Pengikut

Nuffnang

Khamis, 18 Disember 2014

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Jentera Bomba Terlalu Jauh Untuk Sampai Ke tempat Kejadian

Posted: 17 Dec 2014 09:00 PM PST

Setiap Daerah Di Luar Bandar Sarawak Perlu Ada Balai Bomba 

MIRI - Pada petang sabtu minggu lepas kira-kira jam 1 petang empat buah rumah di Kampung Masjid Sepupok Niah musnah sama sekali dalam kebakaran yang mengakibatkan 15 penduduk hilang tempat tinggal serta kerugian harta benda. Namun tiada kemalangan jiwa dan tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan dalam insiden yang mengejutkan penduduk kampung berkenaan. 

Dua jentera bomba dari Miri dan Lopeng membawa 15 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian, kira-kira 100km dari Miri, selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira 1.16 petang. Turut membantu mengawal dan memadamkan api ialah lima anggota RELA. Api berjaya dikawal pada jam 1.50 dan bomba berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran pada jam 4.05 petang.

Masalah kesukaran jentera bomba untuk sampai ke tempat kejadian telah menyebabkan banyak harta benda musnah dalam kejadian kebakaran dalam daerah Niah dan juga di kawasan luar bandar di Sarawak.  Perkara ini pernah dibangkitkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan agar sebuah balai bomba dibina di daerah Niah tetapi sehingga kini belum ada tanda-tanda ianya akan dibina dalam masa yang terdekat.

Antara faktor utama yang menyebabkan jentera bomba sukar untuk sampai ke tempat kejadian pada masa yang tepat adalah disebabkan ianya terlalu jauh serta mengambil masa perjalanan  yang panjang untuk sampai ke tempat kejadian.

Pihak kerajaan perlu menyediakan kemudahan asas serta pusat khidmat masyarakat dalam sesebuah kampung atau kawasan penempatan bagi kegunaan masyarakat setempat ketika berlaku kecemasan. Balai Bomba, balai Polis dan hospital atau klinik kesihatan amat penting untuk membantu masyarakat setempat yang memerlukan bantuan kecemasan.

Balai bomba amat penting dibina di setiap daerah atau kawasan luar bandar di Sarawak memandangkan jarak perjalanan dan kesukaran jentera bomba dari bandar untuk sampai dan masuk ke kawasan kampung dan rumah panjang dengan segera amat diperlukan. Seperti kes kebakaran yang berlaku di Niah baru-baru ini dimana jarak perjalanan dari bandaraya Miri ke pekan Niah mengambil masa lebih dari satu jam sudah tentu mereka tidak dapat membuat apa-apa selain hanya memadamkan sisa-sisa kebakaran yang sudah musnah dijilat api.

Kita mengesa pihak kerajaan perlu segera memberi kemudahan asas serta membina infrastruktur di luar bandar untuk mengurangkan masalah kelewatan dalam memberi bantuan kecemasan kepada penduduk kampung atau penduduk yang tinggal di rumah panjang yang memerlukan bantuan kecemasan. Kebanyakan kes kebakaran yang tidak dapat diselamatkan berlaku di kawasan Niah dan sekitarnya disebabkan tiada balai bomba. Pili bomba serta alat pemadam api juga perlu disediakan di kawasan perumahan sebagai pencegahan awal untuk memadam api dari merebak.

Sekurang-kurangnya dengan adanya balai bomba di Niah ianya dapat memberi bantuan kecemasan serta sampai ke tempat kejadian dengan cepat untuk mengurangkan kerugian yang besar berlaku keatas mangsa.

Pihak bomba juga boleh memberi penerangan serta latihan kepada setiap warga masyarakat tahu tentang pencegahan dan keselamatan kebakaran khususnya dirumah. Dengan mengadakan kempen-kempen kesedaran keselamatan kebakaran kepada penduduk luar bandar bagaimana cara menyelamatkan diri sendiri dan mengawal api dari merebak. Kerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk mengatasi masalah kebakaran sering berlaku di kawasan luar bandar yang boleh mengancam nyawa dan harta ini amat dihargai.

Jofri Jaraiee

English version

Every District in rural Sarawak there should be a Fire Station

MIRI- On Saturday afternoon last week about 1pm four houses in Kampung Masjid Sepupok Niah totally destroyed in the fires that resulted of 15 residents homeless and loss of property. However, no casualties and no serious injuries were reported in the incident which shocking villagers.

Two fire engines from Miri and Lopeng carrying 15 firefighters rushed to the scene, about 100km from Miri, after receiving a distress call about 1:16 pm. Also helps to control and extinguish the fire is five RELA members. The fire successfully controlled at 1:50pm and firefighters managed to extinguish the fire completely at 4:05 pm.

A difficulty for the firefighter to the scene has caused much property was destroyed in a fire in Niah district and also in rural areas in Sarawak. This matter was raised with the relevant authorities so that a fire station built in Niah district but so far no signs that it will be built in the near future.

Among the main factors that cause fire engine difficult to get to the scene at the right time because it is too far away and takes a long journey to get to the scene.

The government needs to provide basic amenities and community services center in a village or settlement area for use by the local community during an emergency. Fire station, police station and hospital or health clinic is very important to help local people in need of emergency relief.

Fire station is very important built in every district or rural areas in Sarawak as the distance traveled and the difficulty of the city of fire engines to arrive and enter villages and longhouses with urgently needed. Such as cases of fires that occurred in Niah recently where the distance from Miri city to Niah town takes more than one hour of course they cannot do anything other than just putting out the remnants of fires which was destroyed by fire.

We urge the government should urgently provide basic facilities and building infrastructures in rural areas to reduce delays in providing emergency assistance to residents or people living in longhouses in need of emergency assistance. Most fires occur that cannot be saved in Niah and surrounding areas caused there is no fire station. Fire hydrants and fire extinguishers should be provided in a residential area as early prevention of fire from spreading.

At least with the existence of fire station at Niah it can give first aid, and get to the scene quickly to reduce the significant losses occurred over the victim. The Fire Department can also provide information and training to every citizen to know about fire prevention and safety, particularly at home. By conducting awareness campaigns of fire safety to the rural population how to save themselves and control the fire from spreading. Cooperation with relevant parties to resolve the problem of fires that often occur in rural areas that can threaten life and property is very much appreciated.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan