Pengikut

Nuffnang

Isnin, 29 Disember 2014

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


PAS sentiasa bersama Rakyat

Posted: 28 Dec 2014 09:37 PM PST

Program BersamaMu Sarawak dan Kembali Ke Sekolah Mendapat Sambutan Hangat Masyarakat Setempat
 
MIRI - Sepanjang bulan Disember ini, PAS Miri telah mengadakan program 'Kembali ke Sekolah' di beberapa tempat di sekitar DUN Senadin dan Lambir.

Antara pemimpin utama PAS yang hadir dalam program tersebut ialah Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Naib Presiden PAS Pusat bersama dengan kepimpinan PAS Miri.

Dalam majlis yang sama Dato Tuan Ibrahim juga diberi peluang menyampaikan beberapa beg sekolah kepada anak-anak yang kurang bernasib baik di sekitar kawasan perumahan Pujut dan Tudan. Program pengagihan beg sekolah kepada anak-anak sekolah rendah dan menengah telah berjalan lancar sepanjang bulan ini. 

Antara kawasan yang dikunjungi oleh PAS Miri untuk pengagihan beg sekolah bermula dari Pujut, Tudan, Kpg TAR Lambir, Tukau dan seterusnya ke Kuala Baram.

Pada sebelah petang Dato Tuan Ibrahim juga merasmikan pusat khidmat PAS DUN Senadin di Permyjaya. Dalam majlis tersebut juga PAS menyumbang 2 buah basikal program Untukmu Sarawak kepada dua anak murid sekolah di kawasan Tudan. Antara yang menerima sumbangan basikal ialah adik Shahrulnizam (anak puan Johana) dan Nor Ezzani (anak puan Timah).

Sebanyak lebih dari 200 beg sekolah telah diagihkan kepada anak-anak sekolah di kawasan yang tersebut dan sambutan masyarakat setempat amat mengalakkan. Dengan adanya program sebegini, sekurang-kurangnya masyarakat setempat mengenali PAS dengan lebih dekat lagi disamping dapat meringankan sedikit bebanan yang terpaksa ditanggung oleh ibubapa yang kurang berkemampuan.

PAS akan terus mengadakan progam Bersama Mu Sarawak ke seluruh negara dengan mengadakan program bersama rakyat serta memberi khidmat dan kebajikan kepada mereka yang memerlukannya.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Program with you Sarawak and Back to School Warmly Received by Local Community

MIRI - Throughout December this month, PAS Miri had held the program 'Back to School' in several places around the DUN Senadin and Lambir. 

Among the main leaders of PAS were present in the program were Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Vice President of PAS Center together with the leadership of PAS Miri.

In the same ceremony Dato Tuan Ibrahim also has given the opportunity to deliver some school bags to children who are less fortunate around the residential area of Pujut and Tudan. Program distribution of school bags to children of primary and secondary schools have been running smoothly so far this month. 

Among the areas visited by PAS Miri for the distribution of school bags starting from Pujut, Tudan, Kpg TAR Lambir, Tukau and next to Kuala Baram.
 
In the afternoon Dato Tuan Ibrahim also opened a service center of PAS at DUN Senadin Permyjaya. In the event PAS also contributed two bicycles for you Sarawak program to two young school children of Tudan area.   Among those who received contributions of bicycles is Shahrulnizam (son of Johana) and Nor Ezzani (daughter of Timah).

A total of more than 200 school bags were distributed to school children at the areas and the local community response was overwhelming. With the availability of such a program, at least the local community recognizes PAS closer besides to lessen the burden that must be borne by parents who are less fortunate.

PAS will continue to hold a program with you Sarawak nationwide by holding a program with the people as well as serving and welfare to those who need it.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan