Pengikut

Nuffnang

Isnin, 15 Disember 2014

N.27 - PAS DUN Sura

sumber :-

N.27 - PAS DUN Sura


ADUN Sura Gesa Kerajaan Wujudkan Sukarelawan Mengawal Kawasan Pantai Di Musim Tengkujuh

Posted: 15 Dec 2014 02:46 AM PST

DUNGUN, 15 Disember 2014 - ADUN Sura merangkap Pengarah Jawatankuasa Tindakan Banjir PAS Kawasan Dungun, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik, menggesa kerajaan mewujudkan pasukan sukarelawan bagi mengawal dan meninjau di kawasan pantai yang berisiko berlakunya tragedi lemas di musim tengkujuh.
Beliau yang juga Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Dungun mencadangkan perkara tersebut ekoran kejadian terbaru di Telok Bidara, Seberang Pintasan, di sini, 13 Disember, petang Sabtu baru-baru ini.
"Memandangkan masyarakat masih kurang peka terhadap bahaya melakukan aktiviti pantai di musim tengkujuh, amat wajar pihak kerajaan memikirkan langkah-langkah lebih berkesan untuk menghalang sebarang aktiviti pantai bermula tibanya musim tengkujuh sehingga berakhirnya musim tersebut, " cadang beliau selepas meninjau lokasi kejadian petang ini.
"Dengan adanya pasukan sukarelawan yang melarang aktiviti pantai di musim tersebut, sekurang-kurangnya dapat menghalang orang ramai daripada terlibat dengan sebarang aktiviti yang membahayakan nyawa mereka"
"Papan tanda yang ada nampaknya kurang berkesan untuk beri peringatan kepada masyarakat tentang bahaya ini, "ujar beliau lagi.

Dalam kejadian 13 Disember, kira-kira jam 6.00 petang Sabtu baru-baru ini, Syed Mustapha Syed Suhaimi, 18, masih hilang selepas dihanyutkan ombak di Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan, di sini.

Sementara sepupu mangsa, Syed Ali Syed Alwi, 18, dan seorang lagi rakannya Jalauddin Ali Hassan, 21, yang turut mandi laut terselamat.

Tahun lalu pada tarikh yang sama, dua pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin turut lemas di lokasi sama. Mohd Hanif Jainuri, 18, dari Kampung Sri Dalam Senggarang, Johor dan Ahmad Syukri Eiman Romainor, 18, dari Sungai Besi, Kuala Lumpur menemui ajal akibat lemas.

Sementara itu, ADUN Sura turut merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari mangsa yang telah masuk hari ketiga, di antaranya Unit Amal, PDRM, Anggota Bomba dan Penyelamat, JPAM dan RELA termasuk squad bencana daripada DUN Rantau Abang sendiri, selain daripada Chukai dan Kuala Berang.

"Semoga operasi mencari dengan kerjasama semua pihak ini dapat membuahkan hasil serta dikurniakan ganjaran amal soleh dari sisiNya, insyaAllah," tambahnya lagi.

"Ibubapa juga mesti sentiasa mengawasi anak-anak kecil mereka supaya tidak bermain di kawasan berisiko seperti paya terbiar dan longkang-longkang besar, " akhiri beliau.

Beliau dipercayai merujuk kejadian seorang kanak-kanak ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Kampung Ladang Hospital, Kuala Terengganu pada 14 Disember, semalam.

Mangsa, Mohamad Zarul Adha Rosmadi, enam tahun terjatuh selepas bermain di longkang besar kira- kira jam 4.30 petang.

Mangsa dipercayai bermain bersama abang dan sepupunya, sebelum terjatuh ke dalam longkang.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan