Pengikut

Nuffnang

Rabu, 31 Disember 2014

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Jadikan Homestay Taman Hidupan Liar Di Kem Piasau

Posted: 30 Dec 2014 08:59 PM PST

Jadikan Kem Piasau Homestay dan Pusat Daya Tarikan Pelancongan ke Miri 

MIRI -  Kem Piasau merupakan tempat bersejarah bagi penduduk Miri. Dulu ianya didiami oleh ekspatriat bersama keluarga mereka yang bekerja dengan Shell dan mereka tinggal secara aman tanpa pagar di sekeliling rumah mereka di kawasan tepi pantai. Kebanyakan rumah-rumah kayu yang dibina pada tahun 60an masih utuh dan mengekalkan ciri-ciri unik rumah zaman dulu.

Dengan dasar perumahan konsep terbuka juga rumput disenggarakan dengan baik di perkarangan rumah yang luas menjadikan kediaman kem Piasau tempat kediaman yang damai bukan saja kepada manusia tapi juga kepada kehidupan spesies dalam persekitaran semula jadi. Kawasan kem Piasau juga dikenali sebagai tempat tinggal enggang dan juga terdapat 41 spesies burung, 25 spesies mamalia, 10 spesies rama-rama dan lima spesies amfibia yang hidup aman dalam kawasan tersebut.

Baru-baru ini seperti yang dilaporkan dalam akhbar tempatan yang pihak berkuasa tempatan merancang untuk meroboh 140 rumah di kem Piasau secara berperingkat-peringkat dan terbahagi kepada tiga fasa yang dijangka berakhir pada Disember 2015.

Mengapa pihak berkuasa tempatan hendak meroboh rumah yang masih utuh di kem Piasau? Sepatutnya pihak berkuasa tempatan jangan merobohkan rumah yang masih boleh digunakan sebagai tempat penginapan pegawai kerajaan dan juga boleh digunakan sebagai tempat Pusat Penyelidikan Hidupan Liar dalam kawasan berkenaan.

Kos untuk meroboh 140 buah rumah yang masih utuh disitu sudah tentu merugikan duit pembayar cukai kerana ianya boleh dimanfaatkan sebagai pusat penyelidikan atau dijadikan tapak homestay untuk pelancong datang melawat Miri sambil menikmati keindahan semulajadi di kem Piasau. Mereka yang tinggal di homestay boleh merasai keindahan alam semulajadi dan juga dapat melihat kehidupan habitat yang terdapat dalam kawasan berkenaan. Habitat merupakan suatu kawasan ekologi atau alam sekitar yang didiami oleh spesis tertentu haiwan, tumbuhan, atau lain-lain jenis organisma.

Dengan adanya rumah yang masih dalam keadaan yang baik serta boleh dibaik pulih untuk kegunaan para pegawai kerajaan dan pelancong yang ingin tinggal di tempat yang tenang serta terhindar dari sebarang gangguan bunyi bising maka pihak kerajaan jangan membiarkan ianya kosong dan diroboh begitu saja.

Di sinilah tempat yang paling sesuai untuk para pengkaji kehidupan liar dan alam semulajadi tinggal buat kajian. Para pelajar yang ingin belajar serta mengetahui cara kehidupan spesies liar dan alam semulajadi juga boleh buat kajian dalam kawasan itu. Pihak kerajaan masih lagi boleh mengekalkan keadaan persekitaran dengan baik walaupun masih ada rumah disitu yang diami oleh pegawai kerajaan dan pelancong yang melawat dengan syarat agar mereka sentiasa menjaga kebersihan alam persekitaran dan dilarang sama sekali menganggu, mengancam serta memburu kehidupan spesies yang terdapat di kawasan itu.

Ini secara tidak langsung boleh menarik pelancong dari luar dan dalam negara datang melihat keindahan panorama dan memerhati hidupan liar di habitat semulajadi yang masih wujud disitu tanpa perlu pergi jauh kerana apabila mereka datang melawat Miri mereka boleh tinggal di homestay yang damai serta terkawal dari sebarang gangguan.

Kita mengesa pihak kerajaan dan pihak berkuasa tempatan agar mengkaji semula hasrat untuk meroboh rumah yang masih utuh di kem Piasau kerana ianya boleh dijadikan taman hidupan liar yang bebas dari sebarang gangguan dan sentiasa terpelihara dari ancaman kepupusan.

Pihak kerajaan juga boleh manfaat rumah lama yang unik dan masih utuh itu sebagai tempat penginapan para pekerja di taman hidupan liar yang bergerak bebas dan menjadi salah satu daya tarikan pelancongan dari luar dan dalam negara untuk melawat Miri.

Dengan cara ini secara tidak langsung, pelancong dari luar negara boleh mengenali budaya serta adat resam penduduk tempatan disamping dapat menikmati dan melihat keindahan alam semulajadi yang masih kekal disekeliling taman simpanan di kem Piasau. Ini juga akan memberi sumber pendapatan kepada pihak kerajaan dan juga penduduk tempatan apabila ramai pelancong datang melawat Taman Rekreasi Hutan Simpanan untuk hidupan habitat di kem Piasau.

Kerjasama dengan pihak kerajaan dan mereka yang berkenaan untuk mengekalkan ciri-ciri unik rumah lama yang masih utuh di kem Piasau dan keindahan alam semulajadi disitu tetap terpelihara dari kemusnahan amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Make Piasau Camp a Homestay and Center of Tourist Attractions to Miri

MIRI - Piasau camp is historical place for the people of Miri. Before, it was inhabited by expatriates and their families who work with Shell and they live peacefully without fences around their homes in coastal areas. Most of the wooden houses were built in the 60s still intact and preserve the unique features of old houses.

With an open concept of housing policy also well maintained grass in the compound of spacious house make Piasau camp residential abode of peaceful not only to humans but also the survival of the species in the natural environment.

Piasau camp area is also known as the abode of hornbills and there are also 41 species of birds, 25 species of mammals, 10 species of butterflies and five amphibian species that live in peace in the region.

Recently, as reported in the local newspaper that the local authorities plan to demolish 140 houses in the Piasau camp in stages and is divided into three phases, which are expected to end in December 2015.

Why the Local Authority want to demolish houses that are still intact in Piasau camp? The Local Authority should not demolish the house can still be used as place to stay of government officials and can also be used as a Wildlife Research Center in the area.

The cost to demolish 140 houses are still intact there is certainly a waste of taxpayers' money because it can be used as a research center or become a site for homestay for tourists visiting Miri while enjoying the natural beauty of Piasau camp. Those who stay in homestay can feel the beauty of nature and also can see the life habitat that found in the area. Habitat is an ecological or environmental area that is inhabited by certain species of animals, plants, or other types of organisms.

With the house is still in good condition and can be refurbished for use by government officials and tourists who want to stay in a quiet place and avoid any interference of noise then the government should not let it empty and demolished.

This is where the most appropriate place for wildlife researchers and nature stay for study. The students who want to learn and know the way of life of wild species and natural environment also can do research in the area. The government is still able to maintain good environmental conditions although there is still some houses there that inhabited by government officials and tourists visiting on condition to always keep the environment clean and strictly prohibited to disturb, threaten as well as hunting life species found in the area.

Indirectly this can attract tourists from outside and inside the country came to see the beauty of the panorama and observe wildlife in its natural habitat that still exist there without having to go far because when they come to visit Miri they can stay in peaceful homestay and manageable from any interference.

We urge the government and local authorities to review the intention to demolish houses that still intact in Piasau camp because it can be used as a wildlife park that is free from any disruption and always protected from threats of extinction.

The government can also benefit from a unique old house and it's still intact as accommodation for the workers of the wildlife park which is free to move around and become one of the tourist attractions from outside and inside countries to visit Miri.

In this way, indirectly, tourists from abroad can know the culture and customs of the local people as well can enjoy and see the natural beauty that was still remain around the park at the reserve of Piasau camp.

It will also give a source of revenue to the government and the local population when many tourists come to visit the Forest Reserve Recreation Park for wildlife at Piasau camp.

Cooperation with governments and those concerned to retain the unique features of the old house that is still intact in Piasau camp and the natural beauty there remain preserved from destruction is greatly appreciated.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan