Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 12 Disember 2014

PAS Negeri Sembilan

sumber :-

PAS Negeri Sembilan


Terpaksa hidup berjimat cermat

Posted: 12 Dec 2014 01:41 AM PST




Terpaksa hidup berjimat cermat
12 Disember 2014

GEMAS – Seorang isteri tabah menjaga suaminya yang terlantar sakit sejak lebih setahun lalu walaupun mereka tiga beranak hanya bergantung kepada bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

Khamisah Khamis, 47, berkata, dia tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa mengehadkan perbelanjaan harian berikutan suaminya, Muhammad Darus, 46, tidak boleh ditinggalkan seorang diri serta tidak mampu menguruskan diri sejak awal tahun lalu.

Disebabkan itu kata Khamisah, dia tidak dapat mencari pendapatan lain untuk keluarganya.

Katanya, dia juga terpaksa berjimat cermat bagi membeli keperluan lampin pakai buang serta susu buat suaminya.

"Akak terpaksa beri suami makan bubur kosong serta memberi susu khas yang bukan disyorkan oleh hospital kerana harganya jauh lebih murah. Rutin akak ini telah menyebabkan suami kurang zat sehingga berat badan suami dari 80 kilogram mendadak turun ke 39 kilogram.

"Bagaimanapun, akak tidak ada pilihan memandangkan hanya bergantuan pada bantuan itu sahaja. Akak juga mempunyai seorang anak (Muhammad Shahrul Nizam Muhammad, 15) yang masih bersekolah," katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di Taman Halacara Baru Londah, dekat sini, semalam.

Khamisah berkata, sebelum ini dia ada memohon bantuan bulanan dari Baitulmal bagi menampung perbelanjaan sekolah anaknya, namun permohonan itu tidak berjaya kerana suaminya telah menerima bantuan bulanan JKM.

Katanya, pada Mac lalu, suaminya ada menerima bantuan perubatan daripada Baitulmal bernilai RM1,500, namun ia digunakan untuk membeli mesin membuang kahak dan keperluan lampin serta susu suami.

"Mujur adik-beradik suami sering bertolak-ansur dan membantu kami sekeluarga untuk membeli makanan keperluan harian. Namun, akak tidak dapat memberi suami minum susu tujuh kali sehari, malah kadang-kala menggunakan plastik bagi menggantikan lampin pakai buang.


0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan