Pengikut

Nuffnang

Isnin, 15 Disember 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


TUKAR KERAJAAN BOROS DEMI KESELAMATAN NEGARA

Posted: 15 Dec 2014 07:33 AM PST

MELAKA: Penasihat Ekonomi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Dr Rosli Yaakop berkata kerajaan mesti 'mengempiskan perut' dan 'mengikat tali pinggang bagi mengurangkan perbelanjaan yang boros dan membazir yang mengakibatkan hutang negara meningkat sehingga mencecah lebih RM500 bilion sekarang. "Jika mereka tidak mengempiskan perut dan mengikat tali pinggang, hutang Malaysia dijangka meningkat menjadi RM1.3 trilion pada tahun 2020. 

 "Sikap boros, membazir, rasuah serta membiarkan ketirisan menjadi penyebab kepada hutang negara yang semakin meningkat," ujar Dr Rosli. Beliau berkata bahawa sehingga kini sudah 16 tahun berturut-turut bajet Malaysia mengalami defisit, iaitu pendapatan kurang daripada perbelanjaan. "Contohnya dalam sebuah rumah, katakan pendapatan RM2000, tetapi perbelanjaan RM2,500 jadi tiap-tiap bulan mereka berhutang RM500 untuk menampung perbelajaan. Sama juga dengan negara kita, pendapatan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan akibat boros dan membazir.


 "Apabila pendapatan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan, kerajaan mula memikirkan untuk menambah hasil pendapatan negara dengan mengenakan cukai GST yang menekan rakyat." ujar beliau yang juga Pengarah Urusan Harakah. Dr Rosli menyatakan bahawa GST dikenakan kepada semua lapisan rakyat tidak kira orang kaya, peminta sedekah dan fakir miskin. "Sesiapa juga yang membeli barang keperluan dan perkhidmatan yang dikenakan GST sudah tentu terpaksa membayar GST. "Memang GST tidak dikenakan kepada beras dan sebagainya tetapi jika kita makan di restoran atau kedai mamak, sudah tentu kita akan kena bayar GST," tambah beliau. Menurutnya, para pekedai dan peniaga boleh mendapat balik cukai GST yang dibayar dari kerajaan, tetapi rakyat terbanyak tidak dapat bayaran balik dan merekalah yang paling teraniaya. "Sudah tentu Harga barangan akan naik dan rakyatlah yang terpaksa berbelanja lebih akibat kenaikan harga barang," ujar Dr Rosli. 

 Beliau mengingatkan rakyat Malaysia supaya membuat perubahan bagi menyelamatkan negara yang tercinta ini. "Jika pemimpin negara dan kerajaan tidak ditukar, sudah pasti Malaysia akan bangkrap dan rakyat akan bertambah sengsara. "Sekarang ini hutang negara sudah melebihi 55 peratus daripada jumlah pendapatan dan kadar ini membuktikan bahawa negara berada di ambang muflis seperti yang dialami oleh Greece," ujar beliau Menurutnya hanya ada satu jalan sahaja untuk menyelamatkan negara daripada bangkrap iaitu dengan menukar kerajaan pada PRU14 nanti. Beliau berkata demikian pada ceramah umum anjuran Jentera Pilihanraya Dun Ayer Molek dan PAS Kawasan Ayer Molek di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil di Pekan Ayer Molek. Selain Dr Rosli Yaakob, turut berceramah bersamanya ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor, Amiruddin Shari.

JUARA PIL KUDA TERTEWAS

Posted: 15 Dec 2014 07:31 AM PST

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini menolak dengan kos saman yang difailkan oleh bekas calon PKR Dun Bukit Besi pada PRU13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. 

 Sehubungan itu, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa turut memerintahkan Mohd Shamsul membayar kos RM10,000 kepada Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang. Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Tuan Guru Abdul Hadi susulan ceramah Presiden PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen PRU itu.

 Shamsul mendakwa ceramah itu mengaitkan beliau sebagai calon PKR dengan pil kuda. Presiden PAS diwakili Tetuan Awi Co manakala Shamsul diuruskan Tetuan Vasudevan & Co.

MARA DAN TERUS MARA HARIMAU MALAYA

Posted: 15 Dec 2014 07:29 AM PST

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya kerana telah berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014. Ini adalah kali kedua Malaysia berjaya ke perlawanan akhir semenjak bermulanya kempen Piala AFF Suzuki pada tahun 2006. "Ternyata semangat juang skuad Harimau Malaya tidak pernah luntur meskipun tewas pada perlawanan pertama di Stadium Shah Alam," kata ketuanya, Khairil Nizam Khirudin dalam satu kenyataan. 

 Katanya, kemasukan Indra Putra Mahyudin, Piya dan Shukor Adan selaku kapten dalam kesebelasan utama benar-benar membuahkan hasil yang lumayan, akhirnya kemenangan yang dramatik diperolehi setelah menumpaskan pasukan Vietnam 4-2 dengan agregat 5-4 di Stadium Nasional My Dinh. Pentas akhir pertama Malaysia bertemu Thailand akan berlangsung pada 17 Disember ini di Bangkok. "DPPWP berharap agar skuad Harimau Malaya menggandakan usaha dan meneruskan rentak kejuaraan ini," ujarnya lagi.


 Menurutnya, meskipun Malaysia hanya pernah bertemu Thailand di peringkat akhir Piala AFF Suzuki pada tahun 2006, namun melihatkan kepada semangat juang yang ditunjukkan semasa menentang Vietnam, DPPWP yakin dan optimis kejuaraan tahun 2010 bakal berulang kembali. Namun, katanya kemenangan tidak bererti jika imej negara dicalarkan oleh sikap penonton yang tidak bertamadun. 

 Justeru, ujarnya DPPWP menyeru kepada semua penonton agar sentiasa menjaga akhlak ketika menyaksikan perlawanan. "Adat perlawanan, ada kalah dan ada menang. Terimalah dengan semangat kesukanan setiap keputusan. Muhasabah setiap kekalahan, baiki setiap kekurangan, dan bersyukur dalam setiap kemenangan," ujarnya. Akhir sekali, katanya DPPWP mendoakan kemenangan buat skuad Harimau Malaya. Thailand terkenal sebagai pasukan yang hebat di rantau Asia Tenggara. Namun, kata beliau jika Malaysia mampu susuli dengan taktik dan semangat yang jitu, DPPWP yakin Harimau mampu merobekkan Gajah. Ayuh Harimau Malaya, maralah!

TV3 BAKAL TUTUP

Posted: 15 Dec 2014 07:16 AM PST

Sebelum ini Bernama TV...dengar-dengar nak lingkup...hari ini Media Prima pula. Tapi bukan sebab nak lingkup, cuma stesen Tv swasta itu mahu kurangkan jumlah pekerja. Sebab apa ye? Dengar-dengar cerita pendapatan yang diraih tidak memberangsangkan dan tidak selari dengan jumlah tenaga pekerja yang ramai. 

 Tanggal 15 Disember 2014, beberapa personaliti TV3 mengakhiri perkhidmatan mereka di stesen tv swasta itu hari ini, selepas menerima Skim Pembehentian Kerja (MSS- Mutual Separation Scheme). Antaranya Karam Sing Walia, Zakiah Anas, Azizah Ariffin, Azzura Azizul Azman dan banyak lagi. Seramai 600 pekerja meliputi Media Prima (TV3, TV9, NTV7, TV8) termasuk juga, akhbar News Straits Times (NST), terlibat dengan skim itu. Media Prima memiliki hampir keseluruhan ekuiti dalam NST yang menerbitkan akhbar bahasa Inggeris itu selain daripada Berita Harian dan Harian Metro. 


 Syarikat itu juga memiliki stesen radio Fly FM, Hot FM dan One FM. Tawaran MSS dibuat selepas Media Prima dikatakan terkesan dengan pendapatan yang merudum, akhir-akhir ini. Kesemua mereka ditawarkan pakej pemisahan sukarela dengan pampasan berasaskan jumlah tahun bekerja dan gaji bulanan mereka. Media Prima mengakui berharap MSS itu akan mengatasi masalah kelebihan tenaga kerja di empat stesen televisyen itu. Media Prima Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai RM56.84 juta dalam suku ketiga tahun kewangan 2014 yang berakhir September lalu. Jumlah itu jauh lebih kecil daripada RM85.49 juta yang dicatat dalam tempoh sama tahun lalu. 

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan