Pengikut

Nuffnang

Rabu, 10 Disember 2014

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


KENYATAAN MEDIA-KERAJAAN PERLU UBAH SIKAP- MAS MILIK RAKYAT BUKAN MILIK ARISTOKRAT TERTENTU

Posted: 10 Dec 2014 06:08 AM PST


                                                                                      
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
  10 Disember  2014  


KERAJAAN PERLU UBAH SIKAP- MAS MILIK RAKYAT BUKAN MILIK ARISTOKRAT  TERTENTU


Dewan Pemuda PAS Kedah tegas mendesak kerajaan Malaysia menjadikan syarikat penting Malaysia Airlines sebagai syarikat bersama, syarikat rakyat dan benar-benar berstatus syarikat negara. Hari ini kelihatan syarikat itu seperti kepunya sekelompok elit bangsawan atau aristokrat yang mana sebarang keptusan untung rugi kepada penumpang, pekerja MAS tidak dapat ditegur rakyat.

Baru-baru ini pihak kami dimaklumkan bahawa kesemua kesatuan kakitangan MAS ingin   mendesak Kerajaan Malaysia mengutamakan dan menyelamatkan 6,000 kakitangan MAS yang bakal dibuang di atas keputusan yang dibuat oleh YBhg Tan Sri Haji Azman Mokhtar, Pengarah Urusan, Khazanah Nasional.

Khazanah Nasional sebagai pemegang saham terbesar MAS kelihatan mampu melaksanakan pelbagai wewenang yang merugikan pekerja MAS.

MAS dan kerajaan Malaysia bukan sahaja menafikan hak asasi beragama umat islam apabila menyelitkan pembayara arak dalam tiket penumpang, menafikan hak pekerja menutup aurat di sebuah negara 'Islam' serta menjadikan staf MAS sebagai penyumbang sektor arak apabila arak terus ingin dihidang dalam pesawat, malah MAS ingin bertindak lebih jauh apabila mengkambing hitamkan pekerja MAS atas alasan kerugian demi kerugian yang dialami.



Malah dengan wujudnya Rang Undang-Undang Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2014 yang  baharu yang diluluskan, kelihatannya ia bercanggah dengan Akta Pekerjaan 1955 dan beri kekebalan mutlak kepada MAS dalam hal ehwal pekerja.

Sebelum ini Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam), Mohd Akram Osman juga menyatakan akta baharu itu menghapuskan sama sekali hak pekerja untuk membuat apa-apa tuntutan atau memfailkan kes mahkamah terhadap MAS atau erti lain ia memberi imuniti sepenuhnya kepada MAS.
 
Natijah MAS diaristokratkan menyebabkan semua sumbangsaran untuk memajukan dan menguntungkan MAS sukar dilaksanakan. Hal kerugian dan kepincangan syarikat GLC besar ini tidak di bawa ke Parlimen secara serius mengakibatkan isu ini berlarutan hinggakan MAS mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM3 juta sehari bagi separuh pertama tahun kewangan semasa.


Khazanah Nasional atau MAS mahupun BN tidak boleh memberi alasan tragedi MH 17 dan MH 370 sebagai punca kerugian RM 2 bilion dan punca ingin membuang pekerja sebaliknya tradisi rugi MAS adalah konsisten sejak belasan tahun lalu.
Khazanah Nasional Berhad sebenarnya  telah gagal menguruskan MAS selepas 12 tahun melalui 4 suntikan dana kerajaan hasil cukai rakyatsehingga mencecah RM17.0 billion.

Ubah sikap, insaf diri, lihat amanah rakyat yang ada pada MAS.
 
 
 ' TERUS BERISTIQAMAH
' PEMUDA  BERSAMA RAKYAT '
Yang benar,
 
                              t.t
 
AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan