Pengikut

Nuffnang

Rabu, 28 Januari 2015

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


Janji kerajaan untuk penepatan semula Mangsa Tsunami Kuala Muda belum dikotakan

Posted: 28 Jan 2015 06:33 AM PST


Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
KUALA MUDA - 28 Januari 2015

Dewan Pemuda PAS Sungai Petani telah menziarahi mantan Ketua JKKK Kampung Tepi Sungai untuk menggariskan semula isu peruntukan penempatan semula bagi penduduk sepanjang kawasan tsunami di Kuala Muda.

Adalah suatu yang mengejutkan apabila En Ismail Osman 59 tahun yang merupakan Pengerusi JKKK semasa tragedi berlaku pada waktu Zohor 26 Disember 2004 mengatakan bahawa sehingga kini pemindahan bagi fasa kedua mangsa tsunami tdak dilakukan sdbaliknya dibina kepada pihak yang dianggap tidak memerlukan perumahan berkenaan.

" Selepas tsunami, Menteri Besar Kedah 2004 Dato' Seri Syed Razak dan ADUN Pantai Merdeka Dr Shuib Saidin (Exco perumahan) telah gazetkan tanah 150 Hektar untuk buat penempatan baru rakyat yang musnah dan yang berpotensi terkena semula tsunami. Malah Dato' Seri Abdullah Badawi ketika itu yang mengisytihar untuk penempatan semula. Akibatnya pemindahan Fasa 1 sebanyak 100 keluarga yang rumahnya musnah teruk/lenyap dipindahkan ke rumah sementara di Taman Permatang Keratong (kini rumah kekal/elok). Manakala pihak kami yakni Fasa 2 iaitu sebanyak 200 keluarga yang tinggal di persisiran pantai walaupun rumah tidak lenyap tetapi rosak teruk serta BERPOTENSI kena tsunami semula. Kami dijanjikan akan diberi juga penempatan untuk mengelak tragedi yang mengundang maut berkenaan" jelas beliau sambil menyatakan bahawa rumah penduduk Fasa dua hanya sekitar 30-50 kilometer sahaja daripada gigir air laut.

Menurut beliau juga bahawa 6 kampung terlibat dalam Fasa 2 adalah Kg Tepi Sungai, Kg Kepala Jalan, Kg Padang Salim, Kg Hujung Matang, Kg Paya dan Kg Sg Yu.

Kami akan terkejut kerana pihak kerajaan persekutuan ketika itu telah membina Fasa 2 di Kuala Muda kepala Batas Seberang Perai (kawasan Perdana Menteri ketika itu) dan bukannya di Kuala Muda Kedah. Sebenarnya 450 keluarga yang berpotensi kena tsunami di Kuala Muda Kepala Batas berpindah ke perumahan baru (dinamakan Taman Desa Kuala Muda Kepala Batas) akan tetapi hanya 11 rumah sahaja yang musnah di Kuala Muda Kepala Batas malah tempat mereka kurang berisiko sepertimana di persisiran pantai Kuala Muda Kedah.

" Pihak kami telah berusaha pelbagai cara, menghantar surat ke Putrajaya, malah UMNO cawangan Kg Tepi Sungai telah beberapa kali keluarkan usul agar UMNO bahagian menyuarakan pandangan rakyat dan kehendak mangsa. Kami juga berjaya mendapat maklumbalas daripada JPM kepada JKK pada 19 Julai 2010 dan dinyatakan dalam surat berkenaan bahawa permintaan rakyat dalam perhatian dan pertimbangan tetapi hingga kini taiada tindakan. Pihak kami juga berjaya mendapat surat sokongan Dato' Seri Jamil Khir" tambah beliau.

"Kami mohon isu ini jangan dipolitikkan dan tujuan pihak kami menyuarakan suara agar pihak Pemuda PAS juga dapat membantu menyuarakan hal kebajikan kami", tambah Ibrahim Latif (29 tahun ) adik ipar Ismail Osman sambil memuji kejujuran Unit Amal yang membersih rumah mereka tanpa mengambil satu peralatan milik mangsa.

Pihak kami akan terus membantu menyuarakan suara rakyat dan berharap kerajaan mengotakan janji kepada segelintir rakyat marhain ini kerana mereka juga rakyat dan pengundi di Malaysia.






0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan