Pengikut

Nuffnang

Rabu, 18 Februari 2015

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


Kertas Kerja Legasi Tuan Guru - Mengimbau Saat Enakmen Syariah Kelantan diperkenalkan

Posted: 17 Feb 2015 11:17 PM PST


Kertas Kerja Legasi Tuan Guru - Mengimbau Saat Enakmen Syariah Kelantan diperkenalkan1.
Muhammad Nuruddin Bashah2
Latar belakang

  1. PAS melalui Perpaduan Ummah bersama S46 telah berjaya menguasai kerajaan Kelantan pada tahun 1990.
  2. Pada awalnya tiada calon MB, selepas dipujuk beberapa kali barulah Ustaz Nik Aziz bersetuju menjadi MB. Berkelayakan Master Perundangan Islam Universiti Al Azhar melayakkan beliau memahami erti Perlembagaan, Enakmen, latar belakang common law, kanun keseksaan dan lain-lain.
  3. Tuan Guru MB dari awal telah sedar bahawa mengazet Enakmen adalah tanggungjawab asas untuk melegitimasikan 100 % undang-undang jenayah syariah, soal jatuh hukum atau laksana hukum ia perkara kedua selepas jatuh hukum. Hal ini menutup hujah golongan yang menganggap jika banjir, kemarau, ekonomi meleset Sahabat sendiri tidak laksana hudud. Sedangkan pada zaman sahabat hudud dan Qisas digazet secara automatik warisan Rasulullah. Ianya sah walaupun ditanggung atau gugur hukuman apabila negara berada dalam kondidi tertentu. Isu pokoknya adalah perlu digazet/dilegitimasi tanpa patuh kepada syariah Allah.

Sikap kerajaan pusat awalnya

  1. Isu Kelantan belum laksanakan manifesto Hudud 1990 dijadikan bahan kempen BN pada Pilihanraya kecil Bukit Payung di Terengganu 1992 - Calon PAS Ustaz Baharudin Mohamad kalah3.

  1. Manifesto PAS 1990:
    1. PAS yakin bahawa sistem perundangan dan kehakiman Islam adalah yang terbaik untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan perlbagai persoalan pemerintahan. Kerajaan negeri akan menjadikan Al Quran, As Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai sumber rujukan perundangan dan kehakiman di negeri ini.

    1. Perkara 3.2 Pindaan Dalam Perlembagaan Negeri juga turut menyebut "beberapa Enakmen akan dipinda ke arah lebih menepati kehendak-kehendak Islam secara menyeluruh.
    2. Rentetan kempen Bukit Payung - UMNO terjerat kerana mencabar Kelantan laksanakan hudud, akibatnya Dr Mahathir terpaksa mengeluar kenyataan 'back fire'. " Mereka mahu melaksana hukuman hudud, termasuk potong tangan, potong kepala dan rejam sesiapa yang melakukan jenayah tertentu. Kalau mereka berpendapat bahawa dengan memotong tangan dan kpala baru cukup Islam, itu terserah kepada mereka asal melaksanakan setakat di Kelantan. Saya nak tahu siapa ahli PAS yang nak memotong tangan orang kerana bukan mudah hendak melakukannya" ( Berita Harian 17 April 1992 tajuk Rancagan Kelantan laksana Hukum Hudud: Pusat Tidak halang)
    3. Kemudian Dr Mahathir bagi laluan lagi (mencabar) dan menjadi 'back fire kedua'. " Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri, atau mahkamah mereka sendiri" ( Utusan Malaysia 25 April 1992 tajuk Hudud: Kelantan Perlu ada Mahkamah Sendiri)
    4. Ghaffar Baba juga mencabar PAS " BN tidak sama sekali bawa usul seumpama itu ke Parlimen atau bekerjasama dalam soal tersebut, tetapi dalam masa yang sama tidak menghalangnya. Dalam pembentangan usul itu nanti, PAS kenalah melobi DAP, MCA, MIC, Gerakan untuk mendapat sokongan " ( Utusan Malaysia tajuk : PAS kena bawa sendiri Usul Pinda Perlembagaan)

Sikap sebenar kerajaan ditampil oleh pimpinan lain
  1. Tun Ghaffar Baba - Hudud hanya 0.01 % daripada ajaran Al Quran.
  2. Dato' Hussein Ahmad (Ketua Penerangan UMNO 1990an - Enakmen Syariah Kelantan terbukti bukan hukum Al Quran dan Hadis. (Utusan Malaysia 28 April 1992)
  3. Nakhaie Haji Ahmad (Timbalan Ketua Penerangan UMNO) - perlaksanaan hudud di Kelantan mencemar nama baik Islam di kalangan masyarakat bukan Islam. PAS perlu guna pendekatan bijaksana untuk mendekati non muslim bukan dengan perlaksanaan hudud (WATAN 3 Mei 1992 bertajuk PAS cemar Nama Baik Islam)
  4. Syed Hamid Albar - Hukum Hudud bertentangan dengan Perlembagaan Lord Reid ( Utusan Malaysia 12 April 1992)
  5. Anwar Ibrahim (Timbalan Perdana Menteri) - " Apakah semua perubahan perundangan Islam akan dapat menyelesaikan masalah ummah?...Syabas kepada Ku Li kerana menyokong usaha itu, tetapi adakah beliau tahu tentang hukum hudud ini?" ( Mingguan Malaysia 26 Mei 1992)
  6. Najib Abd Razak (Ketua Pemuda UMNO/Menteri Pertahanan) - " Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum Hudud dilaksanakan." (Berita Harian 21 April 1992)
  7. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif.4" (kata Dr Mahathir Mohamad: 3 Mac 1994).
  8. "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja." (Dr Mahathir Mohamad: 14 Julai 1992).
  9. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama." (Dr Mahathir Mohamad: 2 Mei 1992).
  10. "Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud." (Dr Mahathir Mohamad: 1994).

Tiada kaum melayu yang menolak hudud ketika itu

  1. Semasa draf dibentang tiada suara non muslim menolak samada BN ataupun pembangkang.
  2. Hari ini terlalu ramai non muslim menentang hudud kerana nas dan hujah menolak hudud yang dikumandangkan oleh pimpinan melayu sendiri.

Ucapan Pembentangan Rang Undang-undang Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1993
  1. Tuan Guru nyatakan dalil ini:


Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.
(Al Maidah : 49)

Dan ini:


Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.
(As Sood : 26)

  1. Tegaskan tuntutan amanah melaksana syariah adalah wajib dan dosa besar jika tidak dilaksanakan.

  1. Enakmen disahkan oleh Jumaah Ulama'Majlis Agama Islamnserta oleh Mufti Kelantan.

  1. Isu menakutkan pelabur sahajakah pelru difikirkan, walaupun pertumhukan ekonomi itu penting bagaimana dengan isu pertumbuhan iman?



Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.(Al Maidah: 44)

  1. Arab Saudi laksana hudud tetap ada pelabur dan pertumbuhan ekonomi juga tinggi.

  1. Persiapan hakim, mahkamah dan penguatkuasa telah disediakan oleh kerajaan Negeri.

  1. Hukum sebat misalnya mudah dilaksana kerana telah lama dilaksana secara Islam di Kelantan melalui Hukum Sebat 1987. Rotan menurut syariah juga telah disediakan di Penjara Pengkalan Chepa.

  1. Undang-undang hudud pernah dilaksana di muka bumi Melayu tetapi disekularkan oleh penjajah.

Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.(Al Maidah : 50)

  1. Undang-undang hudud adalah undang-undang paling sukar dilaksanakan kerana memerlukan syarat yang ketat. Ia tidaksewenangnya menghukum (seperti yang difahami oleh Dr Mahathir pada tahun berkenaan). Takzir adalah solusi apabila hudud tidak layak dikenakan.

Hujah Dr Mahathir yang mudah disangkal (Ucapan di Nilam Puri 1992)
  1. Hukum Hudud Kelantan adalah Hudud PAS
Jawapannya :
  1. Adakah undang-undang sivil adalah undang-undang UMNO?
  2. Angkatan Perpaduan Ummah terdiri daripada PAS, S46, Hamim, Berjasa dan semua setuju untuk laksana Hudud.
  3. Jika ada kekuarangan dari aspek teknikal bahasa undang-undang- jika ikhlas boleh sahaj ditegur dan dibahas sehingga lumat agar undang-undang ini praktikal dengan suasana pendakwaan, kepolisan dan penguatkuasa semasa Malaysia bukannya ditolak mentah-mentah.

  1. Undang -undang hudud di Kelantan tidak menjamin keadilan
Jawapannya :
  1. Banyak lagi hukum Islam yang nampak tiada logik pada akal seperti keliling kaabah dll.
  2. Keadilan Islam adalah menurut manhaj Rabbani bukan akal manusia.
  3. Prinsip dalam undang undang jenayah Islam jauh lebih baik iaitu "lebih baik hakim tersilap bebaskan 10 orang bersalah dari hakim tersilap sabitkan seorang yang tidak bersalah sebagai bersalah".
  4. Islam menjunjung tinggi konsep bahawa 'pada asalnya seseorang itu tidak bersalah' (al-aslu bara'ah al-zimmah). Tahanan tanpa bicara dianggap satu kezaliman dalam Islam walau dengan apa alasan sekali pun. Jika seseorang itu dikatakan melakukan jenayah, maka perkara jenayah itu perlu dibuktikan oleh pendakwa di hadapan hakim di mahkamah. Beban bukti terletak pada pendakwa. Jika tiada bukti bahawa tertuduh itu melakukan jenayah, maka tertuduh itu perlu dilepaskan dan dia bebas dari tuduhan itu. Dalam undang-undang jenayah sivi, terdapat peruntukan yang membenarkan tahanan tanpa bicara yang disebut sebagai tahanan pencegahan atau preventive detention. Contohnya Akta Keselamatan Dalam Negeri membenarkan seseorang yang disyakki menjejaskan keselamatan awam ditahan selama 60 hari tanpa bicara untuk siasatan. Seseorang yang pada pendapat Menteri Dalam Negeri boleh menjejaskan keselamatan awam pula boleh ditahan selama dua tahun. Mereka boleh ditahan tanpa dibicara di mana-mana tribunal atau mahkamah.






Kempen Islamisasi UMNO Kelantan
  1. Dalam Pilihanraya Kecil Kelantan DUN Lundang Mac 1994, UMNO telah menggunakan slogan Perisytiharaan 14 Syawal 1414 yang bertema "Menegakkan Islam Secara Bijaksana".
  2. Tuan Guru counterback slogan itu dengan kempen "Tak Dok Sebab Demo Nak Lawe Kawe" dengan fakta-fakta kempen seperti dalam nukilan di bawah.

Nukilan ini disiar dalam Majalah Khas Krisis Hudud yang diterbit pada tahun 1992 yang disunting oleh Tarmizi Mohd Jam (kini dato')


Tak Dak Sebab Demo Nak Lawe Kawe

Hudud telah kawe bente
Dale dewa
Wakil demo sokong
Sekali dengan kawe


Pembangune pun sudoh
Kawe laksanoke
Hue demo kube 700 juta
Sudah kawe kambuhke


Judi arak, konsert rock
Kelab male hak zame demo
Kwe telah halang
Anak-anak demo hok kerja
dengan kerajaae
Kawe tok buwan


Puak puak curi baak
sudah lama kawe ambil tindakke
Bakul tapai, sayur, ike
Kawe tak bui tendang


kakitange kerajaae kawe bui
pehe Islam
Tak dak sebab demo nak lawe kawe
Di mana silap tolong demo tunjuk ke


Kawe berjale
Membangunkan Bersama Islam
Bak po gak demo nak berjihad bunuh kawe
Demo ni sungguh la orang tak reti Quran


Tak dok sebab demo nak lawe kawe.
1 Kebanyakan isi kertas ini diekstark daripada majalah khas Krisis Hudud di Kelantan yan disunting oleh Tarmizi Mohd Jam pada tahun 1994. (ISBN 983-9898-05-1)
2 Penulis adalah Tim Ketua Penerangan DPPN Kedah, Unit Kajian Ilmiah MAPIM Utara dan merupakan penulis bebas. Boleh dihubungi melalui : 017-6291368/ jihadin82@gmail.com
3 Baharuddin menjadi ADUN untuk tempoh 1 tahun 5 bulan kerana terlibat dengan petisyen pilihan raya yang membawa kepada pilihan raya kecil pada 21.04.1992. Beliau kalah dalam PRK dengan 389 undi kepada calon BN, yang ditewaskannya dengan 17 undi dalam PRU 1990.

4 Istilah primitif ini kemudiannya diulang guna oleh Sister In Islam dimana anak kepada Dr Mahathir adalah tulang beakangnya. 

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan