Pengikut

Nuffnang

Selasa, 23 Disember 2014

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Peparitan yang semakin tidak terurus boleh menyebabkan pencemaran

Posted: 22 Dec 2014 08:21 PM PST

Parit Tercemar dan Air Bertakung Di Piasau Utara Perlu Perhatian Segera

MIRI – Penduduk perumahan di Piasau Utara menghadapi masalah parit tersumbat dan air bertakung di sekeliling kawasan perumahan mereka. Penduduk perumahan disitu khuatir sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera ianya boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes berlaku dalam kawasan perumahan mereka.

Menurut salah seorang penduduk yang tinggal disitu memberitahu, mereka sudah mengadu masalah ini kepada pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak yang berkenaan untuk mengatasinya.

Akibat tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak yang berkaitan menyebabkan air bertakung dan tercemar dengan bahan-bahan kekotoran. Air yang bertakung serta parit tersumbat boleh juga menyebabkan banjir kilat sekiranya hujan berterusan.

Penduduk perumahan Piasau Utara hidup dalam keadaan yang tercemar serta diancam oleh penyakit denggi akibat pembiakan nyamuk dalam parit yang tersumbat sekiranya pihak yang berwajib tidak membersihkan peparitan yang tersumbat dengan segera

Usaha membendung dan mengawal jangkitan demam denggi harus dipergiatkan dengan kerjasama pihak yang berkaitan dan penduduk tempatan dengan menjaga kebersihan sekitar kediaman mereka. 

Kewajipan pihak berkuasa adalah bertindak segera akan setiap aduan dari penduduk yang menghadapi masalah bukan hanya berdiam diri tanpa sebarang tindakan.

Kita percaya kerajaan mempunyai peruntukan untuk menangani masalah saliran dengan penyelenggaraan lebih kerap keatas sistem perparitan dan juga membina parit konkrit.

Kita mengesa agar pihak yang berkaitan segera melakukan penyelenggaraan peparitan tersumbat yang sering berlaku dalam kawasan perumahan di bandaraya Miri.

Kita mahu Miri menjadi model atau contoh bandaraya terbaik dalam mengatasi masalah peparitan dalam Malaysia.

Jangan biarkan masalah ini berlarutan tanpa tindakan segera dari pihak yang berkaitan kerana penduduk perumahan rasa tidak selesa dengan keadaan tempat tinggal mereka yang tercemar  juga masalah parkir kereta disebabkan parit yang tidak kongkrit boleh terhakis akibat hujan.

Kita akan sentiasa memantau masalah rakyat dari masa ke masa supaya setiap aduan mereka dapat diatasi dengan segera. Kerjasama dengan pihak berkenaan untuk mengatasi masalah ini amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version
Contaminated drains and stagnant water in Piasau Utara Need Immediate Attention

MIRI - Residents in Piasau Utara face problems clogged drains and stagnant water around their residential area. Housing residents there fear that if this issue is not resolved immediately it can cause mosquito breeding occurs in their residential area.

According to one of the people who lived there said they had complained this problem to the Miri City Council (MCC) but so far no action has been taken by the parties concerned to resolve it.

Due to no action taken by the relevant authorities causing stagnant water and contaminated with impurities substances. Stagnant water and clogged drains can also cause flash floods if continuous rain.

Piasau Utara housing residents living in polluted and is threatened by disease caused by the dengue mosquito breeding in clogged drain if the authorities do not clean the clogged drainage immediately

Efforts to curb and control of dengue fever infection should be undertaken in cooperation with the relevant authorities and the local population by maintain cleanliness around their homes.

A duty of the authorities is to act immediately to any complaints from residents who face problems not only remain silent without any action.

We believe the government has a provision for addressing drainage issues with more frequent maintenance on the drainage system and also build concrete drains.

We urge the relevant authorities immediately perform maintenance of clogged drainage which often occurs in a residential area in Miri city.

We want Miri become a model or example of best cities in addressing drainage problems in Malaysia.

Do not let this problem persists without urgent action from the relevant authorities as housing residents feel uncomfortable with the situation of their residence that contaminated also car parking problems due to the non-concrete trench can be eroded due to rain.

We will continue to monitor people's problems from time to time so that each of their complaints can be addressed immediately. Cooperation with relevant parties to resolve this issue is greatly appreciated.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan