Aziz (PAS) menewaskan calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi.

Peguam: Ketua Pengarah Penjara ada kuasa benar Anwar ke Parlimen

Posted: 03 Mar 2015 10:00 AM PST

Keputusan akhir bagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hadir ke sidang parlimen minggu depan terletak pada kuasa Menteri Dalam Negeri. Dalam kenyataan bersama, Peguamnya, N Surendran dan Latheefa Koya memaklumkan berdasarkan undang-undang, Seksyen 31 Akta Penjara 1995 memperuntukkan Ketua Pengarah (Jabatan Penjara) mempunyai kuasa mengarahkan individu dipenjara boleh dibawa ke tempat difikirkan munasabah. parlimen malaysia anwar grafik 01Katanya, pihaknya menghantar surat kepada Datuk Seri Zahid Hamidi pada 25 Februari, namun beliau memilih untuk bertindak balas melalui media. "Kenyataan Zahid mengejutkan, tidak boleh difahami dan bercanggah dengan Akta Penjara 1995. "Ia bukan tanggungjawab atau bidang kuasa Yang di-Pertua, Peguam Negara atau Lembaga Pengampunan untuk membawa Anwar dari penjara ke Parlimen. Katanya, hanya Ketua Pengarah Penjara mempunyai kuasa undang-undang untuk melepaskan Anwar untuk menghadiri Parlimen. 


 "Seksyen 31 Akta Penjara 1995 mengatakan Ketua Pengarah mempunyai kuasa mengarahkan orang menjalani hukuman penjara diambil ke mana-mana tempat jika terdapat alasan munasabah. "Ketua Pengarah Penjara adalah di bawah kawalan dan tanggungjawab Menteri Dalam Negeri," katanya dalam kenyataan itu. Semalam, Zahid berkata kata putus berhubung perkara itu terletak kepada Lembaga Pengampunan dan perkara berkait tafsiran undang-undang terletak pada speaker Dewan Rakyat dan peguam negara. Mereka berkata kenyataan Zahid bahawa Lembaga Pengampunan mesti membuat keputusan terlebih dahulu sebelum membawa Anwar ke Parlimen tidak masuk akal. "Ini kerana jika lembaga Pengampunan yang membuat satu cara keputusan atau yang lain, isu membawa Anwar dari Penjara kepada Parlimen tidak akan timbul sama sekali. "Kami menyeru kepada Zahid Hamidi dan kerajaan menghormati institusi Parlimen dan sistem demokrasi dengan membenarkan pemimpin pembangkang menghadiri Parlimen bermula 9 Mac ini," katanya./Selangorkini

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan