Pengikut

Nuffnang

Ahad, 15 Februari 2015

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


Nukilan Hati Tok Guru - Tak Dak Sebab Demo Nak Lawe Kawe

Posted: 15 Feb 2015 04:43 AM PST

Nukilan ini disiar dalam Majalah Khas Krisis Hudud yang diterbit pada tahun 1992 yang disunting oleh Tarmizi Mohd Jam (kini dato')

Tak Dak Sebab Demo Nak Lawe Kawe

Hudud telah kawe bente
Dale dewa
Wakil demo sokong
Sekali dengan kawe

Pembangune pun sudoh
Kawe laksanoke
Hue demo kube 700 juta 
Sudah kawe kambuhke

Judi arak, konsert rock 
Kelab male hak zame demo
Kwe telah halang
Anak-anak demo hok kerja
dengan kerajaae
Kawe tok buwan

Puak puak curi baak 
sudah lama kawe ambil tindakke
Bakul tapai, sayur, ike
Kawe tak bui tendang

kakitange kerajaae kawe bui
pehe Islam
Tak dak sebab demo nak lawe kawe
Di mana silap tolong demo tunjuk ke

Kawe berjale
Membangunkan Bersama Islam
Bak po gak demo nak berjihad bunuh kawe
Demo ni sungguh la orang tak reti Quran

Tak dok sebab demo nak lawe kawe.





KENYATAAN MEDIA- ANAK MUDA AKAN TERUS MENGENANG SENTUHAN DAKWAH TUAN GURU NIK ABD AZIZ

Posted: 15 Feb 2015 04:17 AM PST


KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH

14 FEB 20105

ANAK MUDA AKAN TERUS MENGENANG SENTUHAN DAKWAH TUAN GURU NIK ABD AZIZ

Dewan Pemuda PAS Kedah masih merasai kehilangan ulama' besar yang juga merupakan murabbi merentas kaum dan sempadan politik Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat yang telah kembali menemui penciptanya pada jam 9.40 malam 12 Feb yang lalu.

Ruh beliau yang dijemput pada malam Jumaat amat mengharukan pemuda PAS Kedah kerana sememangnya husnul khatimah adalah yang didambakan oleh Tuan Guru Mursyidul Am kami ini.

Allayarham Tuan Guru sebenarnya adalah ikon dan tokoh besar dalam PAS dalam memberi sentuhan dakwah yang signifikan kepada segmen remaja, anak muda dan belia sejak beliau kembali ke tanahair selepas merantau panjang mencari ilmu di bumi India dan Mesir.

Tuan Guru walaupun sejak zaman belianya lebih gemar berwatakan ulama', zuhud dan berpakaian sunnah, namun ia bukan halangan untuk Allayarham membuka pintu dakwah kepada golongan remaja dan belia.

Suatu ketika Allahyarham telah pencetus suatu fenomena baru dalam landskap politik Islam apabila beliau mengundang penyanyi AF terkenal ketika itu Mawi untuk membuat konsert lagu dakwah di Stadiuam Kota Bahru. Walaupun ada pihak yang menolak hiburan dan muzik dalam dakwah, kelihatannya tindakan mantan Menteri besar kelantan itu telah membuka dimensi baru dalam dakwah melalui seni.


Sehingga kini PAS terus mendekati para artis, budayawan, karyawan seni dan belia melalui pendekatan seni dan budaya. Rata-rata para artis yang berhijrah untuk menerima syariat, menutup aurat mereka pasti berkunjung ke Kelantan menemui beliau seolah-olah ada 'chemistry' antara beliau dengan perubahan sikap dan gaya hidup para artis berkenaan.

Sesungguhnya anak muda dan belia serata tanahair masih mengenang sentuhan dakwah beliau dan rasa sebak dan sedih masih menyelubungi hati nurani.



Tidak sedikit anak muda yang berubah hanya dengan mengikuti kuliah mingguan beliau di Pulau Melaka malah beliau menganggap sesibuk mana dalam berpolitik, mengajar dan mendidik adalah kerja terbaik dan ia adalah amalan para Nabi.

Dewan Pemuda PAS Kedah mendoakan rakyat Malaysia untuk kekal bersama perjuangan Islam dan dakwah kerana pesanan Allayarham murabbi ummah ini adalah agar kita semua meneruskan perjuangan dakwah dan jihad mempertahan syariah di muka bumi Malaysia ini.

Ahmad Tarmizi Sulaiman

Ketua Penerangan DPP Negeri Kedah



0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan