Pengikut

Nuffnang

Rabu, 31 Disember 2014

PAS Negeri Sembilan

sumber :-

PAS Negeri Sembilan


Siapa Majikan Mereka? Ceroboh hutan, tebang pokok secara haram

Posted: 31 Dec 2014 01:28 AM PST




Ceroboh hutan, tebang pokok secara haram
31 Disember 2014

SEREMBAN – Akibat melakukan pencerobohan Hutan Simpan Pasoh Jelebu, dan menebang 108 pokok secara haram pada 19 Disember lalu, dua warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Kamarudin Kamsun membuat keputusan itu selepas tertuduh, Anuar Puadi Sukarmin, 24, dan Nurul Ikhlas Kamiludin, 22, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.

Ketika rayuan kedua-dua tertuduh memohon supaya menerima hukuman ringan dan menyatakan mereka ditipu serta menjadi 'kambing hitam' dalam kes itu serta memohon supaya majikan mereka turut dipertanggungjawabkan.

Suami isteri parah ditetak penyamun di Lebuhraya PLUS

Posted: 31 Dec 2014 01:27 AM PST



SEREMBAN 30 Dis. 2014 - Sepasang suami isteri yang dalam perjalanan dari Perak menuju ke Singapura berhadapan pengalaman menakutkan apabila mereka disamun dan ditetak seorang lelaki di Kilometer 246, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.59 pagi itu, mangsa, Chong Kar How, 24, cedera di kepala, telinga kanan dan tapak tangan kiri sementara isterinya, Wong Wei Yan, 24, pula ditetak di belakang kepala.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, kedua-dua mangsa dari Perak itu kini dirawat di Bahagian Kecemasan Hospital Tuanku Ja'afar dekat sini.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa sebelum itu terlibat dalam kemalangan selepas kereta jenis Honda City dipandu Kar How terbabas di lokasi kejadian.

"Mangsa kemudian dipercayai didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna putih dengan bumper depan kereta berwarna hitam dan terus menetak mangsa.

Difahamkan, mangsa setakat ini rugi RM600 manakala kerugian barangan lain belum dikenal pasti.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan