Pengikut

Nuffnang

Selasa, 2 Disember 2014

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


Kem Anak Soleh Sungai Petani ; legasi pentarbiahan Ustaz Azizan

Posted: 02 Dec 2014 06:39 AM PST


 Kem Anak Soleh Sungai Petani ; legasi pentarbiahan Ustaz Azizan.

SUNGAI PETANI - 1 Disember 2014
Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

Kem Anak Soleh (KAS) yang dianjurkan hampir saban tahun di serata kawasan dalam Negeri Kedah merupakan kesinambungan hasrat murni Allayarham mantan Menteri Besar Kedah ustaz Azizan untuk melihat generasi muda negeri Kedah celik agama, tidak tinggalkan solat yang akhirnya menatijahkan generasi yang berakhlak mulia.

Selain cintanya beliau terhadap generasi tarbawi melalui usaha beliau dalam pemartabatan KUIN serta Sekolah Tahfiz Sains, KAS atau Kem Anak Soleh juga merupakan usaha program kerajaan negeri sebelum ini untuk matlamat dan misi pendidikan Islam.

Tahun ini KAS diadakan di Masjid Permatang Gedung Sungai Petani dengan bantuan beberapa fasilitator lepasan sekolah agama sekitar Kedah anjuran bersama Pertubuhan Belia Sejahtera Sungai Petani dan Pembangunan Insan Negeri Kedah.

Menurut Ketua Urusetia KAS Saudara Izwan ismail program ini menetapkan matlamat utama untuk menyuntik kesedaran kepada para peserta peri penting mereka mengenali Allah, menghormati ibu dan ayah, taat beribadah serta faham serba ringkas fardu ain.

Rata-rata peserta seramai 145peserta, iaitu 84 lelaki, dan 61orang perempuan berpuas hati dengan modul serta latihanyang disediakan oleh urusetia.

Antara kawasan yang tutut menjalankan KAS selain Sungai Petani adalah kawasan Sik, Merbok, Kuala Nerang dan Pokok Sena.

Program bermula 29 November sehingga 1 Disember ini disempurnakan Majlis penutup oleh Tuan Haji Abdullah Jusoh, YDP PAS Kawasan Sg.Petani.

Semoga para peserta beroleh manfaat sekaligus membuktikan peranan masjid yang inklusif dan pasukan kepemudaan islam mampu menjana generasi yang mulia.  






0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan