Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 5 Disember 2014

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


ANALISA ISU KEDAH 6: Sikap BN sejati sebelum dan selepas menang semula

Posted: 04 Dec 2014 08:47 AM PST


ANALISA ISU KEDAH 6: Sikap BN sejati sebelum dan selepas menang semula
Lajnah Penerangan DPPN Kedah 2014

  1. 4 Buah BAS berkumpul dan berdemo di hadapan Wisma Darul Aman kerana ingin bantah pembinaan perkuburan Cina yang dikatakan diatas tanah simpanan Melayu 190 ekar di Sungai Kob. Setiap kereta diketuk tingkap untuk pastikan MB Ustaz Azizan tidak terlepas - selepas BN menang? Diam.
  2. UMNO dan PERKASA bantah besar-besaran terhadap projek Aman Central kononnya merobohkan surau 100 tahun sedangkan surau itu baru 4 tahun dibina! Dato' MUkhriz antara yang lantang.- kini BN diam.
  3. Dato' Mukhriz antara peserta lantang demostrasi menghentam KUIN kerana kononnya lewat bayar gaji- selepas BN menang, 5 bulan gaji pekerja KUIN Holding tidak dibayar.


ANALISA ISU KEDAH 5: Beza Gaya Dato’ Seri Mukhriz dan Ustaz Azizan

Posted: 04 Dec 2014 08:29 AM PST


ANALISA ISU KEDAH 5: Beza Gaya Dato' Seri Mukhriz dan Ustaz Azizan
Lajnah Penerangan DPPN Kedah 2014

  1. 2 minggu dilantik MB - Dato' Mukhriz bersama keluarga melancong ke London- tiket penerbangan ditanggung Pejabat Menteri Besar Kedah. Ustaz Azizan hanya ke luar negara selepas 3 tahun memerintah itu pun kerana urusan kerja.
  2. Tangguh tarikh angkat sumpah walaupun surat telah dikeluarkan atas alasan bercuti di luar negara.
  3. Sewa bot mewah ke Langkawi 2 Jun 2013 untuk hadir program LADA- Ustaz Azizan dan Raja Permaisuri pun hanya menaiki bot biasa.
  4. Arah semua perabot dan pinggan mangkuk di Seri Mentaloon diganti baru.
  5. Semua pegawai khas ada pemandu peribadi.
  6. Bila berkuasa terus nyatakan hasrat mahu kaji dan tutup KUIN atas alasan tiada keuntungan.
  7. Tangguh Pusat Tahfiz Sains Pulau Tuba -walaupun kemudian barulah setuju diteruskan.
  8. Beli kain RM 15000 pada 12 Jun 2013
  9. Larang pembangkang guna stadium sedangkan zaman Ustaz Azizan UMNO boleh dibenarkan menggunakan stadium.
  10.  Mukhriz membelanja sejumlah RM200,000.00 wang kerajaan negeri untuk kediaman bapanya di Titi Gajah bagi kegunaan dirinya.
  11. Kuliah agama pertama di Dewan Seri Mentaloon, sebaik Mukhriz angkat sumpah hanya di hadiri 30 orang sahaja dan Kem Anak Soleh (KAS) yang memberi latihan untuk anak-anak bersolat dan memahami agama yang mana yurannya hanya RM20.00 sahaja tidak diteruskan oleh kerajaan BN. Termasuklah pemberian skim Kafalah untuk golongan miskin yang berlaku kematian.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan