Pengikut

Nuffnang

Selasa, 23 Disember 2014

Rembau Hari Ini

sumber :-

Rembau Hari Ini


Eropah Bukti Sejarah Parang Rembau dalam catatan sejarah Eropah

Posted: 22 Dec 2014 08:37 PM PST



The arms manufactured by the Bugis are in great repute among the Malays ; also those made at Menangkabowe, particularly the matchlocks and swords ; and those of Rumbowe in the Peninsula. Rumbowe is celebrated for a particular sort of kris, called " GULOH RUMBOWE (GOLOK REMBAU)."

The Malays of Malacca ascribe the introduc tion of the kris to the celebrated Hong Tuah, who flourished in the reign of Mansur Shah, Sultan of " At Menancabo excellent poniards made, called creeses ; best weapons of all the Orient." (Argensola, 1609.) http://www.vikingsword.com/vb/printthread.php?t=8013

PARANG HASIL SENI ANAK REMBAU MASA KINI 





Cantik, menawan, halus, tajam. Amat sesuai untuk kerja menyembelih, melapah dan menyiang.

Siapa sangka parang dan pisau ini ialah hasil tangan anak Rembau di Kg Penajis. Kg. Penajis ialah tempat pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama Raja Melewar pada tahun 1777.

Berminat untuk memiliki Parang/Pisau Rembau ini? Hubungi Firdaus 0136649090

Tahniah anggota IPD Rembau

Posted: 22 Dec 2014 08:36 PM PST



23 Dis 2014 Rembau: Sepasang kekasih paling dikehendaki polis kerana terbabit 12 jenayah ragut dan curi motosikal di negeri ini akhirnya ditangkap di sebuah kondominium mewah di Teluk Kemang, Port Dickson, dekat sini, Rabu lalu.

Dalam serbuan jam 7.20 pagi oleh pasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, pasangan itu cedera ketika cuba melarikan diri dengan terjun dari tingkat lima kondominium itu.

Akibatnya, suspek wanita berusia 17 tahun itu koma selepas cedera di kepala selain patah kedua-dua kaki dan dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban.

Teman lelakinya yang berusia 22 tahun pula patah kaki kiri dan ditahan di lokap selepas menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Ibrahim Sharif berkata, suspek menyewa kondominium itu pada Mei lalu dan sejak itu aktif melakukan samun serta ragut di sekitar Port Dickson, Seremban dan daerah ini.

Menurutnya, ketika serbuan ada lima lagi penyewa lain iaitu empat lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 18 hingga 25 tahun berada di ruang tamu rumah.

"Kedua-dua suspek yang berada di bilik tidur cuba melarikan diri melalui balkoni sebaik menyedari kehadiran polis namun suspek perempuan terjatuh dari tingkat lima kondominium selepas tangannya terlepas daripada genggaman teman lelaki," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan IPD Rembau, di sini, semalam.

Ibrahim berkata, empat rakan mereka turut ditahan kerana positif heroin manakala wanita berusia 20 tahun dibebaskan.

Katanya, siasatan mendapati kedua-dua suspek terbabit dengan 12 kes samun dan ragut di sekitar Port Dickson, Seremban dan daerah ini dengan laporan polis terakhir dibuat pada Rabu lalu.

Menurutnya, dalam kejadian itu, pasangan penjenayah itu meragut rantai emas milik peniaga kedai runcit bernilai RM2,500 di Taman Pedas Indah, dekat sini.

Ibrahim berkata, suspek lelaki tidak bekerja dan mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes rogol dan curi motosikal pada tahun lalu.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan