Pengikut

Nuffnang

Rabu, 24 Disember 2014

PAS Negeri Sembilan

sumber :-

PAS Negeri Sembilan


Jabatan Amal N.Sembilan gerak ahli bantu mangsa banjir

Posted: 23 Dec 2014 11:22 PM PST




Seremban 24 Dis 2014 – Jabatan Amal Negeri Sembilan (JAN9) telah mengarahkan semua ahli JAN9 bersiap sedia untuk membantu mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Sekiranya banjir reda nanti menjelang minggu depan, JAN9 akan menghantar ahlinya untuk melakukan kerja pembersihan rumah penduduk yang terjejas teruk di Pahang pada 1, 2 dan 3 Januari 2015, demikian menurut Sdr Izamri bin Med selaku Pengarah JAN9.

Antara peralatan yang telah ada pada ketika ini ialah 2 unit water jet, 2 gelung hos getah 20 meter, 2 extension wire 20 meter, 5 batang penolak air, 2 cangkul dan 1 sekop. Pihak JAN9 memerlukan lagi 3 unit water jet, 3 gelung hos getah 20 meter, 3 extension wire 20 meter, 10 batang penolak air, 4 cangkul dan 2 sekop.

Pihak JAN9 baru-baru ini menerima sumbangan bot kecil untuk misi bantuan mangsa banjir. Sehubungan dengan itu JAN9 memerlukan juga 1 unit enjin bot baru atau terpakai.

Antara sumbangan makanan dan minuman yang sedang dikumpulkan oleh pihak JAN9 ialah :
- Biskut dalam tin
- Sardin dalam tin
- Kari ayam/daging dalam tin
- Susu tin
- Pembuka tin
- Air mineral botol 1.5 liter
- Lampin pakai buang bayi
- Lampin pakai buang dewasa

Kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan sila hubungi :
Pengarah JAN9, Izamri Med , Tel 013-2124086 , Whatsapp 013-6894223
Setiausaha JAN9, Saiful, Tel/Whatsapp 013-6840323

Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun :
Jabatan Amal Negeri Sembilan
Bank Islam : 05012010081166

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan