Pengikut

Nuffnang

Isnin, 19 Januari 2015

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


PELAJAR PASTI SUNGAI PETANI MELONJAK NAIK 7.6 PERATUS TAHUN 2015

Posted: 19 Jan 2015 05:06 AM PST

PELAJAR PASTI SUNGAI PETANI MELONJAK NAIK 7.6 PERATUS TAHUN 2015

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

SUNGAI PETANI - 19 Jan 2015
Antara produk terulung Parti islam PAS adalah PASTI atau nama penuhnya Pusat Asuhan Tunas Islam yang telah ditubuhkan sejak era tahun 1980an.

PAS Sungai Petani juga tidak ketinggalan dalam menyediakan institusi pendidikan dan tarbiah awal kanak-kanak ini malah peningkatan jumlah pelajar yang mendaftar di PASTI kawasan Sungai Peani meningkat sebanyak 7.6 peratus berbanding tahun 2014.

" Pada tahun ini jumlah pelajar yang menyertai PASTI adalah seramai 1114 orang iaitu pecahan umurnya 4 tahun seramai 179 orang, 5 tahun 474 orang manakala umur 6 tahun seramai 461 orang pelajar berbanding jumlah 1035 orang pelajar pada tahun lalu" menurut Saudara Izwan selaku ketua Dewan pemuda PAS Sungai Petani.

" PASTI menekankan konsep pendidikan seimbang yang menerapkan ibadah, fardu ain, akhlak dan etika, ilmu duniawi dan sains serta kepimpinan untuk melatik pemimpin ummah yang berkualiti kelak. Hal ini bertepatan dengan konsep Tarbiatul Awlad yang disarankan oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan seorang pendakwah dan penggerak Islam antarabangsa", tambah Izwan.

Jumlah PASTI juga meningkat daripada 26 buah ke 29 buah apabila 3 PASTI baru telah dibuka iaitu di Taman Keladi, Bandar Puteri Jaya HillPark dan Bandar Seri Astana.

PASTI Sungai Petani sepertimana PASTI lain di negeri Kedah kini terus berusaha untuk menghasilkan guru yang berkarisma, berilmu dan berkemahiran melalui Kursus Perguruan PASTI, Kursus First Touch sehinggalah menyediakan Kursus Diploma Perguruan PASTI. PAS memang berpengalaman dalam menyediakan sistem Diploma dalaman untuk pemantapan ilmu ahlinya setelah bertahun berpengalaman menyediakan Diploma ILHAM kepada para ahli.

Rata-rata guru sekolah sekitar Sungai Petani berpuas hati dengan produk generasi keluaran PASTI kerana ketrampilan serta kepimpinan yang ditonjolkan oleh para pelajar.
















0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan