Pengikut

Nuffnang

Rabu, 18 Februari 2015

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


HUDUD : LAKSANA TETAP LAKSANA

Posted: 17 Feb 2015 09:01 PM PST

SHAH ALAM - Pendirian Pas dalam melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 atau hudud di Kelantan tidak mampu diganggu-gugat oleh mana-mana pihak termasuk DAP, tegas Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din. Katanya, Pas tidak akan tunduk dengan desakan mana-mana pihak untuk menangguhkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dan sentiasa berikhtiar mencari "jalan terbaik" sepertimana yang diamanahkan bekas Menteri Besar, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Tok Guru ada pesan, kita kena cari jalan terbaik untuk laksanakan hudud di Kelantan kerana itu amanah ALLAH. DAP dan sesiapa sahaja yang nak bangkang hudud semahu-mahunya, bangkanglah! Pas akan laksanakan hudud seboleh-bolehnya," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.


 Semalam, Sinar Harian melaporkan wasiat terakhir Allahyarham Nik Aziz yang mahu hudud tetap dilaksanakan di Kelantan walaupun beliau sudah tiada. "Ayah nak walaupun dia tutup mata, hudud kena buat juga di Kelantan," kata anaknya Nik Abduh kepada Sinar Harian. Menurut Nik Abduh, Allahyarham kerap menyebut pelaksanaan hudud itu kerana ayahandanya adalah pencetus idea pelaksanaan hukum tersebut di Kelantan, walaupun tidak lagi memegang jawatan menteri besar. Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dipetik sebagai berkata, sidang Khas Dun Kelantan berhubung pelaksanaan hudud di negeri itu akan dilaksanakan selepas 'trauma banjir' di negeri itu pulih.  Terdahulu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mencadangkan agar pelaksanaan pilihanraya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan hudud ditangguhkan sehingga tahun 2023 bagi menyelamatkan PR menjelang PRU14 akan datang./ Sinar

Bukan Sekadar MB Tapi .....

Posted: 17 Feb 2015 08:59 PM PST

PASIR PUTEH - 'Jaga maruah, jangan sampai bila ALLAH SWT benci maka semua aib kita ditelanjangi yang menyebabkan kita hilang harga diri', itulah antara pesanan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Tok Guru) yang tidak akan dilupakan Setiausaha Pas Kawasan Pasir Puteh, Zainuddin Awang Hamat. Zainuddin berkata, walaupun ketika menjadi Menteri Besar (MB), arwah bersifat seperti bapa kepada wakil-wakil rakyat dan pimpinan Pas. "Sebagaimana bapa menasihati anak-anak agar berkelakuan baik, begitulah sikap Tok Guru terhadap saya dan mungkin juga kepada pimpinan lain. 


 "Dia agak telus, tak suka berahsia kepada rakyat kecuali perkara membabitkan dasar parti dan kerajaan yang menyebabkan kita mengetahui isi hatinya," katanya. Zainuddin yang juga bekas Adun Limbongan berkata, Tok Guru merupakan seorang pemimpin bersahaja tetapi berpendirian tegas dan berani menghadapi apa jua situasi dalam menegakkan kebenaran. Tetap ada hubungan baik Katanya, walaupun tidak lagi bergelar Yang Berhormat, dia dan Tok Guru tetap mempunyai perhubungan baik sehinggalah Tok Guru menghembuskan nafas terakhir. "Tok Guru pasti meluangkan masa menziarahi saya di hospital dan detik paling menyentuh hati bila melihat Tok Guru sendiri terlantar di wad. "Dia tokoh abad ini. Pemergiannya merupakan kehilangan besar bagi pejuang Islam, semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang dirahmati ALLAH," katanya. 

 Sementara itu, Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Pasir Puteh, Wan Hassan Wan Ibrahim turut mengakui bahawa Tok Guru sering menasihatinya dalam apa jua perkara. Wan Hassan berkata, nasihat yang sering diulang adalah supaya saya bersabar dengan apa jua halangan serta istiqamah dalam perjuangan. "Walaupun dia merupakan pemimpin besar, ada ketikanya pandangan kita diambil kira yang menyebabkan kita merasakan ini satu penghormatan yang diberikan. "Tidak kekok untuk berbincang sesuatu perkara dengannya walaupun berkaitan hal peribadi dan luahan hati kita 'disimpan baik-baik' sehingga suatu masa dia akan kembali bertanya mengenainya," katanya. 

 Katanya, Tok Guru sering menghubunginya secara peribadi untuk bertanya khabar apa perkembangan mengenai sesuatu perkara. "Kita kehilangan tokoh yang sukar dicari ganti, tokoh disukai rakyat tanpa mengira fahaman politik. "Sifat-sifatnya yang prihatin dan sederhana tapi berjaya merubah landskap politik negara perlu diwarisi," katanya. Menurutnya, sepanjang tempoh menjadi MB Kelantan, Tok Guru melakukan banyak pembaharuan dan perubahan yang disenangi rakyat sehingga apa yang dipraktikkan menjadi ikutan di negeri-negeri lain.

Bekas mejar Zaidi Ahmad berhasrat sertai PAS

Posted: 17 Feb 2015 08:46 PM PST

KUALA LUMPUR: Bekas mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Zaidi Ahmad, yang dibuang dari Angkatan Tentera kerana melanggar protokol mendedahkan masalah dakwat kekal yang digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, dilaporkan akan menyertai PAS. Menurut laporan The Malaysian Insider, Zaidi berhasrat menyertai parti Islam itu sebaik memperolehi kad pengenalan baru sebagai rakyat biasa. "Saya akan menjadi ahli PAS. Saya sedang menunggu MyKad saya sebagai rakyat biasa.

 "Saya lebih (cenderung) kepada Islam, sebab itu saya pilih Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Saya mahu menyumbang dengan cara ini," katanya seperti yang dipetik dalam The Malaysian Insider. Beliau juga mengakui berminat dengan sekutu Pakatan Rakyat itu, kerana parti itu dikatakan menegakkan Islam. Zaidi berkata demikian pada majlis pelancaran buku terbaru kartunis Zunar di Petaling Jaya pada Sabtu. 

 Pada 12 Januari lalu, Zaidi Ahmad telah dijatuhkan hukuman buang kerja daripada perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong serta-merta selepas didapati bersalah di atas dua dakwaan melanggar protokol mendedahkan masalah dakwat kekal yang digunakan dalam PRU13, Mei 2013. Keputusan itu dibuat oleh Yang Dipertua, Kolonel Saadon Hassan yang mengetuai panel lima anggota yang terdiri daripada Leftenan Kolonel Zainurin Mohd. Dom, Mejar Khuzairi Mohd. Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib dan Mejar S. Nadzeer Salehuddin.

Ceramah Perdana Sempena Program Jelajah Perdana Dewan Harian PAS Pusat Ke Melaka

Posted: 17 Feb 2015 08:44 PM PST


Sidang Media Program Jelajah Jkuasa Harian PAS Pusat bersama wartawan Sinar, Astro Awani dan Harakah

Posted: 17 Feb 2015 08:43 PM PST

Pada pagi tadi telah berlangsung satu sidang media yang diadakan bersempena dengan Program Jelajah Jawatankuasa Harian PAS Pusat Ke Negeri Melaka. Program yang akan berlangsung bermula  22 Februari ini akan melibatkan sebahagian besar AJK Harian PAS Pusat dengan melibatkan beberapa kawasan di Negeri Melaka. Antara tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk merapatkan hubungan AJK Harian PAS Pusat selain menjalinkan hubungan yang baik dengan masayarakat setempat. Pelbagai program dan agenda telah dirancang dan bakal dilaksanakan dan kemuncak kepada program jelajah ini ialah ceramah perdana yang akan diadakan bertempat di Surau Haji Ali,Ujong Pasir, Melaka. 




0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan