Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 24 Januari 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Kehadiran PAS di tempat pengebumian non Muslim suatu kejutan

Posted: 24 Jan 2015 11:32 AM PST

PAS hadiri pengebumian keluarga Non Muslim

MIRI - Baru-baru ini, pimpinan PAS bersama dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Miri yang diketuai oleh setiausahanya Mr Yeo Kian Leong menghadiri ke tempat pengebumian non Muslim di Riam.

Mr Kho sekeluarga, rakan serta masyarakat Cina yang hadir pada majlis itu terkejut dengan kunjungan pemimpin dan ahli PAS yang sudi datang melawat mayat anak lelakinya yang juga merupakan OKU yang mati di hospital Miri baru-baru ini.

PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Kho atas kematian anak lelakinya dan PAS ingin membuktikan bahawa PAS bukanlah parti yang ekstrem serta perkauman seperti anggapan sesetengah pihak sehingga tidak ada sikap toleransi dengan masyarakat non Muslim.

Kita berharap salah faham sesetengah masyarakat yang belum mengenali PAS secara dekat seharusnya jangan menghukum sesuatu sebelum mengenal sesuatu. Tidak kenal maka tidak cinta adalah bermaksud kita perlu mengenali seseorang dengan lebih rapat agar kita tahu apa sebenarnya matlamat perjuangan seseorang itu.

Islam tidak melarang umatnya bergaul dengan semua bangsa dan agama selagi tidak bercanggah dengan akidahnya. PAS sentiasa bersama dengan semua golongan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

PAS attended Non Muslim family funeral

MIRI - Recently, PAS leader with PAS supporters' congress (DHPP) Miri led by its secretary Mr Yeo Kian Leong attend to non Muslim burial place in Riam.

Mr. Kho whole family, friends and the Chinese community who attended at the event were surprised by the visit of PAS leaders and members who were willing to come to the funeral of his son who is also a disabled person die in hospital Miri recently.

PAS expressed condolences to Mr. Kho family on the death of his son and PAS wants to prove that PAS is not an extreme party and racist as some of the assumptions that no tolerance with non Muslim communities.

We hope the misunderstanding of some community that not knows PAS closely should not judge something before getting to know something. Do not know then do not love is means we need to know someone with more closely so that we know what the real objectives of a person.


Islam does not prohibit its followers mix with all races and religions as long as does not conflict with his religious belief. PAS is always with all groups regardless of race, religion and political affiliation.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan