Pengikut

Nuffnang

Khamis, 8 Januari 2015

PAS Negeri Sembilan

sumber :-

PAS Negeri Sembilan


Catuan air, paras Empangan Gemencheh berada di tahap kritikal

Posted: 07 Jan 2015 10:10 PM PST




8 Januari 2015 - Paras air Empangan Gemencheh, Tampin berada di tahap kritikal dan hanya mampu bertahan sehingga 120 hari sahaja. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, walaupun hujan lebat di beberapa daerah negeri ini, selain kejadian banjir di pantai timur, namun tiada sebarang taburan hujan berlaku di empangan tersebut.

"Taburan hujan sedia ada tidak memberikan julat bacaan yang tinggi ke dalam kawasan tadahan Empangan Gemencheh. Malah, paras air di empangan tersebut dianggap kritikal sebab tiada air mencukupi.

"Paras air yang ada sekarang ini tidak mampu menampung permintaan sedia ada, di mana ia memerlukan lapan juta gelen sehari bagi daerah Tampin dan Rembau," katanya.

Berikutan perkembangan itu, pihaknya menerusi Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) terpaksa melakukan catuan air di Tampin dan Rembau bermula 12 Januari ini.

"Kita terpaksa membuat catuan air berjadual bagi membolehkan bekalan simpanan air di empangan tersebut bertahan sehingga lapan bulan sementara menunggu kerja-kerja pengepaman air dilakukan," katanya pada sidang media mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Negeri, di sini, semalam.

Difahamkan, catuan berjadual akan bermula pada 12 sehingga 30 Januari, kecuali 14 Januari kerana cuti umum.

Catuan bekalan secara berjadual ini akan dibuat secara bergilir-gilir di kedua-dua daerah, bermula jam 10 pagi hingga 10 pagi hari berikutnya.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan