Pengikut

Nuffnang

Isnin, 29 Disember 2014

PAS Negeri Sembilan

sumber :-

PAS Negeri Sembilan


Siasat projek tanaman sawit

Posted: 29 Dec 2014 12:09 AM PST




Siasat projek tanaman sawit
29 Disember 2014

SEREMBAN – Pemuda Pas Negeri Sembilan meminta kerajaan negeri menyiasat projek tanaman kelapa sawit berhampiran Rumah Rakyat Selaru, Kuala Pilah, yang dipercayai tidak mengikut spesifikasi ditetapkan sehingga mengundang banjir lumpur.

Ketuanya, Norazman Mohamad berkata, maklumat itu diperolehi daripada penduduk di kawasan itu pada kejadian Jumaat lalu, selain pernah disuarakan pada kempen pilihan raya umum lalu.

"Isu ini bukan perkara baru sebab saya difahamkan penduduk sendiri pernah buat aduan kepada pihak berkenaan, tapi seolah-olah tidak diberi perhatian.

"Pemuda Pas mendesak siasatan segera mengenai projek itu dibuat. Kalau ia tidak sah, minta dihentikan dan jika tidak, pihak berwajib perlu pastikan projek itu mengikut spesifikasi ditetapkan agar tidak beri kesan buruk kepada penduduk," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Norazman berkata, dia difahamkan kejadian banjir lumpur seperti itu bukan kali pertama berlaku, malah kejadian kali ini paling teruk apabila banjir lumpur mencecah buku lali.

Akibat kejadian itu, katanya, penduduk turut membuat laporan polis meminta siasatan segera dilakukan terhadap projek tersebut.

"Kasihan penduduk sebab mereka yang terpaksa menanggung susah bukan sahaja ketika banjir, tapi juga selepas banjir kerana perlu membersihkan kawasan rumah kesan kejadian berlaku," katanya.

Terdahulu, Pemuda Pas negeri menerusi Unit Amal telah membantu kerja-kerja pembersihan di rumah mangsa terlibat, selain turut menghantar bantuan makanan.

Gagal samun pasar raya

Posted: 29 Dec 2014 12:08 AM PST



Gagal samun pasar raya
29 Disember 2014

SEREMBAN – Cubaan tiga penjenayah menyamun semua pasar raya di Taman Lavender Height, Senawang, di sini, semalam gagal apabila dikesan anggota polis yang sedang melakukan rondaan.

Dalam kejadian kira-kira 1.50 pagi itu, kesemua suspek bersenjatakan dua bilah parang dan kuku kambing serta memakai topeng menyelinap masuk premis berkenaan sebelum mengikat dua pengawal keselamatan dalam bilik kamera litar tertutup (CCTV)."

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, ketika kejadian, dua mangsa berusia 50 dan 59 tahun sedang berada di dalam bilik CCTV, namun dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu.

"Mangsa yang cuba membuka pintu terkejut sebaik sahaja pintu dirempuh suspek yang meluru masuk lalu mengikat mereka.

"Seorang mangsa cuba melawan, namun ditumbuk pada mata dan mereka diarah duduk di dalam bilik CCTV itu sambil dikawal seorang suspek. manakala dua lagi keluar," katanya.

Muhamad Zaki berkata, ketika itu, anggota polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) yang melakukan rondaan sambil membuat rutin pemeriksaan menyedari kehadiran suspek.

Menurutnya, kesemua suspek bertindak melarikan diri tanpa sempat mengambil apa-apa di dalam premis tersebut.

"Polis mengejar suspek dan turut meminta bantuan dari unit lain tetapi gagal. Ketika itu suspek lari secara berasingan dan tidak menggunakan kenderaan.

"Usaha mengesan suspek masih dilakukan dengan turut meneliti rakaman CCTV premis. Kes disiasat di bawah Seksyen 393 kerana cubaan samun," katanya di sini, semalam.

Jambatan runtuh di Kampung Bukit Temensu

Posted: 29 Dec 2014 12:08 AM PST




Jambatan runtuh di Kampung Bukit Temensu
29 Disember 2014

KUALA PILAH - Jambatan utama ke Kampung Bukit Temensu di sini ditutup berikutan runtuh akibat banjir yang berlaku pada 26 Disember lalu.

Orang ramai dinasihatkan mengunakan laluan alternatif untuk memasuki kampung berkenaan.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan