Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 28 Februari 2015

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


FUTSAL CARA TARIK ANAK MUDA DEKATI DAKWAH DENGAN BERKESAN

Posted: 28 Feb 2015 07:20 AM PST



Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

SUNGAI PETANI - 28 Feb 2015

Lajnah Sukan dan Kesenian Dewan Pemuda PAS Sungai Petani telah berjaya menarik penyertaan sebanyak 14 pasukan futsal sekitar daerah Sungai Petani hari ini melalui Pertandingan Futsal Jemputan Piala Ketua Pemuda PAS Kedah pusingan kelayakan Sungai Petani.

Perlawanan pusingan saringan ini berlangsung di SMC Futsal Centre Sungai Petani yang melibatkan sekitar 100 orang pemain.

Saudara Saad Ibrahim selaku pengerusi Lajnah Sukan ini berasa berpuas hati dengan kadar peneyrtaan memandangkan iklan hanya dikeluarkan dalam masa seminggu sahaja.
"Ternyata method bermain bola, sukan dan riadah adalah wadah penting untuk pihak kami Lajnah Sukan mendekati anak muda dan menampikan perjuangan PAS yang syumul merangkumi kerohanian, akhlak dan juga kekuatan jasmani", jelas beliau apabila ditemubual media.

Pasukan yang berjaya merangkul gelaran juara akan mewakili pemuda Sungai Petani untuk pusingan peringkat negeri di Sik pada 7 Mac akan datang.

Sejak Pemuda PAS menjenamakan semula Lajnah Sukan beberapa tahun kebelakangan ini, sukan Futal menajdi pilihan aktivit utama dan ia amat berkesan menarik minat anak muda mendekati PAS.









BELIA SEJAHTERA SUNGAI PETANI TERUS TEKAD ASAH KEPIMPINAN ANAK MUDA

Posted: 28 Feb 2015 07:02 AM PST

BELIA SEJAHTERA SUNGAI PETANI TERUS TEKAD ASAH KEPIMPINAN ANAK MUDA

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

SUNGAI PETANI- 28 Feb 2015

Bagi para anak muda dan belia di Sungai Petani yang ingin beraksi dalam lapangan kepimpinan dan sukarelawan melalui medium ngo bukan partisan, Pertubuhan Belia Sejahtera Sungai Petani (BERANI) adaah wadah yang paling sesuai.

Sejajar dengan kehendak ROS, NGO berdaftar ini sekali lagi mengadakan Mesyuarat Agung Tahunanya di Dewan Surau Taman Sejati Sungai Petani pada jam 10 pagi 28 Februari 2015.

Dengan kehadiran belia seramai 20 orang BERANI berjaya menyambung hayat perjuangan untuk memberi ruang remaja dan belia terlibat dalam aktiviti kesukarelaan dan rekreasi yang membina.

" Pada sesi lalu BERANI telah menghantar dua orang perwakilan untuk bertanding dalam Parlimen Belia iaitu saudara Ibrahim ismail dan saya sendiri Hairul Huzairi bin Mohd Hafhid. Kami juga mngadakan beberapa siri pertandungan Futsal, gotong royong di pondok pengajian islam di Perak, edaran risalah dakwah pada malam merdeka, menganjur Kem Anak Soleh serta majlis makan malam bersama Kelab Motor Negeri Kedah", jelas Hairul selaku mantan pengerusi yang lalu.

Berdasarkan ucapan Pengerusi baru saudara Ibrahim Ismail, tahun ini BERANI mensasarkan misi untuk terus menyediakan ruang pengasahan bakat kepimpinan belia, menambah aktiviti kesukarelaan, menganjur lebih banyak akiviti dakwah dan pemantapan rohani disaping mengekalkan aktiviti rekreasi yang diminati anak muda.

" Persiapan kemahiran untuk belia berdayasaing dalam hal kerjaya juga akan difikirkan untuk dianjur pada sesi ini", tambah Ibrahim sebelum menutup ucapan penangguhannya.



0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan