Pengikut

Nuffnang

Selasa, 2 Disember 2014

PAS Negeri Sembilan

sumber :-

PAS Negeri Sembilan


KULIAH UMUM

Posted: 01 Dec 2014 11:57 PM PST




KULIAH UMUM
Penceramah : Tuan Guru Ustaz Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali
Tarikh : 5 Dis 2014, Jumaat
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : PASTI Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang

Polis bantuan hidap kanser rayu sumbangan

Posted: 01 Dec 2014 11:56 PM PST




Polis bantuan hidap kanser rayu sumbangan
2 Dis 2014

JEMPOL – Kehidupan seorang anggota polis bantuan yang menetap di Felda Palong 10 di sini berubah sekelip mata sejak setahun lalu apabila dia disahkan menghidap kanser kulit tahap empat.

Ekoran penyakit itu, Hairul Shahril Adan, 34, yang sudah berkahwin namun tidak mempunyai anak kini terlantar setelah lumpuh separuh badan selepas sebahagian daripada hati dan buah pinggangnya dijangkiti kuman.

Menurut bapanya, Adan Jaffar, 54, lebih malang terdapat satu bisul pada punggung kanan anaknya yang membesar sehingga beratnya mencecah enam kilogram.

"Dia telah menjalani pembedahan di Hospital Melaka bagi membuang bisul berkenaan namun keadaannya bertambah teruk," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Peneroka itu memberitahu, berikutan keadaan itu anaknya kini memerlukan bantuan katil boleh laras bagi memberi keselesaan selain memudahkan pemuda itu bergerak.

Katanya, sebelum ini Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abd. Samad te­lah menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda semasa melawat anaknya pada bulan lalu.

"Bagaimanapun anak saya tidak dapat menggunakannya. Sekiranya ada katil boleh laras sekurang-kurangnya dia dapat berbaring dan duduk dengan lebih selesa," katanya.

Jelas Adan, pendapatannya selain gaji isteri Hairul Sharil sebagai operator kilang di Melaka tidak mencukupi untuk membeli katil tersebut.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Adan di talian 019-2033 949.


0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan