Pengikut

Nuffnang

Selasa, 23 Disember 2014

PAS Negeri Sembilan

sumber :-

PAS Negeri Sembilan


Gadis dirompak, dipukul hampir dirogol di Stesen Komuter N.Sembilan pd 18.12.14

Posted: 22 Dec 2014 11:15 PM PST




Assalamualaikum dan hi semua. Ketika saya menaip kisah ini, tangan masih menggigil, fikiran masih terbayang-bayang apa yang terjadi malam itu. Saya ingin berkongsi pengalaman tragik, kisah balik kerja yang selalunya gembira bertukar menjadi pengalaman ngeri yang pasti tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.

Pada malam Jumaat 18/12/2014 sekitar jam 9.45pm, saya telah dirompak, dicederakan, dan hampir dirogol di dalam kereta sendiri di kawasan parking stesen KTM Batang Benar, Nilai. Ye ini kisah benar, di laluan seharian saya pergi balik kerja, siapa sangka ada mata yang memerhati. Siapa yang biasa naik komuter di stesen KTM Batang Benar akan tahu betapa sunyinya kawasan tersebut especially pada waktu malam, dan kalau dapat parking dekat belakang memang akan tahu betapa jauhnya kawasan parking tu macam dekat hujung dunia. Even setiap pagi datang seawal pukul 7 lebih macam tu, parking bahagian depan memang dah sentiasa penuh jadinya setiap hari memang akan dapat parking yang nun jauh ke belakang. Kalau balik malam, memang tawakkal lah masa jalan nak pergi parking.

Malam tu, balik kerja macam biasa. Sampai stesen, jalan macam biasa jugak sambil bawak beg laptop dan handbag pergi parking. Tak sangka rupanya ada yang dah aim. Dipendekkan cerita, saya masuk je kereta, start enjin, tiba-tiba sebuah kereta kancil putih WGR7586 park dekat sebelah. Keluar seorang lelaki india, berhelmet, pakai glove pecahkan cermin kereta bahagian driver dengan hammer. Kejadian berlaku sangat pantas, saya melawan tetapi dia berjaya merampas beg laptop saya dan juga handbag yang mengandungi beg duit dan dokumen pengenalan diri. Saya membunyikan hon tetapi ditumbuk kerana melawan. Bila barang dah kena amek, i thought it was over but i was wrong saya baru sedar yang kunci kereta saya ada dengan dia. Saya merayu agar dipulangkan kunci kereta tapi dia ugut suruh saya duduk ke seat sebelah kalau saya nak selamat, saya refused tetapi saya ditumbuk lagi dan dia masuk dalam kereta dan menarik tudung saya dengan kasar. Allahu allah. Di seat yang sama dia drive kereta saya ke hujung kawasan parking dengan niat ingin merogol. Saya menjerit masih cuba untuk melawan tetapi saya dicekik, ditumbuk, dan ditekup hidung agar susah untuk bernafas. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa masa tu, saya sangat takut kerana saya sudah tiada kekuatan lagi untuk melawan. Ya Allah tolonglah hambamu ini, saya berdoa dan bertawakal. In within few seconds, tiba-tiba orang jahat tu melarikan diri. Alhamdulillah, Allah selamatkan diri saya dari dirogol dengan menghadirkan train yang kebetulan sampai di stesen pada waktu itu. Alhamdulillah syukur diri ini selamat.

Dan alhamdulillah handphone saya masih berada dengan saya pada waktu itu. Saya call ayah dan juga pihak Polis. Okay guys as a reminder tolong simpan nombor polis area rumah anda. Silap saya tak simpan nombor polis dan hanya dial 999 jadinya agak lambat proses untuk mendapat bantuan tu. Yes my bad. Mujur ayah saya sampai dahulu di tempat kejadian. Beberapa minit kemudian polis pun sampai dan saya diarah untuk pergi membuat laporan di Balai Polis Nilai. Alhamdulillah laporan pertama selesai dibuat cuma apa yang saya kesalkan apabila saya diminta untuk berjumpa dengan seorang inspektor wanita untuk laporan kedua, insp itu menyuruh saya tunggu kejap kerana dia cakap ada kerja yang dia kena buat whereby she needs to submit it before 12.00 am. Masa tu dah pukul 11 lebih. Saya faham pihak polis sangat sibuk, banyak laporan diterima setiap hari tetapi dalam hati saya terdetik tak penting ke kes saya ni. Tidak mengapa saya menunggu dan setelah kerjanya selesai saya diminta bercerita kembali mengenai kejadian yang berlaku tadi. Okay selepas itu, saya diarah untuk ke crime scene. Di sana, macam biasa gambar kereta diambil dan alhamdulillah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga apabila ada beberapa evidence yang ditinggalkan orang jahat tu. Cuma soalan saya kenapa polis tidak memakai glove semasa mengambil evidence, kenapa tidak diletakkan di dalam plastik yela macam yang kita selalu tengok dalam tv kan. Saya hanya mendiamkan diri, mungkin mereka lebih arif akan hal ini. Setelah polis pergi, saya terjumpa lagi 2 evidence iaitu cebisan glove (bahagian jari) yang dipakai orang jahat tu dan pisau. Saya pergi semula ke balai polis tadi. Cuma agak kecewa bila polis cakap, "Laa pakai glove ke?" And I was like saya rasa saya dah beritahu semasa diambil keterangan dan walaupun dia pakai glove manalah tahu sebelum dia pakai dia ada pegang evidence tersebut kan? Dan cebisan glove yang saya jumpa tu adalah cebisan bahagian jari jadi mungkin ada possibilty boleh kesan cap jari. Ke anggapan saya ni salah? Selain itu, saya ingat stereng kereta saya akan diperiksa kesan cap jari, tetapi tidak. Hmm saya kurang arif mengenai hal ini, maafkan saya kalau teori saya ni salah dan bukan niat saya ingin mempersoalkan kerja polis, saya cuma tertanya-tanya kenapa. Mungkin mereka lebih mengetahuinya.

Dear Malaysians, walaupun laporan polis telah dibuat tetapi saya berharap agar anda dapat membantu saya mencari WGR7586, PERODUA KANCIL PUTIH. Polis mengatakan bahawa kereta tu kereta curi, walaupun kereta curi tapi sekurang-kurangnya kalau jumpa kereta itu balik at least tuan punya kereta yang sebenar dapat balik kereta dia yang hilang tu. Sekali lagi, tolong laporkan kepada mana-mana balai polis berhampiran jika ternampak kereta PERDOUA KANCIL PUTIH WGR7586. Suspek merupakan seorang lelaki india, kurus, ketinggian sederhana. Tolong bantu saya membantu pihak polis menyelesaikan kes ini.

One more thing, kepada pihak pengurusan KTM Batang Benar, sampai bila nak biarkan kawasan parking tu macam tu? Saya diberitahu kes ini bukan yang pertama. Untuk makluman, emak saya telah datang ke kaunter KTM kerana saya memberitahu di situ ada CCTV so maybe we could figure out something. Jadi emak saya menceritakan kembali apa yang terjadi malam tersebut kepada petugas kaunter. Yang menariknya bila nak suruh replay balik, mula-mula remote rosak lah, lepas tu bila dah betulkan remote still tak boleh nak replay balik. Sampai ke sudah tak boleh nak buat apa. Yes the CCTVs are functioning tapi "live" macam tu jela tak boleh nak search history. So semua CCTV yang ada tu are for display only ke? Apa guna ada CCTV kalau macam kan. Saya menaiki komuter dari Batang Benar ke KL Sentral hampir setiap hari dan ramai juga yang menggunakan kemudahan servis komuter ini. Jadi saya sangat berharap agar ada tindakan yang diambil dan kejadian seumpama ini dapat dielakkan. Ye, petugas kaunter cakap akan buat report, tetapi jangan sekadar report je please take some action tolong jangan lepas tangan. Dulu ada RELA yang jaga kejap dalam sebulan dua kalau tak silap saya, tetapi dah lari kerana katanya pihak pengurusan tak membayar gaji mereka. Jadi adakah kerana sikap pentingkan diri sesetengah pihak, keselamatan pengguna dibiarkan begitu sahaja? Macam tu? Adakah saya kena report dekat program 999, panggil Hazlin Hussain datang baru semua nak turun padang?

Mungkin pada pandangan sesetengah pihak kes saya ni kecil, tetapi saya memohon agar penjenayah tersebut dapat ditangkap segera. Dan saya juga berharap agar aspek keselamatan di kawasan KTM Batang Benar, Nilai dapat dipertingkatkan. Apa yang terjadi pada saya sangat mengerikan, saya berharap semua di luar sana terutama kaum wanita agar lebih berhati-hati. Silap saya kerana sudah biasa balik kerja malam dan tak rasa takut sebelum ni, tetapi kesilapan itulah yang mencederakan diri saya. Syukur ke hadrat illahi, saya masih diberi peluang untuk terus menjalani kehidupan di bumi Allah ini, masih bersama insan tersayang yang banyak memberikan sokongan moral. Walaupun masih trauma, tetapi saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ingat tau, keselamatan diri dan nyawa kita sangat berharga! Sayangi diri, ingatlah orang tersayang.

Semoga kita sentiasa dibawah lindungan Allah.

Wassalam.

Sumber :

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan