Pengikut

Nuffnang

Khamis, 11 Disember 2014

PAS Negeri Sembilan

sumber :-

PAS Negeri Sembilan


Kejutan awal pagi, keluarga rugi RM4,500

Posted: 11 Dec 2014 01:45 AM PST




Kejutan awal pagi, keluarga rugi RM4,500
11 Disember 2014

KUALA PILAH – Sebuah keluarga kerugian RM4,500 apabila rumah mereka di Kampung Kuala Jemapoh, di sini dimasuki empat lelaki bersenjata parang, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, kejadian itu disedari mangsa, Mohd Zakri Abu Bakar, 52, selepas terdengar dentuman kuat di tingkat atas rumah banglo dua tingkat miliknya.

Menurutnya, selepas itu, mangsa segera naik ke tingkat atas sebelum diacu parang oleh seorang lelaki yang memakai topeng muka.

"Mangsa yang ketakutan segera masuk ke dalam bilik di tingkat bawah sambil menghubungi talian 999 untuk melaporkan kejadian sebelum menjerit menyebabkan kesemua empat lelaki itu melarikan diri.

"Selepas itu, mangsa naik semula ke tingkat atas bagi mendapatkan tiga anaknya yang sedang tidur. Kesemua anak mangsa tidak cedera," katanya.

Azmi berkata, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan masuk ke kawasan rumah itu dengan memotong pagar di belakang rumah menggunakan alat pemotong.

"Selepas itu, dipercayai salah seorang daripada mereka memotong besi tingkap ruang tamu menggunakan pemotong besi sebelum membuka pintu tengah bagi membolehkan tiga lagi rakan mereka masuk," katanya.

Beliau berkata, selepas berjaya memasuki rumah mangsa, empat lelaki itu terlebih dahulu memecah masuk bilik anak perempuan bongsu mangsa menggunakan tong gas.

"Lelaki itu kemudian bertindak mengikat kaki dan tangan anak bongsu mangsa menggunakan dawai sebelum merampas telefon bimbitnya.

"Selepas itu, lelaki berkenaan memecah masuk pula bilik anak sulung perempuan mangsa juga menggunakan tong gas yang sama sebelum mengikat kaki dan tangan mangsa. Kemudian mereka merampas dua utas rantai milik mangsa serta sebuah telefon bimbit," katanya.

Katanya, lelaki itu juga melarikan sebuah telefon bimbit milik Mohd Zakri yang sedang dicas di ruang tamu rumah mereka.

"Menurut mangsa, keempat-empat lelaki berkenaan memakai topeng dan bersenjata dua bilah parang dan memakai sarung tangan," katanya.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan