Pengikut

Nuffnang

Isnin, 15 Disember 2014

PAS Negeri Sembilan

sumber :-

PAS Negeri Sembilan


Tahap pemikiran seorang Ketua Kampung di N.Sembilan

Posted: 15 Dec 2014 07:08 PM PST




16 Disember 2014 PORT DICKSON -"Tindakan saya adalah waras, bukannya tindakan yang melulu dan tanpa usul periksa," kata Ketua Kampung Jimah Shafie Alwie ketika di tanya tentang tindakannya menegur kunjungan PKR di ketuai Adun Port Dickson, M Ravi ke rumah salah seorang mangsa banjir di Kampung Jimah Lama sebelum tercetus kekecohan.

Menurutnya, dia sebagai orang yang bertanggungjawab di kampung berkenaan mengambil tindakan sedemikian untuk memastikan orang luar yang tidak tahu apa-apa mencampuri urusan kampungnya.

"Sebelum datang ke rumah mangsa banjir itu, saya telah berbincang dahulu dengan beberapa ahli jawatan kuasa kampung termasuk memaklumkan kepada polis tentang apa yang hendak saya lakukan iaitu menegur rombongan PKR itu.

"Kedatangan mereka ke kampung ini hanya sia-sia dan memberi gambaran yang salah tentang kampung kerana sememangnya mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku di kampung ini. Mereka adalah orang luar," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Shafie berkata, dia tidak mencabar mana-mana pihak dan niatnya kelmarin adalah hanya untuk mempertahankan kampungnya dari unsur licik.

Shafie memberitahu, penduduk yang dikunjungi PKR adalah salah seorang mangsa banjir yang telah banyak kali menerima bantuan daripada pelbagai pihak sama ada kerajaan mahupun swasta.

"Benar mereka memang keluarga yang susah dan perlukan bantuan namun bantuan yang disalurkan adalah untuk meringankan beban sama seperti mangsa banjir yang lain dan bukannya untuk terus menjadikannya kaya," katanya lagi.

Sebanyak 44 buah rumah di Kampung Jimah Lama terlibat dengan kejadian banjir kilat baru-baru ini.

Kerajaan N.Sembilan tak cukup wang atasi masalah tebing runtuh

Posted: 15 Dec 2014 07:08 PM PST



16 Disember 2014 SEREMBAN – Kerajaan negeri  memohon peruntukkan kerajaan persekutuan bagi membantu masalah hakisan dan tebing runtuh di negeri ini. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, peruntukkan bantuan bencana alam itu diperlukan berikutan kerajaan negeri tidak mempunyai kewangan yang cukup bagi menampung masalah tebing runtuh akibat musim tengkujuh.

"Banyak tebing sungai runtuh, ada yang berhampiran rumah, dapur retak dan macam-macam lagi kesan daripada hujan lebat dan banjir yang berlaku.

"Kalau ikutkan kemampuan kewangan kerajaan negeri ibarat kain pelekat pendek, tarik ke atas nampak lutut, tarik ke bawah nampak pusat. Kosnya amat tinggi dan kita terpaksa buat permohonan kepada kerajaan pusat," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri akan memohon pertimbangan perdana menteri agar masalah melibatkan banyak tempat itu dapat dibantu segera.

"Kita sedang mengumpulkan semua kawasan terlibat bencana ini dan ia akan dibuat secara holistik dan bukan berkelompok.

"Kos untuk membaiki tebing runtuh ini menelan belanja besar dan kita tidak mampu. Kalau kita buat di Sikamat, orang di Kampung Panchor pula akan marah. Jadi, kita perlu buat secara menyeluruh," katanya.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan