Pengikut

Nuffnang

Ahad, 4 Januari 2015

PAS Negeri Sembilan

sumber :-

PAS Negeri Sembilan


Pendaftaran pelajar PASTI Al-Amin

Posted: 04 Jan 2015 08:14 PM PST



Pendaftaran pelajar PASTI Al-Amin, Kg. Pulau Bukit Chengkau, Rembau untuk tahun 2015 kini dibuka. Sila hubungi Cikgu Anita 019-232 2357

Kempen Derma Darah 10 Jan 2015

Posted: 04 Jan 2015 06:21 AM PST

Sertai Kempen Derma Darah di Masjid At Taqwa, Paroi, Seremban pada Sabtu 10 Jan 2015 dari 10 pg hingga 5 ptg sempena Mini Karnival Keluarga Milenea peringkat N.Sembilan




Gunting rambut percuma

Posted: 04 Jan 2015 06:14 AM PST


Gunting rambut percuma
3 Januari 2015

SEREMBAN - Bagi membantu meringankan beban ibu bapa membuat persediaan anak ke sekolah tidak lama lagi, Pas menganjurkan program gunting rambut percuma di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi.

Program anjuran bersama Dewan Pemuda Pas Rembau dan Dewan Muslimat Pas Rembau itu melibatkan 150 pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan di Dun berkenaan.

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, dengan cara itu dapat memastikan pelajar berada dalam keadaan kemas apabila masuk sesi persekolahan nanti.

"Program ini merupakan kesinambungan daripada program Kembali Ke Sekolah yang kita buat sebelum ini iaitu penyampaian barangan persekolahan kepada anak-anak daripada keluarga terpilih yang kurang berkemampuan.

"Program gunting rambut ini adalah fasa yang kedua daripada program itu dan seramai 150 orang pelajar menerima kupon membolehkan mereka pergi menggunting rambut di lokasi terpilih berhampiran," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, tiga lokasi ditetapkan iaitu di Senawang, Paroi dan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al-Hikmah Taman Tuanku Jaafar.

"Kos menggunting rambut seorang pelajar saja sekitar RM6 atau RM7 dan dengan sumbangan sedikit ini ia dapat membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan, terutama mereka yang mempunyai ramai anak," katanya.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan