Pengikut

Nuffnang

Selasa, 13 Januari 2015

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Masalah Parkir Di Hospital Umum Miri Yang Belum Selesai

Posted: 13 Jan 2015 05:28 PM PST

Masalah Kekurangan Parkir Di Hospital Umum Miri Perlu Diatasi Segera
 
MIRI – Masalah kekurangan parkir di Hosiptal Umum Miri menyebabkan ramai pemandu meletak kereta mereka di lorong atau dipinggir jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas.

Disebabkan kekurangan tempat parkir menyebabkan ada juga para pemandu terpaksa meletakkan kenderaan  mereka di luar pagar hospital terutama waktu kemuncak.

Kadang-kadang mereka terpaksa parkir berdekatan dengan bangunan hospital untuk menghantar pesakit yang terlalu sukar untuk berjalan jauh akibat tiada parkir yang berdekatan.

Kawasan parkir di dalam kawasan Hospital Miri patut ditambah lagi untuk mengelak para pemandu meletak kenderaan mereka sebarangan yang boleh menyebabkan kesesakan lalulintas dalam kawasan hospital.

Kita perhatikan waktu paling sesak ialah ketika waktu pulang dari pejabat dimana kenderaan berderet panjang untuk keluar dari kawasan hospital.

Pihak Hospital Miri seharusnya mencari tapak baru yang sesuai untuk menampung kawasan parkir dalam kawasan hospital untuk mengelak kesesakan lalulintas.

Kita cadangkan ada kawasan yang mungkin sesuai yang terdapat disebelah kawasan surau Hospital Miri yang boleh digunakan sebagai kawasan parkir tambahan.

Harap perkara ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak hospital agar masalah kekurangan parkir di Hospital Umum Miri dapat diatasi dengan segera dengan menambahkan lagi tapak baru yang sesuai untuk memudahkan para pemandu meletakkan kenderaan mereka dengan sewajarnya.

Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini dari berpanjangan amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Problem of Shortage Parking in Miri General Hospital Should be Solved Immediately

MIRI - Shortage of parking in Miri General Hosiptal cause many drivers parking their cars in the passageway or alongside a road was causing traffic jams.

Because of the limitations of parking spaces cause there is also the drivers had to park their vehicles outside the fence of hospital especially peak hours.

Sometimes they had to park near the hospital building to send patients that is too difficult to walk far due to no parking nearby.

Parking areas within the Miri Hospital should be increased again to avoid the driver park their cars anywhere which can cause traffic congestion in the hospital area.

We notice the most congested time is when the time came back from the office where a long line of vehicles to exit from hospital area.

Miri Hospital should find new sites that suitable to accommodate parking areas within the area of the hospital to avoid a traffic jam.

We suggest that there are areas that may be appropriate the next area to Miri Hospital Surau which can be used as additional parking areas.

Hope the matter gets the attention it deserves from the hospital that the shortage of parking in Miri General Hospital was quickly suppressed by adding another new site to ease the drivers to park their cars accordingly.

Cooperation with the relevant authorities to tackle this problem from prolonged is greatly appreciated.
 

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan